Aku rasa sekarang ini musim berhenti kerja. Tiga orang saudara terdekat aku yang melafazkan kata berhenti kepada bos mereka. Memang musim lah cakap lu. Aku rasa siapa yang setia baca blog aku mesti tahu perjalanan hidup aku. Baru-baru ini agak kelam-kabut sedikit. Aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang masih setia dengan blog about aku (kesat air mata). Dua tiga hari ini aku berikan diri aku ruang untuk berehat. Cuba mendekatkan diri pada Ilahi. Bila aku semakin cuba melakukannya, semakin lemah aku rasakan. Terasa diri ini sangat kerdil. Tidak berdaya melakukan apa sahaja. Aku letakkan diri ini di atas satu landasan. Dan aku biarkan ia bergerak sendiri. Biar ia membawa aku, kemana sahaja aku patut pergi. Ke lembah nil atau ke sungai tigris. Tidak pula aku mempeduli. Alamak. Terlebih sudah aku bermadah berseni. Sebenarnya baru-baru ini aku berasa sedikit terharu mengenai satu perkara. Sepertimana yang kita semua tahu, aku tiada di Bentong selama dua minggu. Aku rasakan tempoh ini sangatlah singkat. Dan aku pulang ke Bentong - (baca: tempat menarik di Bentong) untuk mulakan kembali kehidupan seperti dulu. Suatu hari aku ke pasar untuk membeli sedikit makanan pemanis mulut iaitu kurma. Banyak khasiat buah kurma tau. Jumpa dengan taukeh kurma, aku disapa, 'Eh, bila balik?' ' Balik dari mana?' Aku buat-buat tanya. ' Kata pergi Rawang? Bila balik sini?' ' Oh, baru dua hari lepas. Macam mana tahu ni?' ' Adalah.' Satu lagi peristiwa dalam surau. Baru nak mula solat. Datang seorang pakcik berdiri sebelah aku. Terus aku bersalam. Lalu aku ditanya lagi soalan sama, ' Aik, bila balik Bentong?' ' Baru je semalam.' ' 0o.' Dan beberapa lagi orang bertanya seperti, 'eh cuti ke?', atau 'cuti bape lame?', dan 'kau ke yg keje kat rawang tu?'. Bila aku kaji-kaji balik. Aku rasa tempoh aku selama dua minggu di Rawang memang cukup pendek. Tetapi bila pulang semula ke Bentong, ramai yang bertanya tentang kepulangan aku. Dan yang peliknya orang-orang yang bertanya pula bukanlah orang yang rapat dengan aku. Itulah. Seketika aku tersedar. Rupanya ramai orang yang menyayangi aku. Ramai yang ambil berat pasal aku. Cuma aku yang tidak sedar. Aku saja yang tidak perasan. (tadah air mata pakai baldi) . Terasa sungguh terharu sekali. Dan aku yakin, Kamu semua pasti begitu juga.

10 Comments

komen sikit?

Firdaus Life said…
ramai org perasan kehadiran ko. diorang ambil tahu tu :) anyway selamat berehat

Berkhatan la Best
Duniakuabstrak said…
kalau berbuat baik kepada org tak kira la sesiapa refleksinya juga kepada kita juga nanti
sonoknye org tau kehadiran kite...
sedikit tharu
Anonymous said…
perghh terharu rasanye... (tadah air hidung sekali)
Anonymous said…
bentong missed you when u were gone. welkam back. haha. pape pun ai respek yuuu!!!!
Cik Pipi said…
eh , dah tak dok rawang ?

aku care jugak ape ;D
oranglidi said…
tu tandanya orang concern kat mu.
vidadarisakura said…
aku TAKKKKKKKKKKKKKKK. haha
FVN said…
aku pun rendu ko jugak ;)
freky, terharuuuu..

ayul, aikk macam cermin..

halimatun, thanx,,,

sweet, kalau pengotoq kat hang..

megibee, eh orang bentong ka?

innz, tak dah.. aaaa yeke?

oranglidi, tau.. tu nk tocing ni..

vi, ko sorang je vi. ko sorang.

faryn, aku rinduu sgt kau...
Previous Post Next Post