Hari ini saya ingin berkongsi cara untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020.

Permohonan dan pengemaskinian maklumat untuk Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk tahun 2020 telah dibuka 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

Bagi pemohon yang sudah mendaftar BSH bagi tahun 2019, tidak perlu mendaftar lagi untuk BSH tahun 2020. Pengemaskinian maklumat tidak perlu dibuat jika tidak perubahan maklumat bagi BSH 2020.

Untuk menyemak status BSH 2020 klik pada Semakan Status Bantuan Sara Hidup.
Masukkan nombor kad pengenalan dan semak status.


CARA MENDAFTAR BSH

Cara mendaftar BSH sangat mudah dilakukan sekarang ini.
Berikut adalah antara borang yang boleh anda download:
Cara menghantar borang:
  • Borang permohonan BSH 2020 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
  • Pemohon juga mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mana muat naik dokumen bukan lagi syarat wajib; dan
  • Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian bebas tol 1-800- 88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my

12 KATEGORI TIDAK LAYAK BSH

Sebelum itu, berikut merupakan 12 kategori penerima yang tidak layak memohon Bantuan Sara Hidup tahun ini. Antaranya:
  1. Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
  2. Menetap di luar negara
  3. Bujang berumur 60 tahun ke atas
  4. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
  5. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
  10. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
  11. Memiliki motosikal melebihi 500cc
  12. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
Jika anda termasuk dalam golongan di atas, maka anda tidak perlu memohon kerana permohonan anda akan ditolak serta merta.

1 Comments

komen sikit?

Marsya said…
AJO_QQ poker
kami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66
-perang baccarat (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856
Previous Post Next Post