Friday, December 23, 2011

Kata-kata semangat

Hampir sudah sahaja aku menamatkan semester kali ini. Perasaan bagaikan burung yang keluar dari sarangnya. Sungguh riang gembira sekali.

Tetapi jangan lupa, riang-riang gumbira pun bukan bermakna sudah selesai semuanya. Baru study week oi.

Takpe lah, study week pun study week la. Ada satu lagi task aku perlu siap. Lepas tu boleh balik ke rumah woi,,yeayyy!!

Harap-harap aku study lah di rumah<--- ini kira macam doa juga lah. Duduk rumah memang terer kalau boleh study...

Baiklah, sampai sini dulu coretan saya kali ini...Sebelum terlupa, saya ucapkan selamat bercuti kepada warga Universiti Malaysia Pahang... woi bukan bercuti lah! opss.. selamat study kawan-kawan.....!

Friday, December 16, 2011

Muhasabah sikit diri

Di suatu senja hening. Ada dua orang. Mereka kembar. Sama-sama hensem. Sama-sama kacak.

Satu hari, mereka sama-sama pergi kedai makan. Order pun makanan sama. Nasi gorang pataya pedas. Emm sedap. Sama-sama mereka makan bersama.

Tiba-tiba azan berkumandang. Menandakan masuknya waktu maghrib. Seorang daripada mereka berkata,

" Aman, jom pergi semayang dulu! "

" Eh takpe lah Amin. Kau pergi dulu nanti aku datang. "

Tapi mereka tak dapat pergi bersama apabila ketika solat. Walaupun datang bersama, jalan bersama, dan makan bersama, namun bab solat tidak dapat pula bersama.

Apa sebabnya punca masalah ni?

Inilah disebabkan masalah kelemahan iman. Dengan iman akan menentukan kadar amalan seseorang itu. Kalau iman kuat, dapatlah sembahyang jemaah, baca quran, zikir, dan sebagainya. Tapi iman lemah? Nak ucap Subhanallah pun susah.

Jadi pentingnya kita memikirkan tentang iman kita. Teringat kata-kata seorang daripada rakan penulis,

" Brother, please think our akhirat. This dunya is very short. And the akhirat is no ending. When malaikat ask us in the grave ' Man robbuka', only the iman will answer that question. "

Tuesday, December 13, 2011

Sama tapi tak serupa

Apakah yang kamu lakukan apabila melalui tempat macam ni?



Pasti kamu akan buat begini bukan?



Sudah lumrah manusia, bila bau busuk mesti tutup hidung.

Tapi yang ni pelik sikit. Dia busuk juga tapi kadang-kadang ada orang tutup hidung. kadang-kadang selamba saja tak tutup hidung.



Nampak?

Sama kan?

Orang lalu tepi sampah dengan orang tengah hisap rokok...

Eh shameee laa!


hehehe...

"Saranan berhenti kepada perokok"

Tuesday, December 6, 2011

Cerita lawak

Puas aku tunggu komen ke dua ratus. Ayam mati hidup semula pun takkan terjadi rasanya. Jadi aku update jugalah demi negara tercinta. Sebagai hadiahnya lama tak update blog, hari ini aku nak cerita lawak. Pasti kelakar gilalah lawak ni hehehehehe.

Alkisahnya aku ada seorang pensyarah yang sangat garang. Tahap kegarangannya aku rasa mengalahkan harimau kumbang. Memang sungguh garangnyaa pun. Sesiapa pun tak berani nak bercakap kalau dia tengah mengajarnya pun.

Suatu hari ada seorang pelajar yang lama tak datang kelas dia datang kelas. Dia pun macam bengong-bengong sikit lah sebab tak tahu sebelum ni belajar apa. Lepas tu duduk depan pula tu. Berani sungguh dia.

Tiba-tiba pensyarah yang garang tu suruh dia test program. Ada lah caranya nak test, kena 'ping' suatu nombor dan enter. Jadi budak tu pun gelabah lah nak 'ping'. Nasib baik mula-mula pensyarah tu ajar macam mana nak buat.

Tiba-tiba lagi sekali pensyarah nak test program. Budak itu pun gelabah balik. Kali ni pensyarah tak ajar dah. Dia pun 'ping', tapi dia 'ping' salah nombor pula. Maka tak jadi. Pensyarah menunggu dia 'ping'. Pada masa tu pula komputer dia 'hang' pula. Maka bertambah lah gelabah dia. Padahal sekejap saja, tapi jadi lama. Dia tekan tekan papan kekunci tetapi tidak boleh. Tekan sana tekan sini juga tak boleh. Dia pun pangkah. Terus pensyarah kata, okay dah siap.

Maka selamatlah dia. Tetapi aku tengok lah muka dia sikit, aku tengok dah pucat dah muka dia. Padahal tak 'ping' pun pensyarah kata dah 'ping'. Itulah orang kata, untung ayam nampak di kaki. Jadi budak itu bernasib baik seperti kaki ayam pada hari itu.

Jadi apa yang lawaknya? Muka dia masa tu memang lawak. Dia punya gelabah tuu. Kalah ayam berak kapur.

Itulah cerita yang lawak aku nak cerita. Lawak tak? Okay kalau tak lawak takpelah.

Saturday, November 26, 2011

Saya penjual minyak wangi

Hai bertemu kembali kita dalam rancangan mari mengenal saya !

Eh apa ni?



Tengok zoom out sikit.



oooo. Ini rupanya...




Patutlah lama tak update blog. Sibuk berniaga rupanya...


Sehingga berjumpa lagi.. Nanti saya update lagi ya..byee!

Monday, November 21, 2011

Untung badan siapa yang tahu?

Salam..

Hai, sungguh lama tidak mendengar berita blog ini. Maaflah saya agak sibuk dua tiga tahun ini. Tidak sempat menjengah blog.

Sekarang ini pula ada kelas sebenarnya. Tetapi rupa-rupanya bila sampai kelas sahaja, rupanya tiada kelas. Boleh pula saya tidak tahu. Iya lah itulah orang kata, tuah ayam nampak di kaki, tuah saya tiada kelas siapa yang tahu?

Saya ni kadang-kadang tersalah juga masuk kelas. Ada suatu kali itu, datang kelas dengan penuh bersemangat.Duduk di barisan paling hadapan. Semangat gila. Saya perasan orang tengok saya kiri kanan. Dalam hati saya cakap, mesti diorang tengok-tengok ni sebab wajah saya sangat berkeyakinan, maka diorang kagum. Apabila kuliah bermula, tiba-tiba saya tengok pensyarah lain yang mengajar. Saya tengok kiri dan kanan, baru saya menyedari saya salah kelas. Apalagi menggelebahlah saya. Lalu beritahu kawan sebelah, eh saya sudah salah kelas lah. Lalu apalagi, angkat tangan pada lecturer dan buat-buat seperti ada hal yang sangat penting lalu keluar kelas dengan selamba. Malu oi malu.

Tetapi kali ini saya yakin. Saya tidak tersalah masuk kelas. Memang benar. Setelah saya buka moodle di lama web UMP memang benar tiada kelas. Sampai bulan 12 pula tu. Hallamak seronok gila. Saya gembira.

Maka sempatlah saya update sebab kelas cancel. Kalau tak cancel belum tentu dapat update tau kawan-kawan.

Friday, November 11, 2011

Beraya di rumah saudara memang seronok

Hai semua!

Seronok sungguh raya tahun ini. Aku rasa first lah seronok macam ni. Mana tak nya, pagi-pagi raya lagi sudah kena rempit dari Bentong ke Raub. Dalam kesamaran pagi yang agak renyai-renyai, aku bersama adikku terpaksa menempuh liku-liku kehidupan.

Mana tak nya kena redah, pasal semua family aku sudah berada di Raub. Aku berdua yang masih tertnggal. Nak tak nak kena redah juga lah. Siapa suruh gerak lambat. Apa pun kami sampai memang tepat pada masanya. Sampai-sampai semua baru nak bergerak pergi sembahyang raya. Syukur dapat sembahyang raya bersama keluarga di Masjid Abu Bakar. Tahu kat mana? Masjid tu la tempat Razman selalu lepak.

Walaupun agak penat menunggang motor pepagi buta, selepas sembahyang aku tidak tidur. Tapi masih bersemangat untuk makan kuih raya, ketupat raya, lemang raya. Nampak gelojoh gila makan sebab kebulur. Biasala 2 tahun sekali sahaja makan itu semua.

Tak cukup dengan tu. Lepas makan kami sekeluarga bergerak pula beraya ke rumah sedara. Amboi macam raya aidilfitri pula. Tapi apa boleh buat, kami anggap sama sahaja. Bila- bila masa boleh berziarah. Raya puasa raya korban, kami bolos saja.

Kami pun bergerak ke rumah sedara di Lembah Klau. Dekat rumah saudara memang kami hentam lagi. Kuih-kuih raya macam - macam ada, dengan cornflake, coklat, badam, semua adalah. Sampai licin kami tibai. Padan muka orang lain tak dapat makan dah selepas kami.

Dan yang paling best. Lepas makan ada sesi urut mengurut pula. Rumah saudara ada mesin urut-urut. Habis semua bergilir-gilir mengurut. Aku pula boleh tertidur atas sofa. Mana tak nya, sudah kenyang + penat, memang terbungkang lah dengan selamba dekat rumah orang. Tak malu sungguh.

Tapi tak mengapa. Bila bangun tidur je semua sudah mahu pulang. Salam bersalam dengan saudara mara. Sesi yang agak sedih. Tapi ada sekali salam punya salam, eh, dapat duit raya? Wah. Seronok gila. 1st time dapat duit raya haji. Rasa seronok tidak terkata.

Inilah raya yang paling menyeronokkan.
Tapi aku pelik lah.

Sekarang ni tak minat dah amik - amik gambar. Satu gambar pun takde tau!

Sunday, November 6, 2011

Bijaknya adik aku

Baru-baru ini aku pulang ke kampung. Berjumpa ahli keluarga tercinta membuatkan hatiku seronok sekali. Melepak bersama budak-budak juga satu peluang yang tidak dapat dilupakan. Budak sekarang memang bijak. Tahap kecerdasan melebihi albert enstein.

Cuba bayangkan, tengah aku tengok cerita baby geniuses. Cerita tu dia cakap inggeris. Adik aku yang kecik sekali siap boleh terangkan lagi cerita dia. Aku dulu kecik-kecik memang tak faham apa dia kata. (sekarang ni pun tak sepenuhnya faham). Tapi adik aku yang kecik tu pun boleh tahu.

" Siapa budak kembar tu dik? "

" Tu la budak yang pandai tu. Yang sorang lagi tu tak pandai. "

" Ye ye je awak dik. Paham ke dia cakap apa? "

Sekali adik aku yang sorang lagi cakap. Ala dulu kitorang dah tengok dah. Kitorang tengok bahasa Melayu punya.

Maka kakak aku turut berada di situ memerli,

" Apik kena tipu je dengan adik. "

Ceh. Patutlah pandai sangat budak-budak ni. Boleh tukar bahasa rupanya. Bijak bijak.

Friday, November 4, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Orang semua sudah balik. Kelam kabut macam awan nak runtuh. Terkejar sana terkejar sini. Tinggal lah dua tiga lagi dekat Universiti Malaysia Pahang ni. Termasuk la aku. Aku bukan tak balik. Mana boleh tak boleh weh. Mesti balik. Tapi aku balik lambat sikit. Mahu selesaikan sedikit urusan petang ni. Mungkin malam baru bergerak.

Tadi baru aku dengar khutbah Jumaat pasal hari esok. Esok semua orang yang sedang buat haji akan Wukuf di Arafah. Jadi kita semua disunatkan untuk berpuasa Arafah. So sesiapa yang boleh berpuasa tu janganlah lepas peluang ni. Yang nak ganti tu boleh buat sekali kan.

Jadi sempena hari raya ni aku ucapkan Selamat Hari Raya aidiladha! Dan selamat menjalani ibadah korban! Bagi pelajar-pelajar Uni aku nak pesan, raya-raya juga solat jangan lupa.

Wednesday, November 2, 2011

Kisah Pemuda Meninggal dalam Khusnul Khotimah

Tengah aku jalan-jalan dekat facebook tadi, aku terjumpa dengan satu post. Dia bagi link dekat satu blog.

