Hari ini hari jumaat. Besok hari sabtu. Lusa hari ahad. Apa motifnya ini? Tiada apa. Saja nak beritahu.
Lambat betul aku. Berapa lama aku buka tutup laptop. Tapi memang serius aku tidak ingat mahu cakap mengenai ini. Tidak ingat langsung. OKay baiklah aku mengaku la malas nak update sebenarnya.
Aku sengaja malas mahu update. Kerana aku tahu walau semalas mana aku tidak update. Ada lagi yang lebih malas. Seperti ini, dan ini. Maaf kalian aku bersikap jujur.
Pada hari jumaat yang mulia ini aku nak mengingatkan semua umat lelaki supaya pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat. Jangan jadi macam seseorang tu. Selalu TERlambat kerana TERupdate blog sebelum ke masjid.
Sebenarnya aku bukan mahu cakap mengenai itu. Sebenarnya mahu cakap mengenai ini. Hari ini aku telah mulai sibuk untuk kenduri kahwin akak ku. Perkara ni aku dah hebahkan dekat facebook. Tapi lupa pulak nak beritahu dekat blog. Kesian kau blog. Selalu terpinggir.
Jadi bermula hari ini hingga tahun depan mungkin aku tiada masa mahu update. Sibuk membuat kerja kenduri orang kata. Sudahlah aku seorang saja yang buat kerja. Yang lain-lain tengok saja sambil minum-minum teh. Kamu fikirlah. Macam mana kerja tak jadi setahun.
Kalau semua tidak percaya aku jemput tetamu-tetamu bloggers pada 10/10/10, bersamaan hari ahad ini, ke kenduri kahwin akakku dekat alamat ini.
72, Sungai Marong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.
Takpe followers aku tak ramai. Kamu boleh datang ramai-ramai bawa anak dan isteri serta ibubapa. InsyaAllah bajet cukup jangan risau. Semoga kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi suasana.
Ini kad kahwin. Memang khas berbentuk soft copy. Cuba sentuh mesti soft.
Siapa tak tahu jalan boleh hubungi aku. Orang lain dilarang okay.
Okay mudah, simple, dan bergaya.
Selamat pengantin baru semua...!
Baca juga: Tempat Menarik di Bentong
eh engkau ni dah jadi tak bujang ke belum?
razman. keje jauh ke kau? ok insyaAllah aku datang nanti. ko tak reti ke nak add aku. sibai betul.
eireen. kau ni macam lah aku kenal kau sangat. aku tunggu eireen camelia dulu tak bujang.
innz. kau buat lawak. aku nak gelak.
OL. eleh kebetulan kau update setelah lama tak update. ingat aku tak tau.
v, aku dtg takde pun? penipu.