Entri ni mungkin entri terakhir aku sebelum aku mengakhiri karier aku sebagai seorang blogger. Karier la sangat kan. Ya. Walaupun tak sempat nak tebus rm10juta nuffnang. Tapi apa daya. Aku akan pergi ke satu tempat yang jauh. Tetapi sebelum tu nak beritahu satu rahsia. Ingat tak aku pernah tanya dekat formspring bahawa aku kerap tertidur walau apa pun terjadi? Jadi aku telah bertemu dengan cara untuk mengatasinya. Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang kawan di satu rahsia. Lalu sebelum tidur dia telah menawarkan aku minum madu. Mula-mula seram juga. Rupa-rupanya madu sangat sedap sehingga aku tidak jemu-jemu memakannya. Apa yang paling terpenting sekali ialah. Amboi sudah paling, terpenting pula. Nampak sangat mustahak. Okay paling penting ialah bila bangun pagi sahaja badan aku menjadi cerdas. Mudah untuk bangun pagi. Dan tidak lagi rasa mengantuk-mengantuk. Ternyata madu baik untuk kesihatan kita. Jadi apa tunggu lagi? Beli lah madu asli. Banyak khasiat madu lebah yang boleh kita peroleh. Murah saja. Kadang-kadang rm25 sahaja sebotol. Beli jangan tak beli. Sudah beli jangan lupa makan pula. Kalau tak makan serupa kamu tak beli. Oh oh sempat lagi promote. Baiklah ini sahaja untuk kali yang akhir ini. Aku mohon maaf atas segala kesalahan aku selama ini dari mula-mula aku menulis hingga sekarang. Aku mohon maaf terhadap kamu semua. Siapa-siapa yang pernah terasa hati dengan bahasa, percakapan, pertuturan aku, aku harap kamu maafkan aku. Nais tu no yu ol. Semoga kita berjumpa lagi. Assalamualaikum w.b.t.
Previous Post Next Post