Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday

Mati itu sangat lah hampir..

Monday, May 28, 2012

Update sesuka

Salam..

Sebagai permulaan entri kali ini, aku ingin mengucapkan segulung tahniah kepada pelajar-pelajar universiti yang kebanyakannya sekarang ni sudah habis kuliah. Tahniah tahniah.

Tetapi tak payah nak suka sangat lah kan. Study week baru sahaja bermula. Maka dengan sendirinya exam akan berlangsung seminggu lagi. Mak cepatnya dah nak exam. Rasa macam baru je  register masuk U.

Sekarang ni student  semua tengah ikat kepala dengan tali sebab nak study sungguh-sungguh. Aku pun tak paham kenapa dia ikat dengan tali. Macam nak bertinju pun ada.

Aku pun rasa nak study juga, tapi belum start  lagi. Memang nak makan penampar lagi seminggu nak exam  tapi boleh rilex lagi. Ada seorang abang ni cakap, " Apa? Lagi seminggu? Awal lagi. Tak payah study lagi. Nak dekat exam baru study, baru masuk."

Masuk lah sangat kan.

Itu ok lagi. Ada seorang lagi abang cakap, " Ko tak payah study, ko doa je. Nanti exam pejam mata je jawab. " Amboi bukan main senang dia cakap. Dan dia tambah, " Ha lepas tu keluar result semua failed.kah3"

Amboi bergurau pulak.

Aku sebenarnya bukan tak nak study. Memang niat aku nak mula study malam ni. Lepas ni la study sikit. Malam ni kena focus betul-betul.

Esok tak dapat nak study. Pasal esok nak pergi Kangar. Ada hal sikit. Orang Kangar, lu tunggu...!




ps, please tolong help doakan kejayaan aku exam nanti. Doa tau. Rafiq

Thursday, May 24, 2012

Sakit student yang misteri

lah sangat.. hehehe.. (sambungan tajuk entri)

Kebelakangan ni aku selalu mengalami sakit penat. Kamu tahu apa itu sakit penat. Dia macam satu penyakit yang kau akan rasa selalu penat. Buat kerja sikit penat. Berdiri sikit penat. Tidur lama sikit pun penat.

Aku tak tahu apa punca penyakit ni. Nak tanya doktor malas pulak nak over. Maka aku pendamkan saja dalam hati.

Ada satu kali tu penyakit aku ni sangat serius. Masa tu berlaku masa musim test. Aku kiranya nak study lah sebab esoknya ada test. Aku selalunya akan study  waktu malam. Tapi hari tu masa aku mula nak study tetapi aku rasa sangat mengantuk. Maka aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Lebih kurang pukul 3 pagi macam tu aku bangun.

Mula-mula bangun tu aku rasa semangat lah sebab mengantuk dah hilang. Aku pun mula study. Tapi tak sampai setengah jam mengantuk aku datang balik. Sambil menulis boleh tertidur. Bukan sekali tetapi dua tiga kali juga lah perkara tu berlaku. Last-last aku sedar dah masuk subuh. Terus aku berhenti study untuk solat.

Esoknya dah test.  Memang termenung lah jawabnya depan kertas. Ni padahnya pada penyakit aku.

Aku risau juga ni.  Takkan ada hantu pula dalam badan aku. Final exam  dah nak dekat. Kalau berterusan macam ni. Meninggal aku jawabnya. Aku rasa penyakit aku ni serius. Aku perlu cari penawarnya.

Thursday, May 17, 2012

Macam-macam ado

Di dunia ini memang ada pelbagai jenis perniagaan. Ada yang baik, ada yang jahat, dan ada juga yang separuh -separuh. Berniaga ini tidak menentu untung ruginya.Terpulanglah pada rezeki masing-masing. di samping itu skill berniaga masing-masing juga memainkan peranan.

Baru-baru ini aku pergi Masjid India. Bukan nak sertai perhimpunan bersih 3.5 ke apa. Tapi nak membeli barang macam biasa. Lepas siap beli barang aku pun berjalan lah untuk pulang.

Tiba-tiba ada seorang makcik India menahan aku. Dengan bahasa indianya dia mengoffer aku. " Prong preng prong preng (bahasa aku tak paham) prong prong Kasturi! Kasturi!"

Oh kasturi rupanya. Nasib baik aku faham kasturi tu. Aku pun layan lah sekejap makcik ni. Dia bawa aku ke satu tempat untuk tengok kasturi dia. Tempat tu aku rasa memang kawasan jajahan dia. Dengan sekutu-sekutu dia semua ada. Ada pakcik india tua. Pakcik india muda. Makcik india. Kakak india. Penuh dalam bilik tu.

