Saturday, December 5, 2009

Memasuki medan perang bukan kuali

5 komens
Salam satu Malaysia. (jawab dengan apa tah aku pun tak tahu)

Orang lain tengah sedap-sedap bercuti aku pulak pahit-pahit tengah belajar. Kamu tahu lah budak poli baru nak start exam. Kepala masing-masing dah kena ikat dengan kain putih tak boleh bukak tingkap bukak radio sebab nak study. Tapi takdelah aku buat macam tu. Aku sampai sekarang keliru kenapa nobita bila kena paksa belajar dia buat macam tu.

Aku start paper hari ahad ni. Hari ni baru nak lari-lari studi. Awal-awal malas gila berat badan berat bontot semua berat. Dah last-last ni memang agak kelam-kabut sikit lah. Tapi tetap boleh update blog tah pelik betul manusia ni.

Aku harap kamu semua doakan aku dan kawan-kawan yang nak exam ni. Doa kan aku boleh jawablah jangan doa aku dapat makwe pulak. Tapi kalau doa dapat i-phone aku tak kisah sangat. Dapat laptop baru ke baju baru seluar baru ah dah dah banyak pulak nak baru banyak songeh study entah kemana nak macam-macam.

Okaylah aku nak simpan tenaga untuk karang sambung studi. Jaga kesihatan semua.

Friday, December 4, 2009

Pengalaman bergotong-royong

6 komens
Aku ada ramai kawan. Tapi aku nak cerita pasal seorang je. Cerita ni masa dia dekat asrama. Ye lah masa asrama macam-macam lah cerita hantu. Tapi aku nak cerita ni bukan cerita hantu sebaliknya pasal gotong-royong.

Masa tu lepas je gotong-royong boleh lah rilek-rilek dalam bilik main dam haji. Dam haji tahu tak? Permainan dia yang ada kertas ada petak-petak hitam putih lepas tu ada buah warna merah hitam okay okay dah tak payah cerita panjang sangat. Korang tahu lah kan.

Okay masa kawan aku sorang ni tengah main tengah kalah pulak, masa tu ada orang sepak-sepak kaki dia kacau dia main dam. Dia pun bengang lah. Dia marah orang tu tanpa pandang sebab tengah fokus main dam,

" WOI APA NI SEPAK-SEPAK, JANGAN AH KACAU AKU"

Orang tu tak hiraukan tapi menyepak-nyepak lagi kaki kawan aku ni.

" AKU TENGAH MAIN NI JANGAN LAH KACAU"

Tapi orang tu tetap berdegil. Dia terus dengan perbuatan nya. Kawan aku terus pusing dan nak bangun,

" AKU CAKAP JANGAN KACAU AKU KAN?"

Alamak. Sekali yang sepak dia rupa-rupanya cikgu dia. Selamba aja dia ni pergi marah cikgu tu.

" EH CIKGU RUPANYA, SAYA INGAT KAWAN SAYA TADI MANA SAYA TAU"

hehehe

Terus malu kawan aku. Nasib baik cikgu tu sporting. Tak makan petai. Hidung mancung. Suka melancong. Suka melencong. Okay dah dah takdelah cikgu tu tak macam tu pun. Saje je buat cerita.

Thursday, December 3, 2009

cerita buruk dan berita baik

10 komens

Pagi tadi.

Aku baru balik dari membeli nasi lemak. Sebenarnya bukan nasi lemak sebab nasi lemak dah habis. Jadi aku beli nasi dagang. Jadi maknanya aku baru balik dari beli nasi dagang lah. Jadi kenapa aku cakap baru balik dari membeli nasi lemak pun aku tak tahu.

Okay yang penting sekarang bukan kerjasama. Aku nak cakap cerita buruk dahulu. Aku nak beritahu kalau dah suruh orang pergi beli barang jangan lah banyak bunyi kan. Ni tak,

" BOOTOAH, WEH APESAL KO BELI NASI DAGANG NI, AKU NAK NASI LEMAK"

" NASI LEMAK HABIS, AKU BELI LAH NASI DAGANG"

" WHAT THE FUN"

" AH KO BANYAK BUNYI BELI LAH SENDIRI!"

Tu lah kalau dah nak macam-macam beli lah sendiri kan kan. Aku sanggup redah hujan sebab nak cari sarapan kan kan.

