Saturday, January 16, 2010

Teluk bidara bukan telur dara lah

Kembali lagi kita dalam rancangannn... lu tak payah lah fikir sendiri. Jangan fikir bukan-bukan. Positif positif.

Hari ini saya akan membawa anda ke salah satu tempat yang menarik di Dungun. Sebelum itu saya ingin memberi anda sebuah pantun.

Pulau Pandan jauh nya rasa,
Gunung Daik bercabang-cabang,
Siapa tahu teluk bidara,
Dia ialah orang yang bukan calang-calang.

Macam apa sahaja pantun ini. Harap boleh terima.

Baiklah. Mari kita teruskan. Saya mahu bawa anda ke tempat yang diberi nama teluk bidara.Oranglidi tentu tahu di mana. Eh bagaimana oranglidi boleh terlibat dalam rancangan ini. Saya pun tidak pasti.

Buat pengetahuan anda semua. Tempat ini sangat cantik untuk dilawati. Tentu anda puas jika datang melawat tempat ini kerana terdapat pantai dan batu-batu yang sangat malatop bentuknya. Hendak-hendak lagi anda membawa musuh-musuh untuk datang ke sini. Bukan lah takkan lah musuh pula. Mestilah membawa kawan ke sini baru seronok.

Di sini terdapat juga sebuah gua yang berjarak dalam linkungan 1000cm. Nampak seperti jauh sahaja bukan bila dikira dalam sentimeter. Sebenarnya hanya 10meter sahaja ya. Jadi jangan risau jika mahu memasuki gua tersebut. Pasti boleh sahaja. Seperti menyanyi dalam karoke jamban. Apa kaitan ini. Maksudnya anda tidak perlu risau seperti menyanyi sahaja. Tiada risau.

Untuk menambahkan rasa bengang anda yang tahap melampau. Saya tidak menyediakan gambar teluk bidara tersebut. Tetapi jika mahu juga. Saya letak di bawah ini. Tengok lah tanpa bengang. (sahaja membuat gimik)

Ini adalah lokasi teluk bidara dimana seorang wartawan kami sedang berposing dihadapan kamera. Dia sangat perasan dirinya kacak kerana membuat rambut pacak tidak ubah seperti burung gagak.


Wartawan kami sangat malu dengan dirinya lalu mengambil inisiatif untuk duduk sahaja sambil memikirkan dirinya masih belum cukup kacak untuk membuat rambut pacak tidak ubah seperti burung gagak.


Jadi sampai disini dulu saya membawa anda. Jika ada masa saya akan membawa anda lagi. Saya boleh membawa kemana-mana sahaja termasuklah membawa anda menjadi bingai.

Kita kembali ke studio utama. ZASSS ZISSS ZUSSS


6 comments:

Anonymous said...

apsl ko x tbalik kan je pic tuh...
sakit pale ak nk tgk...
elok2 tmpt tu cntik trus jdk burok psl senget..porah!
-hana tombiruona-ahaks

touyakaruma said...

Apa kata ambik jer saya jadi wartawan ? lagi best

A+z+i+E = AziE said...

bjalan jek tau nye.

{lumut} said...

pesal gamba stok separa bapok?
haha

oranglidi said...

wat the heck?

apsal x pegi teluk tengkorak? hujung dungun tuh.

.rafiq. said...

kona: aku kan paling rajin. sebab tu lah gamba tetap senget. nanti aku buat teknik rebonding bagi lurus gambar tu ya.

tauya: kau cukup kacak ke? haha

azie: mestilah. takkan nak merangkak pulak.

lumut: kalau macho sangat ada orang ngorat. hahaha

oranglidi: ni bukan hujung dungun ke? cis aku tak tau pulak teluk tengkorak. nampaknya lu lg mahir dungun.