Aku masa mula-mula masuk bilik tu cakap, 'woi2 apa korang nak buat ni, nak bomohkan aku ke, ke nak jadikan aku santapan tengahari korang'. Tapi aku cakap dalam hati je la. Apa diorang ingat aku tak takut ke masuk bilik puaka tu? Aku takut lah wei.

Mana tak nya, aku sengsorang je lelaki muda melayu yang ada. Yang lain brutal-brutal india dengan bulu berada di dada. Semua pandang aku. Mengelilingi aku. Menakutkan betul. Aku masuk-masuk bilik tu lepas tu diorang tutup pintu. Sekali tiba-tiba seorang abang india ini buka beg dia. Bertambah seram aku. Rupa-rupanya dia keluarkan kasturi dia. Siap bungkus-bungkus dalam plastik. Dia keluarkan betul-betul kasturi dari kijang. Segar lagi.

Dia pun cakap, "haa kasturi-kasturi! 5,10,15,20. Hah semua ada 40. Mau berapa?"

Aku yang dalam kebingungan pun cakap, " Macam mana mau buat ni? "

Dia buat isyarat ibu jari masuk ke mulut, dengan yakin dia jawab, " Minum! Minum!"

Minum? Aku pelik seketika. " Betul ke ni? " Baru ku tahu ia boleh diminum.

"Berapa harga?"

"Satu rm25, sekarang ada 40. Mau berapa?"

" Ok takpelah bos, Next time!"

" Ongga ongga " (dia cakap bahasa india- aku tak paham)

Aku pun terus pergi dari situ. Lepas keluar dari tempat tu, terus lega aku rasa. Yang ramai-ramai tadi semua macam tak nampak aku dah. Buat tak tahu je. Aku terasa aman seratus peratus. Aku pun pergi dengan selamatnya.

Ada juga orang berniaga macam ni. Satu keluarga punya perniagaan. Pelanggan sorang, penjualnya kemain macam satu kampung. Yang jual pula macam nak jual belacan takde lesen. Siap bungkus-bungkus dalam plastik. Nak jual kena tutup pintu dan sebagainya.

Takdelah aku syak apa-apa. Sebab jual kasturi je pun. Kedai tempat aku beli barang-barang aku pun selamba je jual kasturi. Sebakul lagi ada. Tak tahulah kalau yang diorang tu punya seludup. Sebab tu jual macam tu gaya. Kalau ya aku tak tahu lah. No komen.

Apapun aku ucapkan selamat maju jaya lah kan pada mereka. Bak kata pakcik astro, "Macam-macam ado." Lama tak dengar kan.

Ni ha kasturi kijang sapo tak kenal eh!

Friday, May 4, 2012

Dakwah maksud hidup

Salam, satu Malaysia..

Sekarang ni kecoh benar pasal kegiatan bersih membersih. Apa dah jadi dengan Malaysia ni. Macam bukan Malaysia dah aku tengok.

Hari tu aku ada pergi juga Masjid India. Tapi aku tak terlibatlah dengan kegiatan tersebut. Aku datang-datang tengok semua jalan kena sekat. Pasal apa pulak kan. Rupa-rupanya baru aku tahu ada BERSIH 3.0. Nampak sangat aku ni tongong pasal isu semasa.

Mula-mula aku ingat semua oklah, sebab aku sampai-sampai je tengok orang tengah jalan-jalan dengan nyamannya. Masa tu awal lagi, dalam pukul 8 pagi rasanya. Masih tak ramai orang lagi. Aku datang nak beli barang-barang je. Aku pun beli-belilah barang kat sana. Dan setelah siap beli-beli barang, aku pulang.

Kira semuanya berjalan lancarlah kan.

Tapi lepas malamnya aku tengok berita. Bukan main sesak lagi orang kat sana. Tak macam yang aku tengok sebelumnya. Sudahlah sesak, ada pulak sampai kes pecah-pecah kereta polis, sepak-menyepak orang awam, pukul-memukul sesama polis. Macam-macamlah.

Sedih betul kan. Paling menyedihkan aku satu tengok satu video, tengah azan berkumandang  pun, orang pekik memekik, yang polis pulak terajang-menerajang. Kecewa betul aku betul orang MELAYU macam ni.

Ini lah mungkin satu azab bagi Malaysia. Salah siapa? Tentulah salah diri sendiri kan. Sebenarnya aku sendiri tak jalankan dakwah. Sebab dengan dakwah manusia akan takut pada Allah. Bila manusia takut pada Allah, takkan terjadi lah benda-benda macam ni.

Jadi kepada pendakwah-pendakwah teruskan lah usaha untuk mengembalikan manusia ke jalan yang sebenar. Jalan yang telah ditunjukkan nabi kita SAW. Allah sentiasa bersama kita.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari azabnya yang pedih.