Siapa ada pengalaman buat urusan di Tabung Haji? Mesti penat menunggu di kaunter kerana terlalu ramai orang. Kini ada cara cepat untuk daftar Haji. Saya sendiri pernah ada pengalaman buat urusan di Tabung Haji Kuantan. Memang agak memenatkan. Tambahan pula jika di sana tiada paparan skrin nombor giliran. Memang kena fokus dengan suara panggilan nombor giliran masing-masing.

Baca cuba: Tempat menarik di Kuantan

Kini tak perlu risau lagi. Ada berita gembira dari Tabung Haji. Rasanya masih ramai yang tak tahu Tabung Haji baru sahaja lancarkan satu laman web. Laman web ini diberi nama Thijari. Laman web ini sangat berguna sebab boleh semak baki akaun, transfer duit, daftar Haji, semak akaun Haji, dan macam-macam lagi. Laman web Thijari ini ialah www.thijari.com.my.

Yang bestnya Akaun Thijari ini boleh:


1. Semak baki dalam akaun kita sama ada akaun dewasa ataupun akaun kanak-kanak. Laman tersebut akan menunjukkan berapa baki terkini yang kita ada. Kita boleh set 2 akaun untuk dipaparkan baki pada paparan utama kita.

Paparan utama akaun Thijari


2. Kita boleh kemaskini profil. Di bahagian ‘profil saya’, kita boleh kemaskini butiran, tukar kata laluan, tukar gambar keselamatan, boleh set pengelenggaran had harian (contoh: had pengeluaran sehari), dan set pemberitahuan melalui emel.
Profil Saya


3. Boleh semak rekod sepanjang 6 bulan kita menggunakan akaun. Sebagai contoh, kita melakukan sebarang transaksi dari bulan September 2019, maka kita boleh muat turun fail PDF di antara bulan September 2019 sehingga bulan Februari 2020. Caranya dengan muat turun di bahagian penyata mini.


Penyata Mini


4. Kita boleh set pindahan wang secara automatik ke mana-mana akaun. Contoh nak transfer duit tabung haji ke akaun sendiri, kegemaran, atau pihak ketiga. Kita boleh set auto dengan memilih “Pindahan Ulangan”. Kita boleh set sehingga setahun iaitu dari tahun semasa sehingga tahun hadapan.


Pilih Akaun

Pilih Pindahan Ulangan




5. Kita boleh juga buat urusan Haji dengan akaun Thijari ini. Tak perlu lagi datang ke Tabung Haji untuk urusan Haji. Kita boleh daftar Haji, semak status Haji, semak tawaran haji, jadual penerbangan Haji, kursus Haji, dan rayuan Haji.


Urusan Haji


6. Boleh daftar untuk Kelab Taha/Taha@U. Kelab ini adalah satu kelab di bawah kelolaan Tabung Haji. Kelab ini adalah khas untuk mereka yang berumur antara 7 tahun hingga 25 tahun. Keistimewaan ahli kelab ini ialah mereka akan diberi pendedahan tentang Tabung Haji dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Tabung Haji. Di bawah bahagian kelab ini, kita boleh semak status keahlian, boleh semak E-kad keahlian, dan semak rakan Kelab Taha/Taha@U.


Kelab Taha/Taha@U


Cara Daftar Akaun Thijari

Jadi hari ini saya kongsikan cara untuk mendaftar akaun Thijari hanya menggunakan telefon bimbit. Anda boleh ikut step by step berikut untuk mendaftar.

1. Layari www.thijari.com.my. Klik pada butang daftar.


Pilih Daftar

2. Selepas itu masukkan butiran pengguna. Pastikan anda gunakan kata laluan yang mengandungi huruf kecil, huruf besar, sombol, dan nombor.


Masukkan butiran

3. Kemudian masukkan nombor akaun anda.


Masuk No Akaun


4. Selepas itu masukkan no telefon dan tekan butang mohon TAC. Anda perlu semak telefon anda untuk mendapatkan nombor TAC melalui SMS.


Mohon TAC


5. Masukkan nombor TAC dan tekan butang seterusnya.


Masuk TAC

6. Baca syarat-syarat dan tekan butang Terima.


Klik Terima Terma & Syarat

7. Tahniah, pendaftaran berjaya! Anda telah berjaya menjadi pengguna Thijari.




Begitulah langkah-langkah mudah untuk mendaftar akaun Thijari. Selepas ini tak perlu lagi anda bersusah-payah ke kaunter Tabung Haji untuk urusan akaun dan Haji. Jom daftar sekarang! Semoga ia akan memudahkan urusan untuk menguruskan akaun Tabung Haji anda dan anak-anak anda.


Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji 

Baik, di sini saya kongsikan cara untuk transfer duit ke Tabung Haji. Duit daripada akaun Tabung Haji milik kita boleh ditransfer ke akaun Tabung Haji milik orang lain.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

Langkah 1:

Pertama sekali ialah login ke Akaun Thijari yang telah kita daftar.

Login akaun Thijari


Langkah 2:

Yang kedua, pilih Pindahan Simpanan TH


Pilih Pindahan Simpanan TH

Langkah 3:

Yang ketiga, pilih jenis akaun TH yang kita ingin transfer. Sama ada Akaun TH Persendirian, Akaun TH Kegemaran, atau Akaun TH Pihak Ketiga.


Pilih jenis akaun

Langkah 4:

Keempat, pilih Akaun TH yang kita ingin transfer dan masukkan amount yang kita ingin transfer. Masukkan juga ringkasan penerima sebagai rujukan.

Masukkan butiran

Langkah 5:

Seterusnya di bahagian bawah, klik butiran pilihan jika terdapat sebarang tambahan. Dan klik seterusnya.

Klik seterusnya


Langkah 6:

Kemudian satu paparan ringkasan akan terpapar mengenai transaksi yang anda ingin lakukan. Klik butang Hantar untuk mengesahkan.

Ringkasan butiran

Langkah 7:

Selesai! Pindahan wang anda telah berjaya!

Pindahan berjaya

Begitulah cara mudah untuk membuat pindahan wang ke akaun Tabung Haji.

Sila kongsikan info ini kepada rakan-rakan dan saudara mara anda. Mungkin mereka juga memerlukan info ini untuk urusan akaun Tabung Haji dan pendaftaran Haji.

Terima kasih.


Post a Comment

komen sikit?

Previous Post Next Post