Assalamualaikum!

Hari-hari cuti ni kita berkongsi sikit..
Hari ni nak share pasal buat income dekat blog.
Ada ke nak dengar?

Okay jom kita cerita!

Ada banyak cara nak buat duit dekat blog.


Salah satu cara untuk buat duit dekat blog ni ialah dengan kita join program Affiliate.

Apa tu affiliate?


Affiliate ialah satu program yang kita letakkan link dalam blog kita.
Bila pengunjung blog tekan link dalam blog kita, kita akan dapat komisen.
Senang kan?

Ya, dengarnya memang senang. Cuma kita nak pastikan pengunjung kita berminat untuk tekan link kita ialah dengan kita memilih iklan yang tepat dari pemilik iklan (advertiser).

Sebagai contoh, jika blog anda ialah blog tentang percutian, tempat-tempat menarik di Malaysia, anda boleh letakkan iklan berkenaan tiket bas, tiket kapal terbang, atau servis penginapan hotel. Contoh buat posting tentang hotel yang ada private pool di Malaysia.

Jika blog anda tentang automotif, anda boleh letakkan iklan berkenaan aksesori kenderaan, servis cucian, atau sebagainya.

Di mana nak dapatkan program affiliate?

Berikut ialah tempat yang boleh anda sertai program Affiliate:

1. Involve Asia


Involve Asia ini ialah satu syarikat yang menawarkan program Affiliate kepada orang ramai. 
Cara untuk sertai program di Involve Asia:
  • Pertama anda perlu register di laman Involve Asia.
  • Anda daftarkan diri anda sebagai publisher. 
  • Kemudian dapatkan link affiliate di laman tersebut. 
  • Dan kemudian letakkan link affiliate tersebut di dalam blog anda.

2. Google Adsense


Google Adsense juga adalah salah satu syarikat yang menawarkan program Affiliate. Anda hanya perlu letakkan banner dari Google Adsense untuk diletakkan di dalam blog anda.

Namun syarat bagi sertai Google Adsense agak ketat. Anda perlu memohon terlebih dahulu dari Google Adsense sebelum sertai program affiliate dari Google Adsense.

3. Nuffnang


Nuffnang juga adalah syarikat yang mempunyai program Affiliate. Dahulunya Nuffnang sangat terkenal di kalangan bloggers.

Namun kini, Nuffnang sudah semakin menyepi. Tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan iklan dari Nuffnang. Dan ianya kurang mendapat sambutan.

Baiklah, sampai sini dulu perkongsian kali ini berkenaan cara buat duit di blog. Ada masa kita sambung lagi perkongsian akan datang.

Sekian.
Wassalam..

1 Comments

komen sikit?

Marsya said…
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Previous Post Next Post