Thursday, May 24, 2012

Sakit student yang misteri

lah sangat.. hehehe.. (sambungan tajuk entri)

Kebelakangan ni aku selalu mengalami sakit penat. Kamu tahu apa itu sakit penat. Dia macam satu penyakit yang kau akan rasa selalu penat. Buat kerja sikit penat. Berdiri sikit penat. Tidur lama sikit pun penat.

Aku tak tahu apa punca penyakit ni. Nak tanya doktor malas pulak nak over. Maka aku pendamkan saja dalam hati.

Ada satu kali tu penyakit aku ni sangat serius. Masa tu berlaku masa musim test. Aku kiranya nak study lah sebab esoknya ada test. Aku selalunya akan study  waktu malam. Tapi hari tu masa aku mula nak study tetapi aku rasa sangat mengantuk. Maka aku mengambil keputusan untuk tidur sebentar. Lebih kurang pukul 3 pagi macam tu aku bangun.

Mula-mula bangun tu aku rasa semangat lah sebab mengantuk dah hilang. Aku pun mula study. Tapi tak sampai setengah jam mengantuk aku datang balik. Sambil menulis boleh tertidur. Bukan sekali tetapi dua tiga kali juga lah perkara tu berlaku. Last-last aku sedar dah masuk subuh. Terus aku berhenti study untuk solat.

Esoknya dah test.  Memang termenung lah jawabnya depan kertas. Ni padahnya pada penyakit aku.

Aku risau juga ni.  Takkan ada hantu pula dalam badan aku. Final exam  dah nak dekat. Kalau berterusan macam ni. Meninggal aku jawabnya. Aku rasa penyakit aku ni serius. Aku perlu cari penawarnya.

8 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

aiyo..susahlah kalau jadi macam ni..
kene tanye dokter jugak macam ni.. jangan pendam. makan diri nanti ..

Azie said...

Lame x tgk blog ni. =)

X over pn klu ko jmpe doktor. =)

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

sayidah, doktor nak layan ke penyakit macam ni? macam sakit batiniah je..huhu

azie, hai.. thanx jenguk blog.. kalau jumpe dukun ok tak? hehe

otomen said...

aku tahu kau sakit apa, kau ada penyakit pemalas! kakakaka

vidadarisakura said...

weh. hadiah yang ko bagi dah sampai! terima kasih daun keladi. hehe

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

otomen, aku dah cuba sedaya upaya jadi rajin. tapi tak boleh la. dia tertidur tanpa disedari..huhu

vivi melisa, sama2 vivi. sampai juga hadiah tu terbang ke kepulauan borneo.hehe

hanaahmad said...

tu penyakit malas namanya. haha

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

hana, kah3.. berterus terang betoi kamu ye..