Salam, satu Malaysia..
Sekarang ni kecoh benar pasal kegiatan bersih membersih. Apa dah jadi dengan Malaysia ni. Macam bukan Malaysia dah aku tengok.
Hari tu aku ada pergi juga Masjid India. Tapi aku tak terlibatlah dengan kegiatan tersebut. Aku datang-datang tengok semua jalan kena sekat. Pasal apa pulak kan. Rupa-rupanya baru aku tahu ada BERSIH 3.0. Nampak sangat aku ni tongong pasal isu semasa.
Mula-mula aku ingat semua oklah, sebab aku sampai-sampai je tengok orang tengah jalan-jalan dengan nyamannya. Masa tu awal lagi, dalam pukul 8 pagi rasanya. Masih tak ramai orang lagi. Aku datang nak beli barang-barang je. Aku pun beli-belilah barang kat sana. Dan setelah siap beli-beli barang, aku pulang.
Kira semuanya berjalan lancarlah kan.
Tapi lepas malamnya aku tengok berita. Bukan main sesak lagi orang kat sana. Tak macam yang aku tengok sebelumnya. Sudahlah sesak, ada pulak sampai kes pecah-pecah kereta polis, sepak-menyepak orang awam, pukul-memukul sesama polis. Macam-macamlah.
Sedih betul kan. Paling menyedihkan aku satu tengok satu video, tengah azan berkumandang pun, orang pekik memekik, yang polis pulak terajang-menerajang. Kecewa betul aku betul orang MELAYU macam ni.
Ini lah mungkin satu azab bagi Malaysia. Salah siapa? Tentulah salah diri sendiri kan. Sebenarnya aku sendiri tak jalankan dakwah. Sebab dengan dakwah manusia akan takut pada Allah. Bila manusia takut pada Allah, takkan terjadi lah benda-benda macam ni.
Jadi kepada pendakwah-pendakwah teruskan lah usaha untuk mengembalikan manusia ke jalan yang sebenar. Jalan yang telah ditunjukkan nabi kita SAW. Allah sentiasa bersama kita.
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari azabnya yang pedih.

Baca juga: Masjid Tercantik di Malaysia
Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dari azabnya yang pedih.
hana, mungkin kita perlu muhasabah diri.