Aku pelik. Semenjak aku duduk dekat Klang aku rasa lain sedikit. Sekarang aku selalu mengalami kejadian LUPA. Banyak perkara yang sepatutnya aku ingat aku jadi LUPA. Mengenai kisah-kisah lama juga aku LUPA. Seingat aku, aku tidak pernah order air semut ais dekat mana-mana kedai minum. Itu yang membuatkan aku hairan mengapa aku selalu terlupa. Pernah sekali aku mencari panggung wayang sebuah kompleks membeli-belah. Selepas jumpa panggung wayang terus aku membeli tiket. Pelayan kata rm15. Aku bayar ngam-ngam. Dan aku LUPA mahu mengambil bakinya. Itu tak mengapa lagi. Aku lihat jam lambat lagi mahu mula wayang. Aku berjalan mencari kedai makan. Jalan Klang memang aku tidak mahir. Boleh dikatakan pertama kali aku berjalan di bandar Klang pada waktu itu. Aku pusing-pusing area bukit tinggi Pahang tetapi aku LUPA dimana kedai makannya. Aku mulai risau dengan masalah pelupa aku. Akhirnya aku terjumpa juga kedai walaupun dalam keadaan LUPA. Selepas siap-siap makan semua. Aku terLUPA mahu basuh pinggan. Aku bertambah risau. Terus aku jumpa doktor sakit jiwa dan aku dimasukkan ke dalam wad gila.habis cerita. Okay-okay belum habis lagi. Selepas makan itu aku mahu ke panggung wayang semula untuk lihat cerita. Tetapi aku LUPA dimana tingkat untuk pergi ke panggung wayang. Ini betul-betul sangat LUPA. Aku sangat risau dengan masalah lupa ini kerana aku baru sahaja membeli tiket. Nasib baik ada sepupu ingatkan aku tingkat sebenar panggung wayang. Terus sedar. Banyak perkara yang telah aku lupakan. Macam-macam. Sebab itulah kamu tak perlu risau kalau aku jarang update. Aku bukan malas. Tetapi sebenarnya aku LUPA. Tak sengaja. Kamu tahu. Aku juga turut sedih dalam keadaan ini.

13 Comments

komen sikit?

Liquid said…
aku pon, LUPA nak comment neh.... eh LUPA plak dah comment....
ko tak lupa. ko komen jugak. ko cume tulis LUPA je.
Anonymous said…
ak lupe nk msg ko kali ke2 sbb ak tau ko msti lupe nk rply blk..n ak lupe yg ko ni plupe sbnrnye,,cisstt-yoyogi hana-
oranglidi said…
. Aku terLUPA mahu basuh pinggan. Terus aku jumpa doktor sakit jiwa dan aku dimasukkan ke dalam wad gila.habis cerita. Okay-okay belum habis lagi.

aku tak paham part ni. rase nak terajang je.

ape jadah ni, ni semua adalah kelupaan ataupun memang tak tahu????
kona, sori la ko dpt kawan pelupa cam aku. ko la ngaja aku jadi pelupa macam ni.

OL, ko tak payah paham banyak part. ko paham part ni...

' Sebab itulah kamu tak perlu risau kalau aku jarang update. Aku bukan malas. Tetapi sebenarnya aku LUPA. '

...cukup.
OL: aku dah edit. harap kau suka. berhibur lah!
oranglidi said…
eh, aku trlupa pulak nak komen ape tadi..
aku paham komen ko ni. tapi rase nak terajang je.
Aqilah Nur said…
ko ni knpa? byk telan semut ke? ke ko buat sup semut hari2?
Misshy Innz said…
alasan kau tak update blog terbaek lahh der. haha !

aku bukan tak nak komen kat entry kau tapi aku LUPA .
nadia said…
rafiq.
buat ape dkt klang?
kalau x tau jalan pegi la ajak aidy suruh tunjukkan jalan.
:D
Azie said…
haha!
ta pham pasal rm15 kt wyang tu. sori ak mmg lampi..=P
aqilah, semut selalu minum air aku. tu yang aku lupa tu.

innz, aku betul-betul lupa lah weh. bukan alasan. haha

dd, tenkiu dd. aidy pun tk jumpa lg. haha

azie, orang lampi kena banyak 100 kali baru paham. haha
Previous Post Next Post