Tinggal sebulan lagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mula kuatkuasa semula lesen memandu. Bermakna bermula 1 Oktober 2021, siapa yang tak renew lesen memandu akan dikenakan saman. So cepat-cepat renew bagi siapa yang belum renew.

Hari ni saya nak share cara renew lesen secara online. Ada staf ofis kata nak renew dekat pejabat pos, boleh juga. Tapi lecehnya dekat pejabat pos kena buat appointment dulu. Jadi kena tunggu waktu tarikh yang ditetapkan baru boleh pergi.

Jadi cara online lebih cepat, mudah, dan tak perlu bersusah-payah ke pejabat pos.

Cara Renew Lesen Secara Online

Caranya ialah dengan menggunakan MyEG. Berikut ialah step-step yang untuk renew lesen memandu di MyEG.

STEP 1: Login atau Register MyEG

Klik https://www.myeg.com.my/. Login atau register secara percuma jika anda belum mempunyai akaun MyEG. Selepas login, anda akan dapat lihat paparan seperti di bawah. Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan.


STEP 2: Pilih Perbaharui Lesen Memandu (CDL)

Selepas itu, klik pada button bawah sekali, perbaharui lesen memandu (CDL)


STEP 3: Klik Proceed

Selepas itu, akan keluar paparan syarat permohonan CDL, tekan Proceed/teruskan.


STEP 4: Pilih tempoh perbaharui lesen

Selepas anda tekan proceed, akan keluar maklumat pengguna. Anda perlu masukkan info anda dan pilih berapa tahun anda ingin perbaharui lesen memandu anda 1 hingga 5 tahun. Kemudian tekan butang teruskan.



STEP 5: Sahkan maklumat

Kemudian maklumat anda akan dipaparkan beserta jumlah harga yang perlu di bayar. Klik Proceed/teruskan.



STEP 6: Ringkasan Maklumat

Selepas itu, akan terpapar maklumat anda untuk perbaharui lesen. Biasanya maklumat tersebut terpapar mengikut rekod anda di JPJ sebelum ini, jadi teruskan sahaja.




STEP 7: Pilihan Bayaran

Seterusnya anda boleh teruskan kepada pembayaran. Anda boleh pilih guna e-Cash atau other payment. Saya gunakan other payment untuk bayaran menggunakan online banking. Bila klik other payment, nanti akan ada pilihan bank dan masukkan email. Tekan submit.





STEP 8: Selesai, lesen telah diperbaharui! 

Last sekali akan keluar details pembayaran pembaharuan lesen memandu anda. Anda boleh print resit dengan klik link Click Here di hujung sekali. Sekarang hanya tunggu lesen sampai rumah anda. Mudah kan?




Okaylah, itu saja perkongsian kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan memudahkan urusan anda untuk renew lesen. Terima kasih!



2 Comments

komen sikit?

Etuza said…
Asalam.. Firstly saya follow blog anda.. Menarik
Etuza: Terima kasih Tuan :)
Previous Post Next Post