Aku pun buka link tersebut. Tajuknya kisah pemuda meninggal dalam khusnul khatimah. Memang menarik isi dia. Kisahnya mengenai seorang pemuda yang meninggal semasa keluar di jalan Allah. Ia berlaku semasa pemuda itu meninggal dunia di pedalaman Sabah.

Mengikut ceritanya, jelas tanda-tanda pada jenazah bahawa dia meninggal dalam keadaan yang baik. Inilah ganjaran Allah sudah tunjukkan di dunia lagi. Apatah lagi di akhirat sana. Pasti lebih hebat lagi.

Begitu juga kita, dalam kesibukan kita mengejar dunia. Janganlah kita lupa tuntutan akhirat. Kita perlu gunakan dunia kita untuk manfaat akhirat. Moga-moga kita selamat di dunia dan di akhirat hendaknya.

Sesiapa yang nak baca mengenai pemuda tu, boleh buka link DISINI.

Tuesday, November 1, 2011

Legaaa

Hari ini merupakan hari yang cukup mendebarkan. Pagi tadi merupakan hari untuk pembentangan projek. Salah satu tugasan aku untuk subjek yang aku belajar di Universiti Malaysia Pahang. Dan akhirnya sudah lepas sesi pembentangan untuk group aku tengahari tadi.

Perasaan aku sekarang agak lega. Tidak terlalu pening kepala. Tetapi ada satu lagi perkara belum dibereskan. Esok masih ada test. Nampaknya kena bersedia untuk itu.

Dua tiga hari ni asyik bercerita tentang kerja aku. Biasalah pelajar. Ini sahaja yang aku mengadap hari-hari. Aku suka bercerita di sini. Aku tak mahu apa-apa. Cuma aku mohon doa dari kalian semua.

Aku mahukan kejayaan.

Monday, October 31, 2011

Korban korban

Hari ini kembali ke Universiti Malaysia Pahang tercinta. Baru hari pertama tetapi kepala aku sudah mula pening. Tugasan bukan main banyak. Sampai sini baru nak buka buku balik. Masa cuti memang aku cuti habis-habis. Rupanya ada kerja yang tak siap. Esok dah nak present. Memang best.

Aku harap benar minggu ini cepat berlalu. Dua tiga test bakal menjelma. Persiapan macam tak nampak. Risau pun ada tengok diri sendiri ini. Yang pelik masih tenang update blog. Pelik sungguh.

Tak sabar aku menunggu cuti lagi satu. Cuti raya aji pula. Makan rendang dan sup tulang. Macam ada sahaja rendang raya-raya haji ni. Yang pasti tempat aku tiga ekor lembu tu dah wajib dah. Tahun ni mungkin lebih lagi akan korban.

Jadi cepat-cepat lah kita semua mengasah parang. Lapah daging jom!

Thursday, October 27, 2011

Happy Deepavali semua!

Sekarang ini aku berada di rumah nenek. Cuti Deepavali kali ini memang seronok. Indahnya dunia bila berada di kampung. Menikmati pemandangan indah dengan burung berkicauan. Dengan awannya lagi yang membiru. Sangat permai berada di daerah Bentong tercinta ini. Kemeriahan Deepavali juga terasa di sini.

Bukan nak kata apa lah. Universiti Malaysia Pahang memang mulia. Beri cuti sampai seminggu. Ini yang buat aku sayang lebih dekat UMP ni. Minggu ini cuti sebab hari kelahiran sultan pahang dan hari deepavali. Cutinya cuma dua hari. Tapi sudah alang-alang, UMP beri cuti sampai seminggu. Terima kasih UMP.

Bermakna isnin minggu depan baru aku balik ke UMP. Tetapi ada berita gembira lagi buat warga UMP. Selepas hadir seminggu kuliah, akan ada cuti lagi. Cuti raya haji pula. Wah seronoknya. Selepas cuti, cuti lagi. Rasa mahu berkasihsayang dengan UMP. Sayang UMP lebih.

Walaupun di kampung kurang berinternet, tetapi aku gembira kerana di kampung best. Tiada kuliah, tiada asaimen, tiada pening kepala.

Selamat bercuti semua!

Wednesday, October 19, 2011

Cerpen dengar boleh percaya jangan

Sejak kecil lagi kita semua sudah didedahkan dengan amalan-amalan yang mulia. Siapa lagi yang mengajar kita kalau bukan ibubapa kita. Tetapi ada juga jenis tak mendengar kata. Lain yang diajar lain yang dibuat.

Bercakap mengenai pengalaman masa kecil. Dahulunya aku seorang yang sangat lurus. Sangat mendengar kata-kata. Patuh, jujur, dan hensem.

Tetapi ada sesetengah kawan aku yang berlawanan jenis nya macam aku. Yang paling lawan sekali ialah jenis yang suka menipu. Cerita nya lebih kurang begini.

Suatu hari kawan aku ini, namanya Rohan (bukan nama betoi), dia beli telefon bimbit baru. Jenisnya nokia 3310. Semua budak-budak sangat jakun bila tengok hanphone tersebut. Yelah, Rohan ni kecil-kecil lagi sudah dapat handphone. Beli sendiri pula tu. Anak orang kaya lah katakan.

Lalu budak-budak pun mengerumuni beliau. Nampak seperti beliau sangat diagung-agungkan. Bagai ayah pin. Dipuja-puja. Maaf ayat nampak over.

Walau bagaimanapun, aku juga termasuk dalam golongan jakun tersebut. Lalu aku bertanya pada Rohan,

" HOI ROHAN, BERAPA RINGGIT KAU BELI HANDPHONE TU? "

Lalu Rohan pun menjawab dengan selamba,

" ALAH MURAH JE. SERINGGIT JE. "

Aku pun terkejut,

" HAH SERINGGIT? BIAR BETOI ROH! SERINGGIT JE KE?"

" BETUL LAH, BUAT APA AKU NAK TIPU. AKU BELI DEKAT THE STORE TU."

" MAK OI MURAH GILA. AKU PUN NAK BELI LAH!"

Lalu aku pun terus menyimpan hasrat untuk pergi membeli juga. Murah gila rupanya handphone tersebut.

Maka esoknya dengan pantas aku bergerak ke The Store. Dari tingkat 1 ke tingkat 2. Tingkat 2 ke tingkat 3. Cari dan cari. Tetapi tidak jumpa. Akhirnya aku mengalah. Tidak ada handphone seringgit yang dicari.

Lalu aku pun pulang dengan hampa. Aku berkata pada Rohan,

" ROHAN, TAKDE PUN HANDPHONE YANG MACAM KAU TU SERINGGIT?"

" DAH HABIS LAH TU. KAU LAMBAT. TINGGAL SATU JE."

Aku pun kecewa. Kerana lambat sedikit aku tidak mendapat nokia 3310 yang berharga seringgit.

Kejadian tersebut berlalu begitu sahaja. Hanya hasrat yang tersimpan didalam hati untuk memiliki nokia 3310.

Setelah beberapa tahun berlalu.

Pada ketika itu fikiran aku sudah matang sedikit. Boleh berfikir tidak lurus sangat. Ada bengkok-bengkok sikit.

Aku tiba-tiba mendapat kesedaran daripada Ustazah yang mengajar di sekolah. Katanya, 'manusia ada macam-macam jenis. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada juga suka menipu. Dan orang suka menipu ini ialah orang yang menipu tanpa rasa bersalah.'

Kata-kata ustazah telah menyedarkan aku.

Ia telah mengingatkan tentang kisah Rohan dan handphone nokia nya. Tidak sangka, rupa-rupanya Rohan hanya menipu. Aku mati-mati percaya dengan kata-katanya. Dia hidup-hidup menipu aku.

Mana ada handphone harga seringgit. Cari lah dimana-mana. Housing handphone ada lah.

Sejak pada itu, aku tidak lagi mempercayai kata-kata Rohan. Bak kata kawan-kawan, dengar boleh, percaya jangan.

Monday, October 17, 2011

Ulat gonggok lawa

Sekarang ni kemain banyak betul ulat gonggok dekat rumah aku. Bukan sekarang lah. Tapi dah lama dah. Cuma aku yang baru duduk sini. Tepi kiri kanan depan belakang semua ada ulat gonggok.

Tapi ulat gonggok aku ni dia lawa sikit. Tak macam ulat gonggok lain. Rupa dia macam ni.



Lawa kan?

Dia kalau boleh sampai dalam rumah dia nak masuk. Kalau sekali tengok dekat halaman mesti nampak lebih daripada 3 ekor. Kawasan rumah aku ni macam kawasan dia pulak. Memang dia boleh buat kerajaan gonggok mungkin.

Ulat gonggok ni ada harga tak?

Aku buka tawaran ni. Sesiapa yang nak ulat gonggok. Aku jual sekilo singgit. Siapa berminat boleh inbox me.

keh3

Sunday, October 16, 2011

Sanggup gila

A few days ago, when im walking back to my college, I had meet a palestin guy. He holds me while asking,

" Assalamualaikum brother, im looking for maktaba. Do you know where is maktaba? "

" Waalaikumsalam w.b.t. Sorry brother. What is maktaba? "

" The place that we stored books, magazines. Do know where is it?"

" OH library, you can use this way. (think about 5sec). Nevermind, I can bring you to that library."

" Thank you brother. Please. Come in."

Puih penat cakap omputih. Letih translate sepatah-sepatah ni.

Sebenarnya aku jumpa mamat Palestin hari tu. Lepas aku naik aje kereta dia aku pun tanya lah macam-macam. English aku entah dia paham ke tak. Katanya dari KL. Jauh tu. Aku pun tanya apa tujuan datang UMP ni.

Katanya datang sebab nak cari harian metro. Dia beritahu tarikh surat khabar yang dia nak. Lalu kami pun pergi la library UMP yang indah. Dan tanya kepada penasihat library tentang surat khabar. Semata-mata itu saja. Aku cakap mamat ni memang bersemangat betul. Dari jauh semata-mata nak cari sehelai surat khabar.

Tapi keputusan nya hampa. Surat khabar yang dicari tak jumpa. UMP hanya menyimpan surat khabar Utusan dan Berita Harian sahaja. Maka aku bertanya kemana dia mahu pergi selepas itu. Katanya mahu balik KL. Besar bukan pengorbanan dia. UMP ke KL ambil masa 3 jam. Dia datang petang dan petang itu juga balik.

Sepanjang aku berborak macam ayam dan itik tu. Dia ada rojakkan English dengan bahasa Arab. Dia cerita apa kelebihan-kelebihan menunaikan hajat saudara Islam yang lain. Ciptaan tuhan yang sentiasa berzikir. Walaupun sekejap, sempat juga bagi ceramah tu. Aku tadah je telinga. Yang menariknya bila aku dengar dia berbahasa arab. Sedap betul dia cakap Arab. Lancar pulak tu. Memang lah lancar, orang Palestin kan.

Mungkin ini sebabnya aku bertembung dengan mamat Palestin ni. Sejak pada tu tiba-tiba minat pada Bahasa Arab. Jadi apa tunggu lagi.

JOM belajar bahasa Arab!

Wednesday, October 12, 2011

Ku berlari kau berlari



Gambar sekadar hiasan.

Lama sungguh rasanya tidak berlari. Ada lah dekat dua ratus tahun. Selalunya berjalan, naik basikal, naik motosikal, dan sebagainya.

Tapi semalam ada satu pogram. Pemilihan untuk eksplorasi Gunung Kinabalu. Aku berminat betul bila dengar gunung-gunung ni. Tak pernah pun panjat gunung. Tapi aku memang berkeinginan untuk panjat gunung.

Lalu aku pun pergi pemiliha. Mak ai. Bukan main penat lagi. Mereka ada buat test untuk larian. Nama dia beep test. Dia nak tengok berapa lama kita boleh berlari mengikut level-level yang tertentu.

Aku dapat la level 8-6. Sikit gila. Tapi takpe. Sebab hari ni ada lagi. Jadi aku menyiapkan diri untuk cubaan yang kedua pula.

Tuesday, October 11, 2011

Hobi Kamal

Ada sorang budak. Nama dia Kamal (bukan nama sebenarnya pun). Dia ni suka sangat mendengar muzik. Memang best hobi dia. Dari muzik balada, muzik rock, muzik hindustan. Semua dia hafal. Bukan nak kata apa lah, dia memang terror wacakaplu.

