Tajuk adalah sebuah lirik lagu. Penyanyi nya ialah awie. Dan tajuk lagunya ialah taman rashidah utama. Mari abaikan kerana aku bukan mahu menceritakan tentang lagu itu.
Aku mahu cerita pertama kali aku dapat bermandi-manda di pantai dungun. Pernah ingat tak entri ini? Dahulu aku pernah pergi ke teluk bidara. Tapi semuanya kosong. Tiada isi. Hanya kelihatan sepasang dua kekasih membuat pertemuan.
Bukan macam pantai di Kuantan yang penuh orangnya pun.
Tapi semalam aku kesana lagi. Kusangka air tenang tiada buaya. Rupanya ada buaya darat. Ramai gila orang di sana. Seperti sebuah pasar malam di dalam air. Orang di sana-sini membawa anak dan isteri. Aku pula membawa rakan-rakan tak beristeri.
Aku mandi bersama kakang acong. Rakanku dua orang lagi naqib dan wakbear hanya duduk dipinggiran menanti peminangan dari kampung sebelah. Hai takdelah. Dua orang lagi tidak mahu mandi kerana mahu berjalan sahaja. Sorang tiada mood kerana baru mendapat surat cinta.
" CONG, DE KITA NI HARI TU DAH PUTUS DENGAN POLIS. HARI INI BERCINTA LAGI"
Kah3. Sungguh mencari nahas wakbear itu. Bagaikan membakar unggun api didalam hati naqib. Aku dan acong tetap mandi tanpa menghiraukan mereka berdua duduk di pinggiran menantikan peminangan dari kampung sebelah itu.
Setelah puas mengheret kaki ke batu tajam sehingga calar-balar kaki. Kami pun naik dengan keadaan seronok didalam hati. Kami pulang setelah siap menukar pakaian.
Penutup. Walaupun penat tetapi kami berasa gembira dan berharap akan dapat lagi mandi di teluk bidara.
p/s: sangat mengejutkan kerana tiada sekeping gambar diambil. terkejut bukan?
"Dan tajuk lagunya ialah taman rashidah utama. Mari abaikan kerana aku bukan mahu menceritakan tentang lagu itu."..
sbab aku mahukan ulasan karya agung wings itu.
kau membuat aku semakin konfius.
ui..lame aku x mndi pantai~
nurain: keh3. pegi la mandi.
hanna: baca dengan teliti.
xnah dgr pun
helena: tajuk je. ceh
ape kene mengena lagu awie ngan entri ko neh?
ngat kan crita feeling feeling.
huhuhuh
jangan disindir tanpanama.
dia tengah bersedih. menurut beliau la.
hee
TN aku dah kaver ko.hee
TN tu ape?
boleh bawak syahdu sampai pergi mandi pantai.
heh.