Alhamdulillah satu lagi inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat Malaysia. Kerajaan memperkenalkan skim MySalam.


Apa itu Skim MySalam?
Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Skim ini ialah untuk skim perlindungan kesihatan untuk mereka yang didiagnos
45 penyakit kritikal seperti:
1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
3. Meningitis Bakteria - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
4. Tumor Otak Benign - Keterukan Tertentu
5. Buta - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
6. Pembedahan Otak
7. Kanser - Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
8. Kardiomiopati - Keterukan Tertentu
9. Anemia Aplastik Kronik - Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
10. Koma - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
11. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
12. Pekak - Kekal dan Tidak Boleh Pulih
13. Ensefalitis - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
16. AIDS Dengan Gejala Penuh
17. Hepatitis Viral Fulminan
18. Serangan Jantung - Keterukan Tertentu
19. Pembedahan Injap Jantung
20. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang - Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Keupayaan Bertutur
24. Trauma Kepala Major (Teruk) - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
25. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor - Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
27. Sklerosis Multipel
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan Anggota
30. Penyakit Parkinson - Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer - Keterukan Tertentu
32. Penyakit Arteri Koronari Serius
33. Strok/Angin Ahmar - Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
36. Kelecuran Tahap Ketiga - Keterukan Tertentu
37. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
38. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
39. Penyakit Sistik Medular
40. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
41. Poliomielitis
42. Skleroderma Progresif
43. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
44. Elefantiasis (Penyakit Untut)
45. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)

Jom mohon sekarang sebelum 31 Mac 2020.


Siapa yang layak? 

Mereka yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Cepat daftar di :
https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=register_BM

Penerima bukan BSH - perlu memohon untuk skim MySalam
.
Manfaat :
Bagi bukan penerima BSH, pembayaran tunai RM4,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari
.
Penerima BSH – secara automatik menjadi penerima skim mySalam

Manfaat :
Bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH), pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Untuk maklumat lanjut, layari :
https://www.mysalam.com.my/b40/info/

1 Comments

komen sikit?

Marsya said…
AJO_QQ poker
kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856
Previous Post Next Post