Tapi kan. Ada satu je dia tak terror. Dia tak terror menyanyi ikut masa. Kalau boleh tiap-tiap masa dia nak nyanyi. Dalam jamban, luar jamban, tepi jamban, tengah jamban. Semua lah dia boleh nyanyi.

Itu aiman tak kisah lah. Biarlah Kamal nak nyanyi mana-mana pun kan. Aiman memang tak kisah. Yang aiman kisahnya, bila tengah studi. Takkan lah nak nyanyi-nyanyi jugak kan. Orang lain nak tudi, dia memekak. Mengganggu lah orang lain. Tak patut kan Kamal ni.

Takpelah nanti aku nasihatkan Kamal. Kamal ni pun tau lah hobi tu best. Tapi jangan menonjol sangat hobi tu. Tak elok.

Sunday, October 9, 2011

Sibuk ke?

Aku sangat sibuk dua tiga hari ini. Banyak betul asaimen. Sebab tu sudah dua hari tak update blog. Lama sungguh tak update. Pehhh. Ayat bukan main rajin gila. (nganga tak percaya)

Bukan sibuk apa sangat pun. Sibuk merayau je yang lebih nya. Ya lah bila dah merayau mana ada masa nak buat asaimen. Maka jangan harap lah gunung jatuh ke riba. Apatah lagi mengharap asaimen siap dengan sendirinya. Tetiba.

Aha hari ini penat sikit. Malas nak update blog sangat. Nanti orang kata rajin pula penat-penat pun update blog juga. Padahal memang rajin pun. Jadi sampai disini dulu untuk hari ini. Jumpa lagi di masa akan datang.

Boboi!

Friday, October 7, 2011

Katak pisang yang banyak

Wah akhirnya hari ini sudah Jumaat. Berada di penghujung minggu. Sepatutnya kita semua berasa tenang sebab esok akan cuti. Bagi pelajar lah kan. Yang kerja tu sorry to say la, esok pun kerja jugak.

Jadi sepatutnya memang hari ini hari paling berbahagia. Tapi jangan disangka air yang tenang tiada katak puru, katak pisang pun ada tau. Aku ingat boleh lah rileks-rileks sikit hujung minggu. Tapi kemain banyak tugasan. Tak cukup kaki nak buat.

Maka aku mengambil keputusan untuk tidak buat semua. Senang kan? Memang lah senang. Pastu last minit baru menggelepar nak buat. Biasalah student cermerlang kan.

Oklah nak berehat sekejap. Sekarang aku dah pandai sikit. Update blog ambil masa 5minit je. Dulu setengah jam. Sekarang main tulis ikut suka kaki. Sebab tu laju semacam.

Ok bai.

Wednesday, October 5, 2011

Saya Anak Malaysia!

Saya bangga jadi anak Malaysia!!

Hari ni lah aku rasa paling bangga sekali.

Tadi aku pergi kedai motor. Motor aku ada lah rosak sikit. Jadi aku pun pergi dengan menaiki basikal. Memang terasa seperti orang Jepun apabila menaiki basikal. Maka perjalanan ke kedai motor lebih kurang 10 minit. Kadar kelajuan aku masa tu tak lah tinggi, tetapi apabila cuaca panas, memang terasa seperti 10jam mengayuh basikal.

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Aku sampai je kedai motor, aku pun menanyakan lah perihal motor aku. Tetapi. Tidak pasal-pasal kena marah. Tanya apa barang kena tukar? Kena marah. Kenapa kena tukar? Kena marah. Berapa harga barang tu? Kena marah.

Yutiub punya apek. Marah memanjang. Betul lah golongan cina memang kurang asam sikit. Bukan lah aku nak buat isu perkauman di sini, tetapi memang kurang ajar betul apek tadi. Apehal kena marah-marah? Why? i have no idea!

Disebabkan aku anak Malaysia. Aku sabar je la. Anak Malaysia kan. Kena la baik.

Lalu aku pun pergi lah kedai makan untuk menghilangkan tekanan. Biasalah pelajar memang takde duit. Tapau nasi banyak-banyak, lepas tu makan dua kali. Ayam pun cari yang besar-besar. Boleh makan dua kali jugak. Selalunya cas memang kira satu pinggan je. Jimat lah sikit kan. Tapi. Hari ni lain pulak. Sekali pakcik tu tengok nasi macam banyak je. Dia cas pulak nasi tambah.

Yutiub jugak pakcik ni. Dah kena bayar lebih. Melayang rm7 hari ni. Bukan melayang la, kira lari bajet hari ni. Peh. Boleh makan dua pinggan tu.

Takpe disebabkan aku anak Malaysia. Aku sabar. Hari ni hari menguji kesabaran anak Malaysia. Setelah diuji baru aku kenal erti kesabaran.

Sebab tu lah aku bangga jadi anak Malaysia!

Korang bangga tak?

Aku bangga gila.

Tuesday, October 4, 2011

Perpustakaan UMP


Aku sekarang berada di perpustakaan UMP. Seperti mana yang kita tahu perpustakaan ialah tempat membaca buku. Ammmboi bukan main rajin je pergi library. Biasalah perlajar cermerlang kan. Mesti r rajin. Kemain banyak r.

Perpustakaan UMP ni best. Paling best sekali pagi-pagi ni. Orang tak ramai. Aircond sejuk. Tenang je. Lagi bestnya internet sini laju. Bukan macam line dalam bilik. Sudah lah lembap macam siput kerbau. Nak bukak youtube pun tak boleh. Apatah lagi redtube.

Sebenarnya kelas batal tadi. Nak balik bilik pulak malas. Sebab tu lah aku rajin pagi-pagi ni. Maka kesimpulannya pergi la perpustakaan yang indah ni. Nampaklah macam student berintelektual sikit. Walaupun hakikatnya puncanya disebabkan sikap malas juga.

Aku berniat sangat untuk membaca buku disini. Tetapi setelah menyedari library ini ada kemudahan yang lebih baik iaitu internet, maka aku gunakan kemudahan itu dengan sebaik-baiknya. Dan akhirnya siap lah entri untuk hari ini.

Harap-harap nuffnang pertimbangkan kerajinan aku.. T_T

Monday, October 3, 2011

Nuffnang dah naik!


Setelah sepuluh tahun aku menceburkan diri dalam bidang blog ini. Akhirnya pada hari ini nuffnang aku sudah naik. Kamu tahu berapa sudah naik? Pastilah tidak tahu. Nunffnang aku sudah naik rm2. Bangga tahu. T_T

Baru-baru aku buka nuffnang sebab dah lama tak buka. Biasalah golongan pemalas nak update blog macam aku memang tak berharap sangat lah nak buka nuffnang hari-hari kan. Tapi tadi bila tengok nuffnang sudah naik, terus dari baring mengiring terus terduduk. Nampak sangat terkejut.

Jadi bila tengok perubahan nuffnang sudah naik, terus bersemangat untuk menaip blog lagi. Bila taip mesti ada orang mahu baca dan mesti traffic akan meningkat. Semangat betul aku hendak melawat blog orang.

Harap-harap sepuluh tahun akan datang aku punya nuffnang akan meningkat lagi. Baru boleh aku belanja korang makan. Sebab korang yang bagi duit ni kan kan kan?

Go go go...!

p/s, takde lah sampai sepuluh tahun. tu perbandingan je la sebab lamaaa sangat masanya baru naik.

Sunday, October 2, 2011

Bestnya duduk kolej!

Alhamdulillah syukur dapat juga jumpa kawan-kawan masa konvo hari tu. Walaupun sekejap tetapi ia memang cukup bermakna. Lama sungguh tidak dapat jumpa mereka. Bila jumpa rasa mahu cium peluk, nasib baik ada orang ramai. Terus tak jadi. Nanti mereka tahu kami gay pula.

Aku sekarang sudah berada di UMP tercinta. Kembali menjadi pelajar. Solat. Pergi kelas. Tidur. Makan. Itu lah rutin harian sebagai pelajar. Hari-hari akan ulang perkara sama. Bagi pelajar yang rajin sikit, ada lah program-program yang akan mereka pergi. Macam aku ni memang tak la. Malas tu terlebih sikit nak sertai program-program yang berfaedah tu.hehe.

Jadi bila asyik pergi kelas. Balik bilik akan tidur saja. Maka otak pun tak berkembang. Bila otak tak kembang idea pun tiada. Jadi bila idea tiada memang tak lah nak update blog kan. Maka aku pun cari idea atau helah untuk update blog. Contohnya macam sekarang nila. Tulis perkara-perkara yang sepatutnya buat, secara tidak langsung sudah update blog kan. Bijak tak. Walaupun duduk bilik. Tetap bijak tau.

Maka atas sebab alasan ni aku akan terus berada di bilik untuk memerapkan lagi diri. Sebab tak apa tak kembang otak pun. Tapi tetap dapat update blog kan. Aku pun dah faham sekarang. Okay aku rasa sebelum lebih jauh merapu aku tutup dengan serangkap pantun,

bila resah ingat saat indah,
bila rindu kunyanyikan lagumu,
sehari kurasakan bagaikan setahun,
menunggu tibanya oh bahagia.

ok bai.

Wednesday, September 28, 2011

Konvokesyen ke-8 PSMZA

Tahniah diucapkan kepada semua graduan-graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang baru sahaja melangsungkan istiadat konvokesyen.

Setelah penat lelah untuk hadir ke kelas dan melakukan setiap tugasan yang diberikan, kini telah tiba masanya untuk penghargaan atas semua pengorbanan.

Semoga dengan penghargaan ini dapat meningkatkan semangat setiap graduan untuk menggunakan sebaik mungkin ilmu yang telah dicurahkan kepada semua graduan. Semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Gembira dapat bertemu kawan-kawan.



Yang tercinta~!



The most exclusive! :)




hehehe. Semoga kita berjumpa lagi!

Saturday, September 24, 2011

Konvo politeknik

Petang ini aku akan melangkah ke Dungun kembali. Bukan masuk belajar di poli balik ya tuan-tuan. Tidak sama sekali. Sebenarnya aku baru sahaja ingin konvo. Ya sebenarnya bukan baru ingin, lama juga ingin. Cuma poli aku baru sahaja hendak buat. Lama juga. Setahun lebih tahu.

Jadi esok akan ada raptai. Maka semua yang mahu konvo wajib pergi raptai dulu. Tak pergi raptai, tak boleh konvo. Ini undeng-undeng. Bagus punya undang-undang. Inilah dinamakan family planning.

Maka aku menyeru sekalian warga Dungun. Sesiapa yang sedang belajar di politeknik dungun atau duduk di dungun bolehlah membuat temujanji dengan aku sekarang. Malam karang ke malam esok ke boleh lah makan angin bersama. Tahulah korang dah bosan dengan angin dungun. Tapi aku ni yang rindu angin dungun ni. Bolehlah bantu teman aku kan.

Okay kepada guy-guy semua. Jumpa anda di sana.

Friday, September 23, 2011

Wah baunyaaa!

Aku selalu membayangkan satu suasana yang indah permai. Berjalan di atas bumi yang nyaman. Dengan haruman yang mengelilingi setiap ruang. Indah sungguh. Pasti setiap orang pun mahu berada dalam suasana tersebut. Wangi sahaja.

Tapi ada perkara yang aku hairan juga. Terdapat sesetengah pihak suka keadaan yang berlawanan dari suasana yang aku sebutkan tadi. Maknanya suka dengan bau busuk lah. Mereka yang dimaksudkan ialah yang tak pakai ah. Deodorant. Adakah mereka tidak perasan atau buat-buat tak perasan bahawa badan mereka busuk. Atau sengaja buat-buat tak perasan. Atau memang tahu lah bahawa mereka tu busuk.

Aku yang berada di sebelah sangatlah tidak tahan. Bukanlah nak kata aku wangi. Aku pun busuk jugak. Tapi pakailah deodorant sebab dah tahu busuk kan. Orang sebelah tak lah terseksa nak tahan nafas sebab bau badan aku.

Tak teringinkah mereka ni akan keadaan yang wangi? Tidakkah?
Aku bukan apa. Nak tegur karang merajuk pulak. Korang rasa patut tak aku tegur? Patut tak?

eh kenapa entri macam budak-budak? Lantak!

Wednesday, September 21, 2011

Orang kaya.

