salam..

Semalam hari yang cukup mendebarkan. Pertama kali dalam sejarah hidupku berjumpa dengan bakal mertua. Seram sejuk kau.

Ye lah mana tak nya, ni lah pertama kali aku berjumpa dengan mak ayah si dia. Si dia pun tak pernah berjumpa lagi. Jumpa terus mak ayah, baru gentle kan.hehe

Sebenarnya aku memang mahukan serius dalam hubungan ini. Niatku memang tidak mahu bercintan cintun sebelum kahwin. Sebab itulah si dia pun aku tak pernah buat temujanji. Biarlah terus sahaja kepada merisik, bertunang, dan berkahwin. Jika dia dah ditakdirkan untukku, maka aku bersyukur. Jika tidak, maka aku redha.

Segala yang berlaku adalah dalam ketentuanNya. Kita hanya merancang, Allah lah yang menentukan. Oleh itu aku hanya buat apa yang perlu sahaja. yang lainnya semuanya aku serahkan kepada yang Maha Esa.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aminn..

Wslmm...

p/s: ada juga orang yg melawat lagi blog ini . tsk tsk

4 Comments

komen sikit?

suezen said…
wah.....moga berjalan lancar..amin
Cik Pipi said…
hai rafiq , masihkah daku mengenali diri ku ? haha . selamat pengantin baru .
soalan tu sepatutnya masihkah dikau kan? hehe..

pasti.. pasti.. masih ingat cik innz kita..:) btw sy belum kahwin lg..insylh doa2kan lah..
Previous Post Next Post