Nasib baik ada berita baik lepas marah-marah dalam hati. Aku masuk bilik je terus ternampak satu sampul surat berbentuk hati. Takde lah mana ada sampul surat bentuk hati. Sampul surat biasa je lah warna putih bentuk segiempat tepat. Ada tulis nama aku pulak tu. Geli eh gila lah pertama kali dapat surat sebab masuk pertandingan dekat blog.

Tak percaya lah tu.

Betul lah. Tak percaya tengok ni.


hehehe

Jadi aku nak mengucapkan ribuan jutaan milian terima kasih kepada penganjur encik tidak gay FATUL sebab bagi hadiah yang best-best dapat bercuti dekat tambun kalau hendak. Tengok siap tulisan besar besar lagi suruh korang nampak nama penganjur. Sebenarnya aku baru dapat saguhati pertandingan ini. Aku hantar yang ini. Memang lah tak kelakar entri aku hantar rasa nak lempang aje tapi apa boleh buat. Ini semua hanya kerana doraemon. okay tiada kaitan.

Okaylah. Aku nak bersiap-siap pergi tambun dari sekarang. Jangan cemburu buta okay.

Tuesday, December 1, 2009

wujud

13 komens


Semalam aku baru tengok cerita wujud. Cerita ni cerita hantu betul. Memang real lah cerita ni. Layan jugak kalau tengok sorang-sorang. Itupun kalau kau tak terkencing lah kan.

Cerita dia pasal krew filem pergi cari hantu. Diorang pergi dekat tempat-tempat yang disyaki ada hantu. Macam dekat pasar malam tak payah harap lah. Memang diorang takkan buat punya. Hantu cekodok, hantu burger ataupun hantu selendang ada lah kat pasar malam.

Yang diorang pergi ni macam dalam hutan, dekat kubur, atau dekat bekas rumah santet. Kau tahu santet tu apa. Santet ni macam bomoh hantu juga lah tak silap aku. Dia hantar hantu-hantu jahat dekat orang aje kerja dia. Hantu baik tak hantar kot. Rumah dia ni memang berhantu dah aku tengok. Hantu tak keluar lagi pun aku dah tau memang berhantu rumah tu.

Dalam cerita wujud ni ada jugak cabaran. Sape-sape yang berani ditawarkan 500 dollar selama 5 jam untuk duduk sendirian dekat kawasan berhantu. Tapi dah duduk sorang-sorang memang macam kucing kehilangan anak lah. Ataupun macam cacing kepanasan. Memang tak boleh duduk diam sebab rasa cuak gila babai. Aku tengok takde sorang pun lepas 5 jam. Paling-paling best pun 4 jam setengah je. Lepas tu jumpa pocong depan mata. Mana tak give up nya kan. Aku pun kalau 2 minit belum tentu lepas nak duduk sorang-sorang. Kalau seminit setengah boleh lah kot.

Okay aku dah cerita panjang-panjang ni korang tahu tak pasal cerita ni? Baiklah. Mesti kau dah tahu bukan.


Monday, November 30, 2009

Menukar template lagi

13 komens
Nampak tak apa-apa perubahan dekat aku? Nampak tak?

Okay memang lah takde apa-apa perubahan dekat aku sebab yang bertukar hanya lah template blog aku.

Aku dah lama kempunan nak tukar template lagi bagi blog ni. Aku rasa kesian dekat mata-mata blogger yang bersilau-silau dengan blog aku. Aku pun rasa sakit mata bila tengok blog lama-lama lepas tu rasa nak tutup blog dan layan farmville aje.

Jadi aku sudah bawakan pakaian baru untuk blog aku. Aku sayang untuk ( i love to) memberi pakaian warna hitam supaya blog ini nampak lebih elegen. Elegen tu kamu tak tahu ke apa. Aku pun tak tahu juga. Yang aku tahu hitam ni macam tahi kambing. Maknanya blog aku memakai baju tahi kambing. Okay boleh faham sikit-sikit.

Aku juga meletakkan hiasan-hiasan senarai blog dekat tepi baju blog ini. Sesiapa yang tiada dalam senarai bukan bermakna kamu tidak best. Mungkin aku tidak perasan blog kamu. Jadi aku meminta jasa baik kamu mengingatkan aku seperti ini,

" WOI LINK LAH BLOG AKU, TAGUNEE PUNYA RAFIQ"

ataupun,

" RAFIQ, SAYA SUDAH LINK BLOG ANDA"

" TERIMA KASIH LINK BLOG SAYA YE RAFIQ"

Jadi kamu faham lah aku juga mahu link blog kamu. Aku bukannya tidak membaca blog orang lain. Baca juga lah. Betul.