Seperti mana yang kita tahu. Duit sangat penting sekarang ni. Ibarat nyawa kita. Kalau tiada duit boleh mati dibuatnya. Orang kata duit adalah segala-galanya. Ada duit ada segalanya. Dengan duit memang senanglah hidup. Jadi kita pun berusahalah siang dan malam untuk mencari duit supaya menjadi orang yang kaya raya.

Apa ada dengan duit?

Dengan duit boleh beli rumah besar. Ada duit boleh beli kereta besar. Boleh beli bini besar. eh. Boleh beli bilik besar untuk bini. Dan sebagainya yang besar-besar lah. Macam-macam boleh.

Tapi tahukah kita berapa ramai orang yang hidup senang lenang dengan duit yang dia ada? Tenangkah hati mereka dengan duit mereka?

Sebenarnya tak semua orang dapat rasa ketenangan tu. Tak semua orang dapat rasa sesenang tu.

Ketenangan dan kesenangan yang sebenar bukan lah dalam wang ringgit. Bukan lah berapa banyak duit yang kita ada. Duit ada berjuta-juta pun boleh tentu boleh dapat ketenangan dan kesenangan hakiki.

Ketenangan yang sebenarnya hanya dalam agama. Bila kita ada usaha atas agama, kita akan dapat ketenangan. Walau kita tak banyak duit. Walau kita tak boleh beli rumah besar, kereta besar, dan sebagainya. Tetapi hati kita senang dan tenang.

Jadi orang kaya sebenarnya bila hati seseorang itu tenang dalam apa jua keadaan. Duit banyak dia tenang. Duit sedikit pun dia tenang.

Buat apa duit banyak-banyak tapi hati tidak tenang. Takut itu takut ini. Lebih baik duit sedikit, tiada apa yang perlu ditakutkan. Hati tenang, jiwa pun senang. Renung-renungkan.

p/s, sekadar berkongsi. tak best lah makan sorang kan.

Sunday, September 18, 2011

Pelajaran hari isnin

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini hari isnin. Indahnya hari ini. Cuaca ala sepoi-sepoi bahasa. Awan putih berlangit biru. Memukau mata sesiapa yang memandangnya. Indahnya ciptaan tuhan. Hebatnya Ilahi.

Hari ini juga hari kuliah sebenarnya. Semua pelajar berlari kesana-sini menyiapkan diri untuk ke kelas. Sebagai pelajar yang cemerlang, aku juga berlari-lari setempat demi menunjukkan sifat semangat mahu ke kelas. Menyiapkan diri sehingga tanpa disedari datang awal 5 minit ke kelas.

Gila apa datang ke kelas awal 5 minit. Tidak menepati masa lah namanya. Selalunya tepat pukul 8 pagi baru sampai ke kelas. Baru dikatakan orang yang menepati masa. Sesuailah dengan kata-kata pujangga, cepat pun tidak, lambat pun tidak.

Seperti biasa apabila sampai di kelas terus mencari tempat di hadapan sekali. Nampak jelas semangat itu tertulis di wajah , "SAYA MAHU BELAJAR!". Lalu dengan segera membuka komputer supaya tidak perlu menunggu arahan daripada pensyarah untuk membukanya. Dan ini juga akan mempercepatkan proses pembelajaran. Sungguh baik anak siapalah ni.

Hampir lima minit menunggu pensyarah yang tidak kunjung tiba. Enam minit. Tujuh minit. Tidak juga tiba. Lalu aku tidak membuang masa. Membuka blog-blog berilmiah demi tidak memhabiskan masa dengan sia-sia. Orang kata masa itu emas. Tetapi sebenarnya masa itu lebih berharga dari itu bukan.

Sedar tidak sedar hampir setengah jam aku menunggu kehadiran pensyarah. Hampir masa itu juga rupanya aku sudah membuka blog. Lama juga rupanya. Sah. Memang tiada kelas hari ini. Bagus. Siapa suruh tak tanya pensyarah.

Dalam sedar tidak sedar, aku sudah pun menyiapkan entri untuk hari ini. Ni lah yang aku belajar dalam kelas hari ini.

Ok. Boleh balik dah.

Friday, September 16, 2011

Misteri bas ekseperes

Sudah lama tidak merasai kehangatan menaiki bas ekspress. Dahulu selalu juga dapat merasai saat itu. Namun, sejak membawa motorsikal ke politeknik, aku tidak lagi menaikinya.

Walau bagaimanapun, setelah menyambung lagi pelajaran ke UMP, aku dapat merasai kembali saat kehangatan tersebut. Memori lama bertaut kembali.

Baru-baru ini aku telah pulang ke kampung dengan menaiki bas. Sungguh seronok dapat menaiki bas ekspres. Rasa seperti berada di atas kayangan. Sungguh sepi dan aman.

Pada mulanya ada juga rasa macam atas kayangan. Tidak lama kemudian tiba-tiba bas penuh. Rasa sepi dan aman tadi telah bertukar menjadi kecoh dan huru-hara.

Mana tidaknya. Bas ekspres sepatutnya muat-muat sahaja tempat duduknya. Tetapi kali ini penuh pula. Ada yang terpaksa duduk di lantai termasuklah aku sekali. Malas nak berdiri kerana perjalanan agak jauh. Aku tidak tahu kenapa. Mungkin ada misteri di sebalik semua ini.

Namun begitu. Aku tidak berasa kecewa. Aku sampai juga ke tempat yang dituju. Kalau tidak sampai mahu juga aku marah. Jadi tidak mengapalah. Walaupun menaiki bas ini tidak sehangat menaiki bas dahulu, namun aku juga masih gembira. Aku berharap dapat menaiki bas ekspres lagi.

Tuesday, September 13, 2011

Kehidupan di kampus

Apa khabar rakan-rakan blogger semua? Aku harap semuanya sihat-sihat belaka hendaknya di samping keluarga tercinta. Bagaimana raya tahun ini? Seronok tak? Ini bukan surat kiriman tak rasmi tau. Ni intro untuk kali ni. Mantap kan?

Sudah hampir seminggu aku berada di Ump ni. Terasa sudah semakin dewasa bila berada di sini. Tengok sahaja cara penulisan aku sekarang sudah tahu aku sudah dewasa. Malas lah nak berlagak kan.

Bukan apa kawan-kawan, bila sahaja sambung belajar di sini aku telah menjadi muda kembali. Rakan-rakan sebilik aku semuanya muda-muda jelita. Umur mereka fresh lagi 19 dan 20 tahun. Semua akan memandang aku dengan tinggi. Sebab aku kan abaang. Jadi semua hal termasuk yang remeh temeh akan perlu mendapat kebenaran aku. Contohnya macam ni, (baca dalam nada adik menyoal abang)

" Abang, ampaian kain ni nak letak mana ni? Dalam ke luar bang? "

" Abang, saya tutup lampu ya bang? "

" Bang, saya tutup kipas ya bang? "

Korang fikir apa? Tu perbualan antara abang dan adik. Bukan laki bini tahu. Tapi nampak kan. Semua kena tanya aku.

Kadang-kadang nak basuh berak pun diorang tanya aku mahu guna tangan mana. Aku jawab saja guna kaki kanan. Dia pun marah dan kata, janganlah main-main, kaki saya kan luka, mana boleh guna kaki. Tangan je boleh. Oh. Nampak kurang matang buat lawak macam ni kan.

Takpe yang penting ada hiburan untuk entri ni. Jadi kesimpulannya aku gembira berada di sini. Aku gembira menjadi abang kepada mereka semua. Semoga aku menjadi ketua keluarga yang mithali.

Thursday, September 1, 2011

Jemput raya rumah!

Selamat hari raya semua.. !

Aku dah wish kan hari tu. Sengaja mahu wish lagi. Nampak sedikit ikhlas disini.

Masuk hari raya ketiga dah hari ni. Baru satu rumah kawan aku beraya. Rumah sedara mara ramai lah. Raya pertama dari pagi sampai malam beraya umah sedara sini sedara sana. Raya kedua dah tak larat dah. Berat betul punggung nak bergerak sana sini. Last-last duduk rumah tengok telibisyen.

Apehal lah ayat tunggang terbalik. Biar ke lantak.

Hari ahad ni aku akan mendaftarkan diri ke UMP. Tapi satu hapa pun tak buat lagi. Ni yang aku nak bagitahu ni. Sibuk sangat beraya kononnya. Borang-borang tak settle lagi. Lepas ni aku akan hidup di Kuantan. UMP tu singkatan bagi Universiti Malaysia Pahang. Kampus aku di Gambang.

Jadi sesiapa yang blogger di UMP tu boleh lah jumpa aku di sana. Kita kenal-kenal. Tambah kenalan kan.

Dan di kesempatan ni, aku nak ucap pada sesiapa yang mengenali diri ini, aku mohon ampun maaf zahir dan batin. Dan aku jemput datang rumah, mula hari ini sampai hari sabtu ni aku ada di rumah. Datang je bila-bila okay.

Saturday, August 27, 2011

Hai sayang

Cukup 40 hari aku tidak mengupdatekan blog ini seperti yang dijanjikan. Sekarang mood nak berblogging belum sampai lagi. Nanti aku update lagi lebih-lebih. Ayat pun macam bangla sekarang sebab lama tak menulis.

Aku baru balik dari Pasir Mas dan Jeli kerana jalankan usaha dakwah. Ajak manusia pada agama Allah. Blogging ni memang dah sah melalaikan. Tapi aku lemah, aku blogging jugak. Tak INSAP betoi kan.

Pada sesiapa yang ucap selamat hari lahir pada aku, aku ucap terima kasih. Terasa diri sudah tua lebih-lebih lagi bila baru bergelar pakcik ni. Baru dapat anak saudara 1st lah katakan.

Pada sesiapa yang tak ucap tu aku nak bagitahu lah hari ni 27 ramadhan. Sama dengan hari lahir aku. Tak malu kan promote hari jadi sendiri. Takpe.

Sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang kenal diri ini. Tak sempat nak ucap hari tu sebab keluar di jalan Allah.

Dan aku nak ucap Selamat Berhari Raya kepada semua. Semoga raya tahun ini lebih berbahagia disamping orang tersayang. Dan yang penting jaga diri. Jaga iman.

Saturday, July 16, 2011

Pameran pedang Rasulullah

Semalam hari Jumaat. Aku baru balik dari menjelajah ke Shah Alam. Pusing sana pusing sini. Jalan sana jalan sini. Aku nak pergi Masjid Shah Alam je semalam. Tapi dapat pakej melewati kilang-kilang di Shah Alam. Best bukan? Macam-macam tempat menarik yang aku lalu seperti kilang coklat, kilang megi, kilang gula, dan kilang nestle. Boleh kata memang penuh kilang di Shah Alam tu. Menarik sungguh Shah Alam.

Itu belum kira jalan dekat sana. Ada jalan P.Ramlee, jalan A.Ramlee, jalan Z.Ramlee dan pelbagai lagi jalan lagi. Itu contoh nama jalan saja. Nama betul dia aku tak ingat. Tapi memang banyak lah jalan dia. Dengan roundabout nya lagi. Macam-macam roundabout aku jumpa. Bentong mana jumpa benda-benda camni. Tu aku jakun tu.

Tapi yang paling best lah aku dapat pergi semalam ialah bila sampai perkarangan Masjid Shah Alam. Aku sampai sebelum solat Jumaat. Beruntung gila aku dapat berada di sana semalam.

Sampai sana ada Pameran Pedang Rasulullah. Mula-mula aku tengok banner dia pun aku dah terkinja-kinja nak tengok pameran. Aku ingat nak gerak terus je. Tapi aku masih ingat lagi aku ni lelaki, aku pun solat Jumaat dulu sebelum ke pameran. Lepas solat terus berlari ke sana.

Masuk saja boleh tengok semua replika pedang yang digunakan Rasullulah dan para sahabat R.A. Ada pedang yang digunakan oleh Rasulullah dari muda sehinggalah di setiap perang-perang memperjuangkan Islam. Ada satu pedang digunakan Saidina Ali tu paling besar. Nama pedang tu zulfiqar. Aku tengok pun dah tahu berat. Memang tak daya kita nak mengangkatnya. Dan banyak lagi pedang-pedang lain zaman sahabat dahulu. Aku ingat pameran replika pedang sahaja ada dalam tu. Rupanya macam-macam lagi ada. Mashaf quran, alatan-alatan sunnah Rasulullah, dan gambaran rumah Rasulullah.


