*This is stickypost!

Sebenarnya sudah lama aku berkeinginan untuk buat contest. Cuma baru sekarang aku berpeluang untuk buat. Contest ni senang saja. Buat cerita pasal negara kita. Cerita macam aku buat ni.

......

Aku ada seorang kawan dari Bangladesh. Nama dia rafiqul islam. Satu-satunya bangladeshi yang aku kenal. Orang panggil dia rafiq. Sama pula dengan nama aku.

Rafiq merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Pahang. Mengambil jurusan mekanikal.

Satu hari selepas solat maghrib aku duduk bersembang dengannya. Satu perkara yang buat aku tersenyum hingga ke hari ini. Katanya dia sangat suka dengan Malaysia. Dia berasa sangat senang dengan penduduk Malaysia. Lalu aku bertanya mengapa.

Katanya dia belum pernah berjumpa dua orang yang bergaduh dihadapannya walaupun sekali. Penduduk Malaysia sangat sopan santun. Menghormati satu sama lain. Tidak pernah bertengkar.

Dalam hati aku membisik, mungkin dia tidak pernah bertemunya lagi.

Lalu beliau menyambung lagi. Katanya pernah suatu hari dia ternampak seorang pemuda yang membeli barang di sebuah kedai runcit. Pemuda tersebut terlupa mengambil baki selepas membayar. Lalu pemilik kedai keluar berlari sambil menjerit-jerit memanggil pemuda itu.

Kata rafiq, kalaulah di bangladesh pasti sudah lesap duit baki itu. Nasib lah, kalau pemuda itu datang semula maka barulah dapat bakinya. Jika tidak, pemilik kedai pasti mengambilnya.

Itulah yang membuatkan beliau suka dengan rakyat Malaysia.

Cerita beliau membuatkan aku berasa sangat bangga. Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!

.....

Itulah cerita aku.
Anda ada cerita? Sertai contest budi bahasa budaya kita!
Mudah, cerita sahaja.

Syarat-syarat penyertaan.
- Mestilah ada blog.
- Hujung cerita tu mesti tulis camni, " Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!"
- itu saja syarat-syaratnya. Mudah kan? Nak follow blog ni atau tak itu terpulang. Janji pastikan saya tahu anda sertai contest ni.
- link cerita anda dekat ruang komen ya. Senang sangat lah.

Baca: Tempat menarik di Pahang

Okay.. Ni hadiah-hadiahnya.. Jeng jeng jeng..

Hadiah 1st - special perfume (rm35)+ baucer misteri.
Hadiah 2nd - special perfume (rm18) + baucer misteri
Hadiah 3rd - special perfume (rm 10) + baucer misteri.
5x hadiah saguhati - baucer misteri.

Okay la tu kan. Sape nak bagi perfume free ...hehehe.. Contest ni diadili oleh kawan-kawan penulis sendiri selaku juri-juri jemputan ye.
TARIKH TUTUP pada 01/04/2012.

Kalau 8 orang join contest ni, konfem semua dapat hadiah...haha..
So apa tunggu lagi. Cepat! Jangan lopehkan peluang ni.


Update!

Peserta yang dah join:
1. http://momoelovepet.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
2. http://thisisamad.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
3. http://vidadarisakura.blogspot.com/2012/03/budi-bahasa-budaya-kita.html
4. http://cakapwa.blogspot.com/2012/03/memperbudayakan-budi-bahasa.html
5. http://gadissflexible.blogspot.com/2012/03/tiga-ratus-dua-puluh-sembilan.html

46 Comments

komen sikit?

