Friday, October 8, 2010

Selamat pengantin baru semua

Hari ini hari jumaat. Besok hari sabtu. Lusa hari ahad. Apa motifnya ini? Tiada apa. Saja nak beritahu.

Lambat betul aku. Berapa lama aku buka tutup laptop. Tapi memang serius aku tidak ingat mahu cakap mengenai ini. Tidak ingat langsung. OKay baiklah aku mengaku la malas nak update sebenarnya.

Aku sengaja malas mahu update. Kerana aku tahu walau semalas mana aku tidak update. Ada lagi yang lebih malas. Seperti ini, dan ini. Maaf kalian aku bersikap jujur.

Pada hari jumaat yang mulia ini aku nak mengingatkan semua umat lelaki supaya pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat. Jangan jadi macam seseorang tu. Selalu TERlambat kerana TERupdate blog sebelum ke masjid.

Sebenarnya aku bukan mahu cakap mengenai itu. Sebenarnya mahu cakap mengenai ini. Hari ini aku telah mulai sibuk untuk kenduri kahwin akak ku. Perkara ni aku dah hebahkan dekat facebook. Tapi lupa pulak nak beritahu dekat blog. Kesian kau blog. Selalu terpinggir.

Jadi bermula hari ini hingga tahun depan mungkin aku tiada masa mahu update. Sibuk membuat kerja kenduri orang kata. Sudahlah aku seorang saja yang buat kerja. Yang lain-lain tengok saja sambil minum-minum teh. Kamu fikirlah. Macam mana kerja tak jadi setahun.

Kalau semua tidak percaya aku jemput tetamu-tetamu bloggers pada 10/10/10, bersamaan hari ahad ini, ke kenduri kahwin akakku dekat alamat ini.

72, Sungai Marong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Takpe followers aku tak ramai. Kamu boleh datang ramai-ramai bawa anak dan isteri serta ibubapa. InsyaAllah bajet cukup jangan risau. Semoga kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi suasana.

Ini kad kahwin. Memang khas berbentuk soft copy. Cuba sentuh mesti soft.


Siapa tak tahu jalan boleh hubungi aku. Orang lain dilarang okay.


Okay mudah, simple, dan bergaya.


Selamat pengantin baru semua...!

12 comments:

Liquid said...

ingatkan... ko yg kawin...

Razman said...

cilaka apa. aku rajin updet pe. weyh, xdpt la dtg coz aku keja. tp memandangkan ko kat bentong, dtg la akak aku kawen 6 nov. add fb aku muhammad razman untuk roger2. cilake apa duduk berjiran xpnah lepak.

Eireen Camelia said...

waaaa tahniah kat kakak kau tau tau! cakap tau! cakap kat dia tau yang aku wish ni! akhirnya dia telah menamatkan zaman bujang dia menjadi tak bujang.

eh engkau ni dah jadi tak bujang ke belum?

I n n z said...

gile comel kad . aku sentuh , rase cermin jeh . tak lembut lgsg .

oranglidi said...

macam haram aku x apdet. padahal baru je apdet. cis..

.rafiq. said...

likuit. aku tunggu kau dulu naik pelamin.

razman. keje jauh ke kau? ok insyaAllah aku datang nanti. ko tak reti ke nak add aku. sibai betul.

eireen. kau ni macam lah aku kenal kau sangat. aku tunggu eireen camelia dulu tak bujang.

innz. kau buat lawak. aku nak gelak.

OL. eleh kebetulan kau update setelah lama tak update. ingat aku tak tau.

oranglidi said...

penyataan kau salah sma skali. dem.

.rafiq. said...

takpe aku faham perasaan kau bila orang terlalu jujur.

Fatul Akrul Ramli said...

aku nak datang, kau amik aku dkat utp boleh??

vidadarisakura said...

nenek aku kawin besok. jemput datang.

.rafiq. said...

fatul, tenks niat murni ko. tapi sorilah sebab dah lepas. nnti kalau ada kawin lg aku jemput k.

v, aku dtg takde pun? penipu.

AyanaAsham said...

uihhhhhhh kad kawen plg bergaye aku pnh nengok....