Dan yang paling best sekali dan aku paling suka sekali ialah gambaran rumah Rasulullah. Memang macam betul. Dari ruang tamu, ruang solat, ruang memasak, bilik saidina Fatimah, sehinggalah bilik Rasulullah. Semua peralatan yang digunakan Rasulullah juga dipamerkan. Aku teruja betul duduk dalam rumah tu. Rasa macam dalam keadaan sebenar. Tak sanggup aku nak keluar semalam. Rumah Rasulullah kecil je. Tak macam zaman kita sekarang rumah sampai cecah langit. Tapi tu la penghulu segala nabi dan umat. Baginda nak tunjukkan contoh bahawa tak perlu rumah besar-besar ni. Rasulullah pentingkan agama.

Aku rasa bersyukur sangat dapat pergi ke pameran tu semalam. Bukan mudah dapat peluang macam ni. Orang Shah Alam kalau tak pergi memang rugi. So siapa yang duduk dekat dekat tu jangan lepaskan peluang ni.

Nak tahu lebih lanjut boleh pergi SINI, SINI, dan SINI.




p/s, kemain panjang entri kali ni. aku terlebih rajin.
p/s, syukur dapat sambung belajar di UMP. (nanti aku update)
p/s, aku mungkin tak update selama 40hari. mahu keluar di jalan Allah.
p/s, doakan aku kawan. tumpuan di bulan Ramadhan. tak boleh update sangat.

Thursday, July 14, 2011

Berkenan dengan sayur

Tadi aku nak makan nasi. Ada lauk ikan goreng. Ada sambal telur. Ada ikan masak merah. Ada telur goreng. Dan ada sayur. Amboi banyaknya lauk. Macam-macam ado. Biasalah rumah mak bapak. Tak macam bujang dulu. Nasi dengan kicap je. Syukur tau.

Tapi dalam banyak-banyak lauk aku ambil satu lauk je. Iaitu sayur. (kembang hidung). Ya lah mana tak kembang peberet aku sekarang sayur. Dulu punya tak suka. Sekarang kemain suka siap berazam nak buat vege fans club dekat facebook. Okay cukup pedaah.

Dalam pada kembang hidung tu aku kaut nasi. Nasi aku letak dalam pinggan telur. Pesen malas nak ambil pinggan baru. Sambil jimat sabun cuci pinggan. Sekarang lauk dah ada dua. Telur dan sayur. Aku teruskan makan. Tiba-tiba teruskan makan. Bila mula makan entah.

Okay. Ini bukan cerita pasal telur dari entah mana datang tau. Ni telur dijamin selamat sebab baru goreng. Tengahari tadi takde lagi telur ni. Ni malam punya la ni.

Aku pun makan dengan ingat bismilllah. Tengah-tengah makan tu tiba-tiba sayur habis pula. Aku tak cuak. Aku rilek je sebab atas meja ada lagi sayur. Aku tambah lagi sayur. Hadomak ini pun nak bagitahu ke. Kesal.

Tiba-tiba perut lapar jadi kenyang. Dan aku pun gembira.

Ah sudah. Serius aku hilang kawalan. Im lost. Aku nak cerita apa sebenarnya?

Oh. Sebenarnya aku nak cerita aku suka sayur je. Hampir ke lain pula lepas nya. Okay disebabkan suka sayur, aku adalah menanam sayur sikit di belakang rumah aku. Ada bayam, sawi, bendi, petola, peria, cili, betik, terung, dan labu air. Aku nak tunjuk gambar. Tapi takde camera dslr nikon3100 pula. So tak dapatlah tunjuk.

Itu saja untuk kali. Harap anda terhibur dengan cerita saya. Eh apahal? Siol lah. Puii. Jangan nak terhibur sangat lah kan.

'I loveee to plant'

Wednesday, July 13, 2011

Bentong comel

Bentong. Bandar yang indah. Penuh dengan tumbuhan kehijauan. Siapa tak kenal Bentong? Memang hulu. Bukan Bentong hulu. Orang yang tak kenal Bentong tu hulu. Berbulu je siapa cakap Bentong hulu. Tapi memang hulu pun. Lalu berbulu dengan diri sendiri.

Eeee gatal hidung cakap lu lu lu ni.

Okay hari ni nak cerita pasal Bentong. Orang-orang Bentong ni comel. Semuanya wajah comel-comel. Tak caya tengok aku. Comel tak? Siapa cakap tak comel aku sumpah dia tak comel jugak. Sumpahan aku ada sengggat oh. Takut tak takut tak? Tau pun takut. Oleh itu baik cakap aku comel.

Bukan tu saja. Orang bentong punya loghat juga comel. Ramai yang tidak perasan sebenarnya Bentong ada loghat. Orang Bentong pun kadang-kadang tak tahu. Orang Bentong pun tak tahu? Apa benda ni? ptuihh. Okay bagi yang tak tahu tu. Contoh dia macam,

" Ko ni nape tak kerja hah Samad? " (mengapa engkau tidak kerja oh Samad)

" Aku malaih lah. penait! " ( aku berasa malas. penat)

" Malaih malaih. Cemane nak jadi jutawan kalo engko asik ski malaih-malaih hah sengei." (malas malas. bagaimana mahu menjadi jutawan jika engkau asyik skill malas-malas oh sengal)

Perasan tak ada beberapa perkataan yang menujukkan loghat Bentong? Perasan. Baguslah. Kalau tak perasan baca balik sampai perasan. Ada banyak lagi perkataan lain seperti pedo'oh, habat, dan banyak lagi yang diguna di Bentong. Tapi sini aku bagi contoh sikit je. Comey kan? Comey kan? Aku tau dah. Aku memang comel. Thanks.

Anda nak comel jugak? Datanglah Bentong. Jom sama-sama comelkan diri di Bentong. Kita jumpa di sana di sana di sana..

Monday, July 11, 2011

Kisah misteri

Malam tadi merupakan malam yang cukup misteri buat aku. Malam tadi aku potong buah. Nak tau buah apa? Buah oren. Aku ambil oren di dalam peti. Aku ambil pisau. Aku letakkan di atas papan pemotong. Berjalan ke dapur dengan penuh hati-hati. Okay tak payah nak suspen sangat lah. Nak potong oren je pun adoi.

Makanya pun aku ambil pisau dan potong di kepala oren. Mak aku tanya, " Eh nak buat apa tu?" " Nak buang kepala dia." jawab aku. " Tak payah. Potong je terus camni." (sambil mak menunjukkan badan oren)

Maka aku potong terus badan dia. Untuk kali pertama. Tak lepas. Ambil batu pengasah dan asah pisau. Potong lagi. Kali kedua juga tak lepas. Aku ambil batu asah dan asah lagi. Juga tak lepas. Untuk kali ketiga aku asah pisau, juga menunjukkan keputusan yang menghampakan. Tak lepas juga.

Aku mula cuak. Apa kena dengan pisau ni. Tiga kali asah pun tak lepas hendak memotong oren. Aku runsing. Tanpa buang masa lagi. Aku tukar pisau. Pendek sikit dari pisau tadi. Sekali aku potong,

" Hallamak hai. Bapa ke senangnya nak potong."

Buah oren berjaya dipotong. Aku makan bersama emak dan adik-adik. Sungguh manis oren itu. Kami semua bergembira. Bak kata pepatah saya 'Kerana oren sebiji, gembira semua satu keluarga'.

Tapi jauh di sudut hati, ramai yang tidak tahu. Aku masih lagi tertanya-tanya, apakah yang terjadi pada pisau tadi? Adakah mempunyai misteri di sebalik pisau yang tidak boleh memotong oren?

Sehingga kini masih lagi tinggal tanda tanya.
Inilah dikatakan misteri...

' ee tolong la jangan kasi orang buat takut boleh tak? ' - hantu karak.

Entri berangin!

Awalnya bangun hari ini. Seindah suria di hening pagi. Indahnya. Nyamannya. Semerbak mawar yang mekar. Tiba-tiba, "pruutt". Ah terkentut pula. Rosak pagi yang indah. Okay kelakar tak intro dengan kentut? Kelakar tak? Tak payah jawab. Aku tau kelakar. Thanks.

Hari ni aku nak cerita pasal angin. Bukan angin kentut jangan risau. Tapi angin dalam badan. Hari ni korang tahu lah hari ahad kan. Jadinya sampai zuhur badan aku masih berangin. Disebabkan hari ahad badan aku masih berangin. Ada kaitan ke ni? Ada kaitan? Tak payah jawab. Aku tau takde. Bagos.

Aku puasa rupanya hari ni. Bukanlah nak kepoh kata aku puasa. Tapi nak bagitau tu lah badan ada angin. Nak kata dah kentut dah sudah dah. Apa lagi tak cukup ni? Apa yang tak cukup hah? Tak payah jawab. Aku tau mestilah air tak cukup. Patutlah berangin.

Tadi aku pergi kenduri satu. Ada jumpa sorang awek. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Dia jeling aku. Aku jeling dia. Korang tau tak siapa? Tau tak? Tak payah jawab. Aku tau korang tak tau. Agak dah.

Berangin tak entri ni? Berangin tak? Tak payah jawab. Aku tau berangin. Hanginn!

Padanlah dengan mukanya pun adoi.

Saturday, July 9, 2011

Minibike di Sungai Marong

Fenomena di Taman Sungai Marong sekarang ialah minibike. Budak-budak sini panggil 'motor kecik'. Ada lah satu geng belia menjadikan minibike sebagai hobi mereka. Memang menjadi kegilaan budak-budak yang tengok sampai Paan nak beli jugak.

" Mak, berapa harga motor kecik yang sebelah kedai CMK tu? Adik nak beli la mak." (kedai CMK salah sebuah kedai mamak terkemuka di Bentong, sebelahnya ialah kedai Asia Motor)

" Boleh. Nak beli kumpullah duit." kata mak aku.

" Sehari awak kumpul berapa ringgit dik?" tanya aku.

" Rm4" dia jawab.

" Amboi banyak betul. Belanja sekolah baru rm2. Simpan camne rm4 pulak?"

" Hehehe. Takdelah. Rm0.50 je lah."

Ceh, sempat lagi main-main.

Dari yang budak-budak sampailah bapak budak jadi penonton motor kecik ni. Apa lah yang menariknya pun aku tak tahu. Motor (ex5) besar, luas, dan selesa yang aku ada ni pun aku dah boring bawa. Ni pula motor yang sempit tu.

Memang sempit tempat duduk dia. Kalau duduk mesti kaki akan terkangkang. Lebih kurang kau mencangkung lah atas motor. Tapi cara bawa dia mudah je. Start dia macam mesin rumput tu. Lepas tu duduk dan pulas je throttle takde gear bagai. Hallamak senang gila. Tak mencabar langsung.

Ada suatu hari aku baru balik dari surau. Aku ternampak lah diorang ni main motor kecik ni. Ternampak ok? Ter. Bukan aku nak tengok sangat pun. Bukan best pun nak tengok diorang pengg sana pengg sini.

Sekali aku tengok diorang. Peh. Diorang cilok sana. Cilok sini. Pastu main corner pulak. Corner baring. Corner 96. Laju pun laju jugak. Boleh tahan la lajunya. Jangan cakaplah. Siapa kena langgar mahu masuk ICU. Dah tak boleh makan chewing gum seminggu. Yelah wad hospital mana bekal chewing gum pulak dalam hospital kan.

Jadi bila aku tengok diorang main macam best pulak. Yang main semuanya dah besar-besar boleh kahwin dah. Sesuai la dengan umur aku ni kalau nak main jugak.

Karang nak tanya mak aku lah,
" Mak, berapa ringgit harga motor kecik dekat Asia Motor tu mak? "


Ni yang Paan nak. Paan minat yang macam motorcross sikit.

Friday, July 8, 2011

Sebut lah betul-betul

Aku ada seorang adik yang berumur 9 tahun. Kiranya dialah adik yang paling bongsu sekali dalam adik-beradik. Amboi sudah lah bongsu, paling pula. Okay adik bongsu sudah.

Nama dia Farhan. Dan orang panggil Paan. Aku dengan Paan boleh kata rapat juga. Selalu bertelagah sebab hal yang remeh. Nampak macam tak matang bukan? Tak. Sebenarnya aku mahu manja-manja dengan Paan. Walaupun bertelagah, kita tetap rapat bak kata pepatah 'air dicincang takkan putusnya pun'.