Azie said…
like this.. hehe.. =)
Qib said…
hehe.. entry menarik. ape gi eh,. rase macam nak join he
Cik Pipi said…
ko ajak OL join .
dia sume mende2 gini
heeee ;D
Qib said…
http://momoelovepet.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
Azie, tenkiu2...:)

PinQib, wah thanx join. hehe:) nanti sy update kputusan okey!

innz, oh yeke.. oke2..:)
K2r~90 said…
eh siyes ke weh? walaweh.. bile due date?
siyes wehhh... due date sbelum 1 april...:)
dalilakadir said…
menarik,walaupon xjoin contest still nk ckp aku bangga jadi rakyat malaysia.Lgpon org luar suka rakyat malaysia,kita patut bngga.
betoi2! kembang hidung tanda bangga sangat.
ch000tz said…
semangat betul :)
cik helena said…
cerita benar ke kalau rekaan boleh?hjeee
CikTeddyCorner said…
waa..neves rase nk join.haha
K2r~90 said…
aq ase mcm nak juin.. tp tgok kalau internet x bengong ah ..
c'axoera , bangga memang kena semangat sikit..hehe

cik helena, dua2 pon boleh. tapi lg bgus kalau cite betoi kan.

c teddy, tak pyah nak neves sangat lah. haha

k2r, oraitt,, anda dialu2kan..!
mas saari said…
menarik ni...
kena fikir dulu idea apa nak cerita!
[sutera kasih] said…
thanks sbb invite, menarik ni..fikirkan dulu hehe
kak mas, okey cepat2 ye...

sutera, sama2..hehe... cpt2 fikir...
Wadi AR said…
gua macam nak join ni
wadi, silakan cepat2.. masih ada masa ni..:)
Yuki Yusuf said…
aaa..wadi..lu nk compete ngn gua ke ni..hahaha
Ntsya. said…
kena ada cerita ke?
Samad said…
gua mahu memang. kehkeh


http://thisisamad.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
Samad said…
gua buat karangan tak buat cerita. erkss
BERMASALAH said…
terima kasih menjemput.

namun, ilham saya tak kunjung tiba.

*berbudi bahasa di sini sahaja*
koyoki, eh ni geng dengan wadi ke ni..

taya, cerita la baru bangga sikit,,

samad, time kasih menyertai.. semoga berjaya..!

penconteng, sama2.. takpe bila dah ada ilham silakan ye..
Mashe said…
mcm best ni. insyallah sy join. :)
mashitah, orait.. cepat.. peluang mash dibuka..hihi
ruffey said…
aahaahh! interesting! tapi aku nah encounter pengalaman yang tak best. sakit ati.
ruffey, takkan semua pengalaman ko yang tak best kot..hehe
oranglidi said…
mnarik jugek ni. sori rafiq ak baru baca entri ni. hehe.

cuma idea aku skang tandus gile. tatabahasa smua tungganglanggang dah. haha.
takpe OL ko masih ada masa. aku nak wajibkan ko join contest ni sbenanye boleh tak.
hanaahmad said…
aku akan membaca. :)
hana, bagus,, mbaca amalan mulia..hehe
FVN said…
cam best je... nak join lah
join cepat. tinggal 5hari lagi. hadiah ko mesti dapat..haha
Zukhruf said…
saya orang indonesia kawan,,, haha,,
salam kenal saja dari saya.. trimakasih,,,
oh yeke.. takpe trime kasih kerana singgah di sini.. :)
Duniakuabstrak said…
malas join tapi nak hadiah
oranglidi said…
setel. tapi aku mntak maap awal2 sbab:

1-lambat buat, lambat siap
2-tungganglanggang rasanya entri aku.

aku x tau a menepati tema ke idok. hahaaha.soriiii sgt2 bro.

http://cakapwa.blogspot.com/2012/03/memperbudayakan-budi-bahasa.html
Po said…
salam. dah join jugak. tapi tak tau lah menepati ke tak. haha. macam tungganglanggang pun ye jugak. tapi takpe. budi bahasa budaya kita.

ni link.

http://gadissflexible.blogspot.com/2012/03/tiga-ratus-dua-puluh-sembilan.html
Fakur said…
salam. teringin jugak nak join tapi segan pulak. lagipun takut nanti ada yg merusuh. ha ha ha.
oranglidi said…
join je en fakur. msti boleh mnang tu.
oranglidi, tahnx join bro.. unggu keputusannya ok..

gadis, time kasih ye join.. semoga berjaya,,:)

fakur, sori contest sudah ditutup, boleh cba lain kali okay..hehe
:: Wiween :: said…
lama x menyibuk sini. :p
Anonymous said…
buy valium valium online buy uk - valium 10mg effects
Previous Post Next Post