Semua orang nak dimurahkan rezeki.  Kekayaan yang dimaksudkan ialah kekayaan dunia dan akhirat.

Dan kekayaan di sini subjektif. Terpulang kepada anda memandangnya bagaimana.

Jika kaya dan berjaya itu dari sudut positif, maka positif yang anda akan dapat. Jika sebaliknya, itulah yang berlaku.

Hari ni saya kongsi sikit 8 punca rezeki sempit. Punca inilah yang patut kita buang dalam diri kita.

Selagi ia ada dalam diri kita, selagi itu kita akan tersekat dan rezeki susah nak datang dekat kita.

8 Punca Rezeki Sempit 

1. Selalu bermuram


Ada sesetengah orang lihat keadaan diri dia yang serba kekurangan, dia selalu berasa muram. Melalui riak wajah lagi dah nampak kesedihan.

Kita harus sentiasa senyum kerana senyum boleh menarik kekayaan. Orang yang sentiasa senyum pasti rezeki akan datang kepada dia dengan mudah.

Cuba anda perhatikan orang kaya, kebanyakan orang yang saya jumpa wajah mereka sentiasa murah dengan senyuman.

2. Selalu bimbang

Ada orang jenis yang sentiasa bimbang dengan perkara-perkara remeh. Sikit-sikit bimbang.

Bimbang tak cukup makan. Bimbang tak boleh buat itu. Bimbang tak jadi macam ni. Sehingga merosakkan dirinya.

Sehingga menyebabkan perkara penting sangat membebankannya. Sukar untuk membuat keputusan yang dapat mengubah dirinya.


3. Malas

Malas adalah penyakit paling kritikal untuk menarik rezeki. Dengan sifat malas, setiap tugasan tak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Setiap kerja akan menjadi sambil lewa. Kalau nak rezeki murah kena buang sifat malas ni. Bila datang malas, terus kita fikir 'saya nak berjaya, saya tak boleh malas'.

Malas adalah penyakit yang perlu kita buang jauh-jauh dalam hidup kita. Orang yang malas tidak akan berjaya dunia dan akhirat.

4. Lemah

Lemah ada banyak jenis. Lemah tubuh badan. Lemah buat keputusan. Dan sebagainya.

Ada orang lemah buat keputusan. Dia kurang yakin dengan diri dia. Rezeki susah datang kepada orang yang lemah.

Kita harus sentiasa kuat dari segi mental dan fizikal. Jadi kita perlu persiapkan diri kita. Kalau nak kuat tubuh badan, makan makanan yang sihat.

Saya cadangkan ambil makanan Sunnah. Ianya sangat POWERFUL. Nak kuat mental, kena banyak membaca. Luangkan masa untuk membaca setiap hari.

5. Penakut

Penakut juga satu punca rezeki sempit. Orang yang penakut tidak suka akan perubahan.

Dia takut untuk untuk berubah. Jika rezeki sempit, dia takut untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.

Nak rezeki murah kena berani. Berani untuk lakukan perubahan. Berani untuk menghadapi kesukaran.

6. Bakhil

Bakhil atau kedekut ialah satu sifat yang sangat keji. Allah tidak suka orang yang bakhil.

Bakhil ialah salah satu punca utama rezeki sempit. Untuk mendapat rezeki yang banyak dan berkat, kita perlu memupuk sifat pemurah.

Selalu bersedekah. Tidak berkira. Sentiasa bersedia untuk menginfakkan harta. Ada yang ada harta banyak, tetapi bakhil.

Orang macam ni, hakikatnya dia miskin. Hidupnya tidak tenang. Tidak ada keberkatan dalam hidupnya.

7. Suka berhutang

Hutang tak ada masalah. Kalau suka berhutang satu amalan yang tak bagus.

Kita salahgunakan hutang sehingga menyebabkan hidup menjadi tertekan. Hutang-hutang ini yang menyebabkan rezeki seseorang sempit.

Dia bukan sahaja suka berhutang, malah melewatkan bayaran hutang jika mempunyai duit. Hutang perlu diselesaikan dengan sedaya mungkin.

Ada orang yang berkorban di jalan Allah, walaupun syahid amalannya tidak diterima jika dirinya penuh hutang.

8. Sentiasa bertangguh 

Allah sentiasa memberi rezeki kepada hambaNya yang berusaha. Tetapi bagi mereka yang suka bertangguh, rezeki susah untuk datang kerana usaha yang dilakukan tidak sempurna.

Contohnya untuk mendapatkan sesuatu hasil, perlu siapkan tugasan yang diberikan. Bagi orang yang bertangguh, tugasan tidak akan selesai.

Suka bertangguh menyebabkan rezeki juga akan lewat sampai kepadanya. Setiap perbuatannya berkait satu sama lain.

Kesimpulan 


Penting untuk kita mengelakkan diri dari punca-punca yang menyebabkan rezeki kita sempit. Untuk mendapat rezeki yang luas dan berkat, kita perlu sentiasa mengikut orang-orang yang berjaya.

Saya ada satu amalan untuk elakkan diri dari punca-punca rezeki sempit. Setiap pagi dan petang amalkan doa berikut:
اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبج، وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال.

"Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, aku berlindung dari sifat lemah dan malas, aku berlindung dari kedekut, dan aku berlindung dari belenggu hutang dan cengkaman manusia".
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saya dan kita semua.

P/S: Doa boleh diamalkan waktu doa selepas solat Asar dan Subuh. Amalkan  istiqamah in Shaa Allah rezeki kita akan  murah semurah-murahnya.

1 Comments

komen sikit?

Marsya said…

Izin promo ya Admin^^

Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)
Previous Post Next Post