Kami memang kalau ada salah cakap sikit mesti kena kutuk. Contoh kalau dia cakap, " Adik nak makan lah mishmalow adik beli tadi." " Hah. Mishmalow? Apa? Mishmalow? Orang sepatutnya marshmallow." Aku akan gelak kaw kaw di depan muka dia. Terasa sangat puas bila tengok muka dia bengang.

Kalau aku yang salah pula dia tak lepaskan peluang. Ada sekali aku cakap, " Adik awak nak basikal apa hari tu? Pisi ke?" Dia akan cakap, " Ada pulak pisi, orang fixie." Dan dia pula gelak kaw kaw. Tak sopan betul. Budak sekarang ni berani betul. Kalau aku dulu mesti dah kena penerajang dengan bapak aku duk gelak-gelak.

Tapi itu aku tak kisah sangat. Yang aku kisah seorang kawan aku ni. Masa aku tengah sibuk usha blog about aku ni dia menyampuk.

" Ko ni tak abis-abis dengan blog ebot aku."

Ebot aku? Bila ada orang salah sebut blog orang lain depan aku takpe. Ini blog aku. Depan aku lagi. Aku yang dengar. Peh. Hampa. Elok-elok aku letak nama cantik tiba-tiba jadi buruk.

" About! About! " Bukan ebot la, sipot!!

Tuesday, July 5, 2011

Bermonolog dengan hati

Bangun-bangun hari ni sudah buat perangai perut ni. Lapar betul kau ni perut hari ni. Tengok kat dapur ada makanan tak.

Hah ada telur goreng. Tau-tau je aku tengah lapar ni. Siapakah gerangan yang baik hati goreng telur ni. Ambil bau dulu. Pehh bau semacam. Tahun bila punya telur goreng ni. Takpe letak sos cili thai sikit. Kasi penambah rasa. Baru ada umphh.

Sedapnya telur goreng dimakan bersama roti gardenia dan dibubuh sos cili thai. Makan sampai menjilat kuku. Peh kotor. Jilat jari sudah.

Kenyang sudah perutku yang berperangai perut ni. Minum pula sirap. Peh pagi-pagi kena sirap memang lain macam. Sedap sampai ke dahi.

Tiba-tiba, alamak, sakit perut pulak. Berlari-lari manja aku ke tandas. Melepaskan diri selepas mungkin. Peh ayat pening. Takpe yang penting lega.

Tapi.

Yang tak tahan tu. " Pehhh, bau telor!! "

Terus jerit, tak jadi dah monolog. Kecewa.


ps, asal dua tiga hari ni cerita eak eak je ni.
ps2, eh eak eak tau tak bende?

Sunday, July 3, 2011

Misi Ablong Ranger

Hari ni hari ahad. Hari yang membahagiakan. Ramai manusia meletakkan hari ahad bahagia kerana ini merupakan hari untuk berehat. Kata kawan aku yang kerja di kilang yang baru dapat tukar shift, bangla pun tahu cuti pada hari ahad. Dulu masa dia kerja hari ahad tak cakap pula.

Tapi hari ahad aku kali ini tidak lah sebahagia mana. Bangun-bangun pagi sahaja sudah sakit perut. Berlari-lari manja aku ke tandas untuk membuang air besar. Tengok line clear tiada orang aku pun masuk ke tandas. Jadah apa nak tengok line pulak. Masuk jelah tandas dengan segala hormat.

Lalu aku pun mulakan operasi buang dan bersih dengan segera. Pergerakan aku seperti diperhatikan. Aku toleh ke pintu. Berkunci. Selamat. Aku teruskan operasi dengan tenang.

...

" Nama aku Kasang. Aku suka mengembara. Akulah ablong ranger. "

Ablong ranger mula mengembara seorang diri. Dia ternampak sebuah bukit. Dan ada gua di bukit itu. Ablong ranger masuk ke dalam gua. Tak sangka ada air kekuningan di dalam gua.

Tiba-tiba pintu gua tertutup. Ada burger gergasi yang menutup pintu gua. Ablong cuba lompat melalui celah burger gergasi. Tak berjaya. Ablong lompat lagi. Tiba-tiba burger gergasi bangun. Burger gergasi menyimbah air kepada ablong ranger. Tenggelamlah ablong ranger ke dasar gua. Tamatlah riwayat ablong ranger di hidupan darat.

...

Tengah sedap-sedap aku membuang. Aku rasa ada benda mencucuk punggungku. Aku cepatkan proses membuang dan membersih. Aku bangun dan tengok lubang jamban.

" Cilakak, cemane boleh ada katak pisang pulak dalam mangkuk ni. "

Bedebusshhh!!!

Padan muka kau katak tenggelam dalam mangkuk jamban. Sesuka hati skodeng aku tengah berak!

Saturday, July 2, 2011

Harapkan siput yang tak boleh harap

Malam ni sangat bosan. Pernah tak korang rasa bosan macam ni? Ah manalah korang tahu rasa bosan macam mana. Aku sorang je tahu.

Aku selalu berazam nak baca blog orang banyak-banyak sebab bosan ni. Tapi bila internet lembap macam slow gila nak mati, terus tak nak baca banyak-banyak. Pasal nak bukak 1 blog macam seratus blog. Tu ibarat lah. Potong selera betul internet level siput.

Lalu aku bukak lah benda-benda lain yang ada harapan untuk berinternet. Buka twitter. Berjaya tweet dua tiga ayat. Lalu internet buat hal semula. Hajat nak penuhkan timeline follower tak berjaya. Hampa.

Okaylah bosan sangat. Malam ni perlu pergi kolam air panas. Bentong ada kolam air panas. Boleh panaskan badan yang panas. Siapa nak ikut? Tak payah.



ps, aku ada twitter, ada 1 following lagi, tp sorang follower pun takde. peh loser gila.

Thursday, June 30, 2011

Budak zaman sekarang

Sekarang ni macam-macam kita dengar pasal budak zaman sekarang. Budak sekarang nakal betul. Lain betul dengan zaman kita dulu. Walaupun aku tak lah tua sangat tapi nak kata muda sangat pun tiada juga.

Dulu kecik-kecik aku memang nakal. Nak kata nakal-nakal comel pun ada. Aku ada seorang abang. Masa tu sekepala lagi dengan dia. Makan sama-sama. Minum sama-sama. Buat kerja jahat sama-sama.

Suatu hari kami pergi merembat di sebuah pasaraya terkemuka di Bentong. Merembat ni sama la maksudnya dengan mencuri. Abang aku rembat gula-gula. Aku rembat coklat.

Last-last sebelum nak cabut kami terkantoi. Aku kena tangkap. Abang aku tak kena. Alasannya gula-gula yang abang rembat takde stiker harga. Aku punya ada. Malang betul. Start pada tu aku tak rembat dengan abang lagi.

Tapi ya. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak sekarang jangan cakap lah. Budak-budak sekarang pula lagi nakal. Ada seorang kaki rembat ni. Depan rumah aku ada lah mak aku jual makanan ringan sikit untuk budak-budak. Kalau nak beli kena bagi salam dan jerit dulu, "makcik! Nak beli!" Lepas tu baru mak aku tengok kan nak beli apa.

Suatu hari ada seorang budak datang. Takde bagi salam, takde jerit. Tahu-tahu die nak cabut lari. Aku keluar tengok kan. Terjatuh pula barang yang dirembat. Aku yang jerit, "hahhh!". Menggelupur budak tu lari depan aku. Barang rembatan terus ditinggalkannya.

Jahat kan budak sekarang? Tak macam kita dulu-dulu. Tengok aku dulu rembat-rembat biar je kena tangkap. Tak lari pun. Budak sekarang lari.

Tuesday, June 28, 2011

Menggelebah tak tentu pasal

Bangun tidur pagi tadi terasa panas kemain. Bahang sampai ke liang roma. Aku tengok jam peh dah pukul 11. Patut pun panas. Menggelebah aku bangun macam kena libas dengan sejadah waktu kecik-kecik dulu.

Aku kalau dah lewat macam ni memang jadi tak teratur. Hidup macam ada orang kejar dekat belakang. Semua benda buat nak jadi cepat. Bayangkan punya kelam kabut sampai mandi pun lupa pakai air. okay pedaah.

Bayangkan tengah mandi syampu pakai dekat muka. Lepas tu terasa muka wangi terlebih. Lepas tu tengok bulu hidung pun jadi lurus. Lepas tu tarik bulu hidung guna jari pun boleh. okay pedaah pedaah. Tapi yang pakai syampu dekat muka tu memang betul. Aku punya firasat memang betul lah bila kelam kabut punya nak cepat, ubat gigi pun boleh jadi syampu letak dekat kepala.

Bila dah siap mandi siap wangi. Siap semua, aku menggelabah pulak pakai baju, seluar, dan sebagainya. Okay siap. Macam nak pergi interview.
Lepas tu.

Tak tahu nak buat apa dah. Bukak laptop. Online sedas dua.

Musykil betul. Apa yang aku kejar sangat tadi?

Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak Final



Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sepah serta peminat-peminat kumpulan Sepah. Tak sangka menang juga kumpulan Sepah ini walaupun Jozan macam ada gaya hendak menang. Ini semua berkat lakonan Ustazah yang kelakar gila tu. Baru keluar pentas sahaja sudah hampir pecah stadium dengan suara gelak ketawa.



Jozan persembahan agak menarik tetapi tidak cukup untuk memberi kesan yang mendalam pada hati penonton. Maharaja Lawak Akhir penonton mesti mahu ketawa sampai habis-habis. Nampaknya Sepah sahaja yang mampu berbuat penonton begitu. Memang layak lah Sepah untuk menang. Rezeki anak Shuib dan Siti Sarah orang kata.

Kepada Nabil dan Jambu. Persembahan Jambu awal-awal lagi sudah boleh agak. Persembahan masih sama dan tidak seronok. Apa lagi mahu dikata. Memang tidak bernasib lah untuk menang. Tempat ketiga Nabil sudah tahu awal-awal dia yang akan dapat. Jadi benarlah tekaan dia. Pandai Nabil.

Puas hati juga dengan Maharaja Lawak kali ini. Diharap tahun hadapan Maharaja Lawak akan lebih kelakar lagi dan buat semua orang jadi gembira.

Dan siapa yang mahu download boleh pergi dekat sini:

Maharaja Lawak Final

Thursday, June 23, 2011

Maharaja Lawak



Agaknya siapa yang akan menjuarai Maharaja Lawak musim pertama ini. Debaran makin terasa. Tidak sabar rasanya mahu tengok persembahan akhir raja-raja lawak ini.

Masa mula-mula dulu memang aku harapkan Nabil untuk menang walaupun Jozan memang power. Makin lama rasa harapan tinggal harapan. Tiba-tiba Jambu muncul dengan persembahan memang terbaik. Terus meminati Jambu sebab persembahan yang kelakar habis.

Tetapi bila akhir-akhir ni Jambu makin mengada pula. Persembahan tontonan U jadi tak berapa seronok. Geli juga melihat Yus yang berlebih-lebih jadi perempuan. Tontonan tak berapa nak U lah macam tu. Malu nak tengok bersama keluarga tahu. Jambu sudah tidak cute lagi.

Dan masa ini juga Jozan telah menunjukkan bakat yang terbaik. Persembahan memang mantap. Tidak boleh ingat bila Johan menyanyi, 'begitulah awan nano nano nano nano'. Rasa mahu ketawa sampai esok. Jozan pula bila dia yang menggelabah masa Dr Fadzilah Kamsah bersedih turut buat pecah perut.

Persembahan Sepah pula tiap-tiap minggu memang maintain. Sentiasa ada lawak walaupun Mamat kadang-kadang terover dan tak lawak. Jep dan Shuib laki Siti Sarah tu memang kelakar tak habis-habis.

Kumpulan R2 pula tidak mahu komen banyak. Walaupun dapat masuk semula selepas terkeluar, namun tidak dapat memberi impak yang besar buat penonton Maharaja Lawak musim pertama ini. Tak berapa nak maksimum lah impak nya. Sebab itulah tidak dapat melanjutkan diri ke peringkat akhir.

