"Covid-19 ni makhluk! Allah Maha Kuasa" - ini ucapan sesetengah jemaah tabligh mengenai penyakit berjangkit yang sedang menular sekarang!

Memang benar, semua penyakit adalah dari Allah SWT. Kita sebagai orang beriman perlu yakin dengan perkara itu.

Namun apa yang kita perlu lakukan ialah dalam keadaan ini, apa tindakan Nabi SAW dan sahabat-sahabat.?

Zaman Nabi dulu pernah juga berlaku wabak. Ada ketika sahabat akan asingkan diri. Ada ketika pula ada sahabat yang bersama Nabi walaupun dalam wabak.

Jadi, untuk keadaan sekarang. Kita perlu mengikut apa kata ulama dan pemerintah. Kita perlu ikut apa perintah dan nasihat yang dikeluarkan.

"Ya memang benar, makhluk langsung tak berkuasa."

Bagi jemaah tabligh ini, ada sesetengah yang tak terkesan langsung dengan penyakit Covid-19. Mereka cintakan maut. Mereka tahu dengan maut inilah akan percepatkan pertemuan untuk bertemu Rab.

Tapi pada pandangan orang awam. Jemaah perlu lebih serius, buat pemeriksaan saringan di hospital bagi sesiapa yang sertai perhimpunan tabligh tempoh hari.

Untuk elakkan fitnah, jemaah perlu ambil kira keselamatan orang ramai.

Oleh kerana perintah agama, maka jemaah buat sebagaimana saranan ulama.

Moga kita semua dipelihara dari penyakit yang berjangkit ini.

Pandangan Ulama Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan


Saya ingin kongsikan pesanan ulama berkenaan perintah yang dikeluarkan kerajaan untuk kuarintin. Apa pandangan ulama?

Nasihat Al Fadhil Maulana Helmi Hafizahullah

BERDOSA APABILA MEMPERLEKEHKANNYA.

Semoga kalian semua berada di dalam rahmat dan pemeliharaan Allah hendaknya,..
saya mendoakan agar segala musibah yg melanda kita semua akan segera diangkat oleh Allah swt, Amin..!!!

Keputusan Kerajaan Malaysia utk menghentikan aktiviti masjid dan solat Jumaat perlu diterima oleh seluruh umat Islam dengan hati yg terbuka (redha serta taat). 

Baca juga: Masjid Tercantik di Malaysia

Jangan sampai ada yg mempertikaikan atau mempersendakannya kerana keputusan tersebut bukan dibuat sembarangan tapi selepas mengambil kira pandangan golongan yg berautoriti Yang terdiri dari tiga golongan:

1) Pakar rujuk agama iaitu Mufti dan alim ulamak.

2) Pakar rujuk bab kesihatan iaitu Para Doktor Pakar.

3) Pakar Dalam urusan administrasi iaitu kepimpinan tertinggi negara.

Kesepakatan dari ketiga golongan tersebut atas satu keputusan yang melibatkan rakyat jelata, lebih lagi yang berkait rapat dengan kemaslahatan umum maka ianya wajib ditaati oleh seluruh rakyat jelata dengan redha.

Keputusan dibuat bertepatan dengan dua kaedah Hukum Fiqqiyyah  Usul Fiqh iaitu:

1) Saddu Az Zarai’i  سد الزراءع: 
Membendung jalan yg membawa kepada keburukan dan kemudaratan.(MENUTUP PINTU KEROSAKAN)

2) Ad Dhararu Yuzaalu الضرار يذال: 
Segala bentuk kemudaratan perlu dihilangkan.

Sehubungan dengan itu, sebagai rakyat jelata kita wajiblah mentaati apa jua keputusan yang di keluarkan hasil dari kesepakatan tersebut.

1.Sebagai ahli masjid dan ahli dakwah kita sememangnya bersedih kerana tak dapat menjalankan aktiviti dakwah dan solat berjemaah di masjid.

 2. Asalkan hati kita ikhlas nak memakmurkan masjid, kemudiannya atas sebab tertentu kita terhalang dari mengerjakannya maka bagi golongan yg istiqamah berjemaah  mereka tak perlu merasa bimbang kerana Allah tetap akan mengganjari mereka sama seperti hari biasa, berdasarkan kepada niat mereka yg ikhlas.

3. Dalam keadaan ini kita semua belajar taat insyaallah, sebagaimana yg selalu kita ulang-ulang bahawa dalam percakapan kita bahawa Dalam ketaatan ada khair(kebaikan), kerana
At-tha'ah itu ada dua kategori:

1) Taat Dalam keadaan suka dan gembira.

2) Taat dalam keadaan tidak suka, benci atau marah.. Ini yg lebih besar pahalanya.

Al- Khair(Kebaikannya): ialah Kita dapat banyak peluang mendidik anak isteri kita dengan Amal Bait (amalan dalam rumah) seperti tilawah, taklim, muzakarah, dan lain-lain.

Berkat amal yang Kita buat, Allah akan membantu kita semua dalam menghadapi cabaran akhir zaman ini Insyaallah..!!!

1 Comments

komen sikit?

Previous Post Next Post