Baru-baru ini telah digemparkan dengan obor-obor berbahaya yang boleh bawa maut. Obor-obor biru ini dikenali sebagai Portugese Man of War Jellyfish atau (Physalia physalis).


obor-obor biru
obor-obor biru


Obor-obor ini dikatakan boleh membawa maut kerana ia mengandungi ribuan sel penyengat. Sel penyengat ini jika terkena badan boleh menyebabkan sakit yang melampau.

Bahaya obor-obor biru

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika mengunjungi pantai di sekitar perairan Malaysia. Haiwan ini telah ditemui di sekitar pantai Terengganu, Kuantan, Pulau Tioman, dan Thailand.


obor-obor biru
obor-obor biru beracun
Pada asalnya, Portugese Man of War Jellyfish ini dari Lautan Pasifik. Kemungkinan arus deras musim tengkujuh telah membawa spesis ini di perairan Malaysia seperti kenyataan dari Jabatan Perikanan Malaysia.

Sesiapa yang merancang untuk pergi bercuti di pantai di Kuantan dinasihatkan lebih berhati-hati. Jangan menyentuh, memegang, atau memijak obor-obor biru walaupun ia sudah mati.

Baca: Pulau tercantik di Malaysia

obor-obor biru
obor-obor biru beracun

Haiwan ini masih mempunyai bisa walaupun telah mati. Setakat ini masih belum dijumpai penawar untuk sengatan selain dari ubat penahan sakit.

Orang ramai yang terkena obor-obor ini dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan. Sila maklumkan kepada Pejabat Perikanan berhampiran untuk tindakan susulan atau hubungi 03-88805019 (FISHCOM).

1 Comments

komen sikit?

Marsya said…

Numpang promo ya Admin^^
ajoqq^^cc
mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
mari segera bergabung dengan kami.....
di ajopk.biz...^_~3:23 PM 15-Sep-20
segera di add Whatshapp : +855969190856
Previous Post Next Post