Jadi inilah dia kumpulan-kumpulan yang ke Final. Satu tu nasib baik aja juri guna kuasa vito mereka untuk tarik kumpulan itu ke Final. Kalau tak kirim salam aja lah.

1. Jozan


2. Sepah



3. Nabil


4. Jambu



Dan pada R2..babai lah yaa..

Wednesday, June 15, 2011

Test Market 2

Apabila sudah sampai masanya. Mereka telah berkumpul di suatu pondok yang mereka jadikan sebagai markas untuk membincangkan pekerjaan mereka.

Masing-masing membuat muka sepuluh sen apabila bertemu,

" Aku berasa kita tidak mendapat pekerjaan di Bukit Tinggi. Sudah dua minggu kita tidak mendapat panggilan. " Kata Apis.

" Aku pun berasa begitu juga Apis. " Sokong Farhan.

" Betul itu. Tiada rezeki kita untuk bekerja di sana. Masing-masing kita bengap berbahasa inggeris. Sebab itulah kita tidak dapat." Beritahu Fauzi terus terang.

Mereka berempat bertambah membuat muka mereka. Dari muka sepuluh sen hinggalah muka satu sen. Hampir-hampir tiada harga lagi pada syurga di wajah mereka.

Tiba-tiba Arif memberi satu cadangan, " Tidak mengapalah kawan-kawan. Janganlah kita bersedih lagi. Marilah kita ke Chamang Waterfall. Kita tenangkan hati kita yang duka ini dengan air terjun dan air mata di sana. "

" Iyalah kawan-kawan. Tiada guna kita bersedih di sini. Buang masa sahaja. Lebih baik kita menyelam di Chamang Waterfall sambil minum air. " Kata Apis.

Mereka pun pergi lah ke Chamang Waterfall untuk bermandi-manda. Chamang Waterfall memang best. Ramai orang ke sana untuk berkelah di hujung minggu.

Setelah sampai disana. Mereka terus menukar pakaian.

" Bedebush!! " Bunyi airnya.

Hampir satu jam mereka mandi. Hilanglah semua duka dan lara mereka mengenai pekerjaan mereka. Mereka berazam untuk mencari pekerjaan lain sementara cuti masih panjang lagi.

Sunday, June 12, 2011

Test Market

Suatu ketika dulu, tinggal 4 orang sahabat bernama Fauzi, Farhan, Arif, dan Apis. Mereka tinggal di suatu tempat bernama Bentong. Mereka baru sahaja selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia. Orang Perak kata, mike ada SPM katekor.

Jadi mereka ini tiadalah hala tuju melainkan melepak sahaja. Suatu hari terdetik di hati Fauzi untuk mencari kerja. Lalu dia pun menyuarakan hasratnya pada kawan-kawannya.

" Kawan-kawan, mari kita mencari kerja. Sudah lama kita asyik duduk melepak sahaja."

" Kita hendak mencari kerja di mana Fauzi?" Tanya Farhan.

" Mari kita pergi ke Bukit Tinggi Resort. Aku mempunyai kenalan di sana. "

" Okay, aku setuju!" Jawab Farhan, Arif, dan Apis serentak. Bersemangat betul mereka berempat untuk bekerja.

Mereka pun bertanya ibubapa masing-masing tentang hajat mereka. Mereka semua telah dipesan jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja hendak bekerja. Mereka pun faham dan membuat kesimpulan sejuk-sejuk tahi itik tidak mengapa.

Dipendekkan cerita mereka pun pergi untuk temuduga di Bukit Tinggi.

Sesampai mereka di sana, mereka diarahkan untuk duduk menunggu di ruang menunggu. Tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul. Jadi mereka menggunakan pelita untuk mengganti bulan. Akhirnya ternampaklah wajah penemuduga dalam kegelapan bilik temuduga. Nama Fauzi telah dipanggil.

" Please introduce yourself." Kata penemuduga.

" My name is Muhammad Fauzi. Im 17 years old. And i live in Bentong."

Dengan selamba sahaja Fauzi menjawab setiap soalan. Celah gigi katanya soalan introduce yourself. Tetapi apabila masuk bab give your opinion about this company Fauzi gagap. Terus terkeluar loghat,

" Maney la teman tau nak menjawapnye weh. Teman ade SPM ajey."

Lalu penemuduga memanggil pula kawan-kawan Fauzi yang lain. Ditanyalah oleh penemuduga soalan yang sama kepada mereka semua.

" Please introduce yourself. "

" Err.. Err.. Nama saya Farhan. Saya berumur 17 tahun. Sori saya tak pandai bahasa inggeris."

Begitulah juga dengan Arif dan Apis. Mereka berdua juga tidak pandai berbahasa inggeris. Ditanya bahasa inggeris, dijawab bahasa melayu. Ditanya bahasa melayu, dijawab juga bahasa melayu.

Maka penemuduga telah memberi tempoh dua minggu kepada mereka berempat untuk mendapat jawapan pekerjaan mereka. Mereka pun menunggulah sehingga masa yang ditetapkan.


Bersambung...

Thursday, June 9, 2011

Hasrat yang lalu

Cantik betul pemandangan di kampung. Indahnya suasana damai hingga mata terpukau tidak berkelip. Sungguh tenang terasa diri ini tatkala berada di kampung.

Inilah aku yang sebenarnya. Suka melihat pemandangan. Suka melihat suasana. Tidak banyak bercakap. Keadaan yang berlaku cukup membuatkan aku gembira.

Budak-budak bermain keriangan. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang berbincang sesuatu. Kecil-kecil sudah pandai berkata-kata,

" Mat, Mat, macam mana dengan Wati engko hari tu? Dapat usha tak?" Tanya Mun berseloroh.

" Wati? Huh, makan hati aku dengan Wati." jawab Mat.

" Haha makan hati? Baik makan megi Mat."

"...... " ( Mat diam tanda tidak lawak )

Aku yang berada di samping mereka tergelak kecil melihat telatah mereka. Umur baru setahun jagung sudah pandai cerita makwe-makwe. Kadang-kadang aku juga teringin untuk kembali menjadi seperti mereka. Cerita cinta monyet juga menyeronokkan.

Aku berjalan meninggalkan mereka. Aku susuri tumbuh-tumbuhan yang kehijauan. Sungguh nyaman. Banyak pokok-pokok yang tumbuh menghijau. Menenangkan sesiapa sahaja yang melaluinya.

Tetapi itu hanyalah semtara. Pada hari ini. Aku berada di Kuala Lumpur. Sungguh berbeza sekali. Suasana sangat bising dengan kenderaan yang lalu lalang. Berada di tengah kesesakan manusia memang merimaskan. Tetapi itulah bandar. Bandar mana yang tidak bising.

Aku mahu kembali.
Duduk di kampung seperti dulu.

Seperti apa yang aku hadapi sekarang. Inilah hasratku dulu yang telah aku kecapi sekarang.

Monday, June 6, 2011

Suka ke tak?

10 perkara yang aku suka. Hihihi ( ketawa tanda suka)

1. Bangun awal pagi
2. Menolong emak memasak di dapur.
3. Membasuh pinggan mangkuk
4. Menyidai pakaian semua
5. Memotong rumput di halaman rumah
6. Membasuh motor kapcai ex lima.
7. Mencuci lantai bilik air lima bintang
8. Mengemas bilik bujang
9. Mengecat rumah
10. Menampal bumbung.

10 perkara yang susah dilakukan. (ish ish ish tanda susah)

1. Bangun awal pagi
2. Menolong emak memasak di dapur.
3. Membasuh pinggan mangkuk
4. Menyidai pakaian semua
5. Memotong rumput di halaman rumah
6. Membasuh motor kapcai ex lima.
7. Mencuci lantai bilik air lima bintang
8. Mengemas bilik bujang
9. Mengecat rumah
10. Menampal bumbung.

Itulah 10 perkara yang aku suka dan 10 perkara yang susah dilakukan. Nampak seperti sama sahaja.

Benarlah kata orang, perkara yang kita suka itulah yang susah untuk kita buat. Jadi sebab itulah kita kena usaha untuk apa yang kita suka.

Suka tak?

Friday, June 3, 2011

Susah nak kawal

Sempat lagi rasanya nak update entri baru sebelum solat Jumaat ni. Harap-harap tiada golongan Adam lagi selepas ini yang masih mengadap laptop. Sekarang ni tidak mengapa lagi. Masih sempat lagi. Kemain banyak lagi perkataan lagi.

Kita selalunya akan rasa apa yang berlaku dekat diri kita. Perubahan atau perlakuan yang kita lakukan kita sendiri yang akan sedari. Aku bagi satu situasi yang kadang-kadang kita akan terfikir,

Seorang makcik akan kata,

" belilah kereta tiga, satu boleh bawa pergi pasar, satu pergi sekolah, satu pergi taman."

Lalu seorang yang berhati mulia akan cakap,

" Hihihi banyaknya makcik nak beli kereta. "

Tapi bagi orang macam aku, dalam hati aku jawap,

" Apa la makcik ni nak beli kereta banyak-banyak. Membazir betul. Tak patut tak patut!"

Memang pelik lah. Akhir-akhir ni selalu sahaja mahu naik angin. Walaupun tak terluah dengan kata-kata. Tapi bila ada seseorang cakap, mesti ada yang aku tidak puas hati. Padahal orang tu cakap dengan orang lain. Dan orang lain itu boleh jawap dengan tenang sahaja. Aku sahaja yang tidak puas hati tiba-tiba.

Kenapa entah.

Thursday, June 2, 2011

Salleh Yaakob, Pakcik, dan Razman

Nampaknya Salleh Yaakob sudah kahwin 4. Cukup kuota empat orang dalam Islam. Razman bila lagi pula kan?

Kenapa tiba-tiba aku kata Razman? Hari itu aku ada jumpa seorang pakcik ni. Muka dia lebih kurang Razman. Aku syak masa muda muka mereka memang sama. Cuma sekarang dia sudah tua dan mempunyai 4 isteri dan 25 anak. Bezanya Razman masih muda dan masih belum ada satu pun lagi. Yang sama hanyalah hidung mereka.

Apa yang lebih penting dekat sini sebenarnya aku hendak kaitkan dengan ketiga-tiga orang ini.

Aku ada terbaca tentang pasangan Salleh memberi komen dekat surat khabar, lebih kurang macam ni,

" sikap lucu abang Salleh yang membuatkan hati saya tertarik padanya."

Jadinya orang yang lucu mempunyai peluang yang cerah untuk berbini empat. Samalah macam pakcik yang aku jumpa hari tu. Boleh tahan kelakar juga orangnya.
Dan sama juga untuk Razman. Sebab Razman ni kelakar orangnya.

Maksud aku peluang ya.
Bukan bermakna hasrat.
Paham kan?

Aku tak kelakar.
Selalunya mesti dapat satu bini sahaja.
Takleh jadi ni.

post paling berjaya!

Hari ini memang berhasrat update blog dalam masa seminit.


Selamat pagi semua!

Akhirnya kini aku telah berjaya menulis dan mengupdate blog selama hanya seminit.
Bangga..!

Monday, May 30, 2011

konon

cis.

tiada apa yang berlaku luar biasa.

penat aku buat publisiti entri lepas. tak ada pun yang telefon-telefon ke tanya mana aku pergi.

sajee wat gempakkk.

perasan betul aku.

Wednesday, May 25, 2011

Semoga berjumpa lagi

Entri ni mungkin entri terakhir aku sebelum aku mengakhiri karier aku sebagai seorang blogger. Karier la sangat kan. Ya. Walaupun tak sempat nak tebus rm10juta nuffnang. Tapi apa daya. Aku akan pergi ke satu tempat yang jauh.

Tetapi sebelum tu nak beritahu satu rahsia. Ingat tak aku pernah tanya dekat formspring bahawa aku kerap tertidur walau apa pun terjadi? Jadi aku telah bertemu dengan cara untuk mengatasinya.

Baru-baru ini aku bertemu dengan seorang kawan di satu rahsia. Lalu sebelum tidur dia telah menawarkan aku minum madu. Mula-mula seram juga. Rupa-rupanya madu sangat sedap sehingga aku tidak jemu-jemu memakannya.

Apa yang paling terpenting sekali ialah. Amboi sudah paling, terpenting pula. Nampak sangat mustahak. Okay paling penting ialah bila bangun pagi sahaja badan aku menjadi cerdas. Mudah untuk bangun pagi. Dan tidak lagi rasa mengantuk-mengantuk. Ternyata madu baik untuk kesihatan kita.

