Assalamualaikum!

Hari ni saya nak share cara naikkan trafik blog. Dulu saya tak perasan cara ni. Sekarang baru perasan lepas trafik blog tiba-tiba naik mendadak.

Kalau ikutkan start saya buat blog darahmalaya.blogspot.com ni tahun 2010. Masa tu saja-saja buat. Cerita banyak mengarut.

Nak dikisahkan, start 2014 saya menyepi.
Lama blog ni tak update.
Sampai tahun 2019, tiba-tiba nak update. Masa tu saya share info yang bermanfaat sikit dari sebelum ni.

Sekali saya buka sekali lagi, tengok trafik mencanak-canak. Terus jadi semangat nak berblogging balik.hehehe

11 Cara Naikkan Trafik Blog

Jadi hari ni saya share, 11 cara naikkan trafik blog.

1. Buat artikel yang bermanfaat

Artikel yang bermanfaat yang saya buat sebelum ini ialah Cara Tukar Hak Milik Kenderaan. Posting ni sangat ramai pengunjung. Saya tak terfikir boleh ramai macam tu.

Rupanya info macam ni orang akan selalu cari.
Maka anda boleh cari info-info yang macam tu.
Info yang boleh memberi nilai kepada orang lain.

Graf kenaikan pengunjung 2019


2. Pastikan blog daftar dengan GSC.


GSC ialah Google Search Console. Dalam GSC ni kita boleh perlu submit sitemap blog kita dekat Google.

Contoh paparan Google Search Console


Kenapa kena submit sitemap?
SANGAT-SANGAT penting submit sitemap ni untuk Google indeks kan blog kita dekat Google.

Bila orang buat carian dekat Google.
Baru orang boleh jumpa blog kita.

3. Cari keyword yang baik dan hantar ke URL ke GSC.


Cara ketiga ialah kita boleh cari keyword yang orang ramai cari.

Macam mana nak cari?
Haa..Sebab tu perlu ada Google Search Console (GSC) tadi. Kat situ kita boleh tengok orang yang datang blog kita dia guna keyword apa.

Nanti kita ambil keyword tu, tambah 100-200 perkataan dekat posting yang kita buat. Guna keyword tersebut 2 hingga 3 kali. Dan submit semula URL dekat GSC. Dalam 3 hari macam tu, ranking kita boleh naik!

Hantar URL pada Google Search Console


4. Terangkan dengan terperinci setiap point, kalau boleh 600 perkataan ke atas satu posting.


Ye, setiap satu point kita tulis dalam posting pastikan terperinci.

Pembaca akan lebih mudah faham dan bacaan kita akan lebih menarik. Pembaca yang duduk lama dalam blog kita akan menyebabkan ranking kita naik.

Macam mana boleh jadi macam tu?
Tulah algoritma Google, bila Google tengok orang duduk lama dekat blog sorang tu, Google akan naikkan ranking dia.

5. Tulis posting dengan struktur yang menarik


Macam mana nak bagi struktur menarik?
Tekniknya ialah kita dalam bentuk bukit.

Macam mana tu?
Cuba ambil tulisan kita, pusingkan 180 darjah.
Tengok jadi bentuk apa?

Kalau bentuk macam bangunan tu maknanya kurang bagus.
Kalau bentuk bukit tu sangat bagus!

Struktur macam bukit akan lebih menarik pembaca.


Mata pembaca akan lebih tenang bila lihat cara penulisan sebegini.
Bila jadi macam tu, pembaca akan lebih lama dalam posting kita.
Okay tak?

6. Perbanyakkan gambar dalam setiap posting


Masukkan gambar yang berkaitan dengan posting kita. Pembaca akan lebih mudah faham dengan tulisan kita.

Gambar juga mainkan peranan dalam trafik blog. Pastikan kita set nama gambar tersebut dengan keyword yang kita gunakan.

Contoh nama image


Bila orang cari keyword tersebut, melalui gambar juga pengunjung akan dapat datang ke blog kita.


7. Masukkan video untuk pengunjung lebih lama, Google akan suka.


Salah satu algoritma Google ialah, posting yang ada 3 minit masa layanan akan berada ranking yang tinggi.

Jadi, untuk tarik pembaca blog kita untuk duduk lebih lama dalam blog ialah dengan meletakkan video. Tapi pastikan video tersebut berkaitan dengan tajuk posting kita.

Masa layanan video akan menyebabkan ranking kita naik!

8. Tulis perenggan pendek. 2 ayat 1 perenggan.


Ini ialah satu teknik menulis. Dalam setiap perenggan, hanya buat 2-3 ayat sahaja.

Ini akan menyebabkan penulisan jadi lebih cantik. Pembaca akan duduk lama dalam posting kita.

9. Masukkan penanda wacana


Apa tu penanda wacana?
Penanda wacana ialah kata-kata dipermulaan ayat.

Penanda wacana ini dapat memainkan peranan untuk pembaca terus membaca penulisan kita. Penulisan kita tak jadi boring dengan adanya penanda wacana ini.

Dalam posting ini saya juga gunakan penanda wacana. Anda perasan tak?

10. Link dengan website lain


Seterusnya..
Caranya kita masukkan link ke website lain. Yang ini dipanggil external links.

Bila adanya link dalam website kita, Google akan lebih mempercayai sesuatu posting.

Bila Google percaya, ranking kita akan naik.
Jadi pastikan anda masukkan link dalam setiap posting kita.

Contohnya kita masuk link, tempat menarik di Bukit Tinggi. Dan link kan dengan mana-mana website lain.

11. Link dengan posting lain


Cara seterusnya ialah dengan kita masukkan link dengan posting lain yang ada dalam blog kita. Yang ini dipanggil internal links.

Internal links ini juga menyumbang dalam ranking kita. Pastikan kita tidak tertinggal untuk masukkan link dalam posting kita supaya ranking kita akan cepat naik!

Jadi, begitulah 11 cara naikkan trafik blog yang dapat saya kongsikan kali ini.

Sekarang apa perlu anda buat?

So, sekarang bertindak untuk naikkan trafik blog anda!
Bila trafik tinggi, lebih tinggi peluang anda untuk mencapai target anda untuk blog ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu menaikkan trafik blog anda..Wassalam..

7 Comments

komen sikit?

zikri husaini said…
tips yang bagus untuk permulaan blogger macam saya ini. Semoga terus sukses tuan..
genanime said…
Bang numpang tanya maklum saya masih pemula, apakah diperlukan melakukan riset keyword agar artikel banyak pengunjungnya?
Aqilarin said…
Terima kasih share tips. Saya sudah follow blog Tn.
nettyahhiyer said…
Menarik tipsnya. Bolehlah dicuba nanti. Terima kasih berkongsi.
Zikri Husaini: Sama2 Tuan. Moga bermanfaat :)

Genanime: Tak perlu riset keyword. Hanya gunakan keyword yang sama untuk setiap artikel. Saya cadangkan buat artikel baru untuk keyword berlainan. Satu keyword satu artikel.

Aqilarin: Sama2 sis. Terima kasih jugak sis follow :)

Nettyahhiyer: Sama2 . Moga bermanfaat :)
Shaklee said…
Gaya penulisan memang sangat profesional. Memang terbaik tips yang tuan berikan. Tahniah blog banyak trafik
Shaklee: Terima kasih. Semoga bermanfaat :)
Previous Post Next Post