Cara Memohon Pakej Rangsangan Ekonomi


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Ramai yang bertanya bagaimana untuk memohon Pakej Rangsangan Ekonomi ini?
#PERHATIAN
Borang permohonan dibuka untuk memohon Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) akan dibuka pada 1 April 2020. Layari 
https://bsh.hasil.gov.my/ untuk permohonan Pakej Rangsangan Ekonomi. 
Semakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
- https://www.hasil.gov.my
- https://bsh.hasil.gov.my
- https://www.treasury.gov.my

Pakej Rangsangan Ekonomi


Pakej PRIHATIN merangkumi 3 matlamat utama iaitu:

Matlamat 1 – Lindungi Rakyat
Matlamat 2 – Sokongan Perniagaan
Matlamat 3 – Perkukuh Ekonomi
Kerajaan memperuntukkan RM250 bilion di bawah pakej ini.
Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion akan disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

MATLAMAT 1 – LINDUNGI RAKYAT


Berikut antara ringkasan bantuan-bantuan yang diumumkan tadi:

1. Tambahan RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan untuk pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.

2. Tanggungan kos ujian sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
3. Penangguhan bayaran insurans / takaful selama 3 bulan.
4. Elaun khas doktor / kakitangan perubatan dinaikkan dari RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April. 
5. Elaun khas RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA dibayar mulai 1 April sehingga COVID-19 berakhir.
6. Bantuan Prihatian Nasional untuk golongan B40, M40 dan bujang.
7. Baki Bantuan Sara Hidup dibayar Julai 2020.
8. Bantuan RM200 kepada pelajar IPT.
9. RM25 juta bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.
10. Penangguhan bayaran balik PTPTN dan PTPTK dari 3 bulan kepada 6 bulan.
11. Bayaran RM50 sehari melalui mySalam kepada B40 yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19.
12. Pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta (PRS) sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli.
13. Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR selama 6 bulan.
14. Penangguhan pembayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) selama 6 bulan.
15. Pengecualian sewa bagi semua premis kerajaan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, dan kedai serbaneka selama 6 bulan.
16. Diskaun bil elektrik secara berperingkat antara 15% hingga 50% bermula 1 April selama 6 bulan.
17. Internet percuma kepada semua pelanggan perkidmatan telekomunikasi bermula 1 April sehingga PKP tamat.
18. RM400 juta untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian telekomunikasi.
19. Bantuan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk pekerja kontrak pada April.
20. Bantuan RM500 kepada pesara kerajaan pada April.
21. RM1 bilion Dana Jaminan Makanan.
22. RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.
23. Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan.
24. Program Subsidi Upah sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan untuk pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dengan jaminan tiada pemberhentian kerja selama tempoh tersebut.
25. Bayaran RM500 untuk pemandu e-hailing.
26. Bantuan RM600 untuk pemandu teksi.
27. Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung oleh kontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja.

MATLAMAT 2 – SOKONG PERNIAGAAN


1. Tambahan RM3 bilion kepada Tabung Bantuan Kemudahan Asas (SRF) untuk PKS dan penurunan kadar faedah kepada 3.5%.
2. Tambahan RM1 bilion bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS.
3. Tambahan RM500 juta di bawh Skim Kredit Mikro dengan kadar faedah 2% tanpa cagaran.
4. Pembiayaan sehingga RM300 ribu untuk PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun bawah skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC).
5. Kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion dan kadar jaminan sebanyak 80% bagi syarikat PKS, disediakan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
6. Program Khidmat Rundingan Majikan bawah KWSP yang merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.
7. Mengecualikan pambayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor selama 6 bulan mulai April 2020.
8. Penangguhan pembayaaran ansuran cukai pendapatan oleh PKS selama 3 bulan mulai 1 April.
9. Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.
10. Moratorium pembayaran pinjaman diperluas kepada TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberi pinjaman keapda PKS mulai 1 April.
11. Membantu usahawan B40 di bawah program kewangan sosial dalam bentuk modal permulaan dengan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.
12. Skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80% bagi tujuan sektor korporat membiayai keperluan modal kerja.

MATLAMAT 3 – PERKUKUH EKONOMI


1. Pelaksanaan projek kecil yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan dengan peruntukan RM2 bilion bagi membantu kontraktor kelas G1 hingga G4.
2. Memastikan pelaksanaan projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta pelan gentian optik dan kesalinghubungan negara.
3. Suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk mengurangkan beban rakyat dan perniagaan.
4. Dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
5. Semua Kementerian akan mengkaji semua belanjawan untuk mencari penjimatan agar peruntukan boleh digunapakai menampung langkah menangani wabak virus ini.

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN


Diharapkan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan ini dapat membantu golongan yang memerlukan dan seterusnya memulihkan ekonomi negara kita.






Post a Comment

komen sikit?

Previous Post Next Post