Jadi apa tunggu lagi? Beli lah madu asli. Murah saja. Kadang-kadang rm25 sahaja sebotol. Beli jangan tak beli. Sudah beli jangan lupa makan pula. Kalau tak makan serupa kamu tak beli. Oh oh sempat lagi promote.

Baiklah ini sahaja untuk kali yang akhir ini.

Aku mohon maaf atas segala kesalahan aku selama ini dari mula-mula aku menulis hingga sekarang. Aku mohon maaf terhadap kamu semua. Siapa-siapa yang pernah terasa hati dengan bahasa, percakapan, pertuturan aku, aku harap kamu maafkan aku.

Nais tu no yu ol.

Semoga kita berjumpa lagi.
Assalamualaikum w.b.t.

Friday, May 20, 2011

Entri leleh-leleh

Aku rasa sekarang ini musim berhenti kerja. Tiga orang saudara terdekat aku yang melafazkan kata berhenti kepada bos mereka. Memang musim lah cakap lu.

Aku rasa siapa yang setia baca blog aku mesti tahu perjalanan hidup aku. Baru-baru ini agak kelam-kabut sedikit. Aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang masih setia dengan blog about aku (kesat air mata).

Dua tiga hari ini aku berikan diri aku ruang untuk berehat. Cuba mendekatkan diri pada Ilahi. Bila aku semakin cuba melakukannya, semakin lemah aku rasakan. Terasa diri ini sangat kerdil. Tidak berdaya melakukan apa sahaja.

Aku letakkan diri ini di atas satu landasan. Dan aku biarkan ia bergerak sendiri. Biar ia membawa aku, kemana sahaja aku patut pergi. Ke lembah nil atau ke sungai tigris. Tidak pula aku mempeduli. Alamak. Terlebih sudah aku bermadah berseni.

Sebenarnya baru-baru ini aku berasa sedikit terharu mengenai satu perkara. Sepertimana yang kita semua tahu, aku tiada di Bentong selama dua minggu. Aku rasakan tempoh ini sangatlah singkat.

Dan aku pulang ke Bentong untuk mulakan kembali kehidupan seperti dulu.

Suatu hari aku ke pasar untuk membeli sedikit makanan pemanis mulut. Jumpa dengan taukeh kurma, aku disapa,

'Eh, bila balik?'
' Balik dari mana?' Aku buat-buat tanya.
' Kata pergi Rawang? Bila balik sini?'
' Oh, baru dua hari lepas. Macam mana tahu ni?'
' Adalah.'

Satu lagi peristiwa dalam surau. Baru nak mula solat. Datang seorang pakcik berdiri sebelah aku. Terus aku bersalam. Lalu aku ditanya lagi soalan sama,

' Aik, bila balik Bentong?'
' Baru je semalam.'
' 0o.'

Dan beberapa lagi orang bertanya seperti, 'eh cuti ke?', atau 'cuti bape lame?', dan 'kau ke yg keje kat rawang tu?'.

Bila aku kaji-kaji balik. Aku rasa tempoh aku selama dua minggu di Rawang memang cukup pendek. Tetapi bila pulang semula ke Bentong, ramai yang bertanya tentang kepulangan aku. Dan yang peliknya orang-orang yang bertanya pula bukanlah orang yang rapat dengan aku.

Itulah. Seketika aku tersedar. Rupanya ramai orang yang menyayangi aku. Ramai yang ambil berat pasal aku. Cuma aku yang tidak sedar. Aku saja yang tidak perasan. (tadah air mata pakai baldi) .

Terasa sungguh terharu sekali.

Dan aku yakin,
Kamu semua pasti begitu juga.

Sunday, May 15, 2011

Ali dan Raju

Kucing itu Ali.
Tikus itu Raju.

Ali hidup mewah. Ali hidup dalam istana. Setiap hari Ali diberi makan makanan sedap. Sisa makanan memang Ali tak pandang.

Raju hidup sederhana. Raju hidup di tepi lorong-lorong gelap. Makan pakai Raju tidak menentu. Raju tidak kisah. Apa yang ada Raju boleh makan.

Ali seorang yang paling kuat di kalangannya. Nampak sahaja Ali, penduduk istana kecut perut. Ali bagai abang-abang disana. Hero nombor satu antara kucing.

Raju lemah. Dalam banyak-banyak tikus, Raju lah paling lembik. Selalu dibuli. Disuruh itu disuruh ini. Raju ikut sahaja. Dia tidak mampu melawan.

Satu hari Ali duduk depan istana. Ali terserempak dengan Raju. Raju lalu depan Ali.

Tapi Ali tak buat apa. Ali tengok sahaja Raju. Ali jadi tak kuat. Raju jadi slumber. Ali tak tangkap Raju. Kenapa Ali tak tangkap Raju. Sebab Raju besar sangat. Besar Raju lebih kurang besar Ali. Sebab tu Ali takut dengan Raju.

Ali jadi manja.
Raju makin selamba.

Tamat kisah Ali dan Raju.

Apa yang kita fikir akan,
sama macam ni.

Suatu hari kita nampak lori tangki bawa laju. Dalam hati akan kata, lajunya lori ni. Mesti company dia kaya. Beli lori canggih. Enjin turbo macam ferrari. Tetapi hakikatnya, lori tangki tu tiada isi. Company tak mampu nak beli minyak petrol. Sebab tu bawa kemain laju lagi.

Jadi apa patut kita kata?

Jangan menilai dari luaran sahaja. Dalaman kita tak tahu. Dont judge a book by its kulit.

Saturday, May 14, 2011

Siapakah aku?

Jadilah dri sendiri.
Semoga tidak binasa diri.
Rosak hati rosak diri.
Bila kenginan tidak penuhi.
Kerana keadaan yang melingkari.

Kamu masih ingat lagi beberapa entri lepas mengenai kerja aku?
Okay kalau ingat baguslah.

Setelah ditimbang. Difikir. Dimasak. Akhirnya hari ini aku bertemu jawapan. Cukup seminggu aku hidup penuh dengan kerunsingan. Setiap hari aku minta pada tuhan agar ditunjukkan aku jalan yang betul.

Seminggu lalu, aku selalu tertanya-tanya apakah benar apa yang telah aku lakukan. Dulu mereka kata hanya waktu Asar. Kini waktu Maghrib dan Isyak pula. Semalam aku telah bertemu jawapan.

" Saya tak mahu paksa awak. Awak juga tak paksa saya. Tapi kita mesti sama-sama faham la."

Aku mengambil keputusan. Aku tidak mampu lagi untuk meneruskan kerja aku di sana. Aku perlu ambil keputusan ini. Dulu aku telah korbankan waktu Asar untuk tidak berjemaah di surau. Hanya bersolat di bawah tangga. Tapi baru-baru ini mereka minta untuk OT. Jadi waktu Maghrib dan Isyak juga perlu dikorbankan.

Aku tidak tahan. Waktu Asar sahaja sudah cukup merunsingkan aku. Apatah lagi jika Maghrib dan Isyak juga sama. Pasti hidup aku bukan lagi menjadi hidup aku. Aku terpaksa tolak permintaan mereka. Aku kata, aku tak dapat untuk buat OT sebab terlalu mengganggu waktu solat aku.

Lalu mereka kata,

" I respect u. But kalau macam ni susah la. This is about your performance. Kalau terus macam ni I susah nak confirmkan U. I tak dapat schedule kan I punya plan dengan your time."

Jadi keputusan aku. Aku terpaksa undur diri. Aku malu. Malu kerana baru sahaja bekerja dan perlu berhenti. Tapi aku tak mahu kerana malu ini buatkan hidup aku dirampas. Aku mahu jadi diri sendiri. Aku tidak oleh kerana polisi syarikat, aku terpaksa korbankan diri aku.

Memang boleh macam tu. Tapi apa gunanya buat kerana terpaksa?
Bukan itu lebih menganggu? Kerja dan juga hidup.
Kerja tak fokus. Hidup juga tidak tenteram.

Aku ialah Aku.

Tuesday, May 10, 2011

Kelakuan aneh.

Siapa disini pernah bekerja? Terutama kerja pejabat. Tidak kisahlah kerja apa janji berpunch card. Pernah?

Baik. Pasti kamu tahu perasaan menunggu waktu pulang kerja kan, lebih-lebih lagi bila tinggal 5minit untuk punch out.

Rasa 5minit itu bagaikan 5tahun menunggu.

Jadi bila hampir 5minit segala persiapan akan buat cepat-cepat. Off pc, susun meja, susun kerusi, dan berdebar-debar tunggu waktu pulang. Tetapi masih berbaki 3minit. Rasa putaran dunia ini terlalu lambat bukan. Ini semua kelakuan semulajadi. Kalau tak percaya boleh tanya pekerja-pekerja pejabat sendiri. Ya tak Faryn?

Semalam aku mengalami kejadian yang lebih kurang. Tengok jam ada lagi 15 minit mahu pulang. Bila last-last ni buat-buat macam ada kerja banyak. Padahal buka tutup buka tutup my computer sahaja. Sedar-sedar tinggal 5minit sahaja mahu pukul 5.30. Menggelupur aku tutup pc. Tutup suis dan susun-susun sikit peralatan atas meja biar tampak hensem.

Siap-siap kemas semua aku tengok bos tengah bergayut. Aku capai beg tanda mahu pulang on-time. Dalam hati sudah meronta-ronta ingin berlari pulang. Tetapi gayutan bos buatkan hasrat tergantung. Ah tak sabar.

" Rebecca, saya balik dulu! "

" Eh, kenapa? Mahu pergi mana? "

" Mahu balik lah."

" Baru pukul 5.30 ma. U talak tau ka kita pukul 6 baru balik ini hari? Jumaat saja 5.30 wo. Haiya jangan takutkan saya maa. "

Aiseh.

Macam mana boleh terlupa ni.

Perlahan-lahan duduk balik atas kerusi. Tekan button on dekat pc. Tekan keyboard dalam-dalam sambil pasang lagu 'bengang by akimAF'.

Saturday, May 7, 2011

Ustat pun diam

Sejak aku bekerja di Rawang ini penat betul rasa. Bila time tidur letak kepala dekat bantal terus tidur. Tak sempat nak berangan-angan dulu. Kadang-kadang belum letak kepala atas bantal sudah tertidur. Betul. Tertidur sambil duduk. Penat sangat gamaknya.

Kerja baru ini agak mencabar sikit. Bukan sebab amoi-amoi, awek-awek, dan makcik-makcik seksi sahaja. Tetapi ada sebab yang lebih mencabar lagi dari lihat skirt labuh mereka. Ya. Labuh sampai peha. Sebab yang lebih mencabar ialah mahu keluar bersolat.
Memandangkan tiada tempat solat maka aku terpaksa pohon untuk keluar. Siap dengan isi form semua baru boleh keluar. Sampai satu masa HR pun panggil.

" Awak tak boleh macam ini setiap hari. Polisi syarikat memang tak kasi sesiapa keluar waktu kerja. Tengok orang Melayu sebelum ni diorang semua tak keluar waktu kerja kecuali waktu rehat sahaja."

Aku sudah rasa ini satu bebanan buat aku. Sudahlah surau tiada. Hendak keluar pun susah. Setelah dikaji-kaji baru aku tahu kebanyakan orang Melayu disini bersolat di bawah tangga. Tempat yang terpencil lagi tersingkir. Memang MEREKA tak jaga kebajikan kita. Tapi apakan daya. Buat masa ini aku masih lagi bertahan. Perkara ini terjadi sebab kita sendiri. Mereka akan pandang keseluruhan. Dan itu menjadi contoh gambaran buat mereka. Mereka akan kata, kenapa yang lain boleh tapi awak tak boleh.

Satu lagi kisah. Ada sorang akak yang mempunyai seorang anak berumur 6 tahun yang advance sedikit. Anaknya baru sahaja belajar mengenai aurat wanita. Anak dia tanya soalan yang ustaz sendiri pun ternganga mahu jawap. Anak dia tanya,

" Mak, ustazah kita cakap, orang Islam kena pakai tudung. Tapi kita tengok akak tu tak pakai tudung. Dia bukan Islam ke? Tapi dia kata dia Islam. Kenapa dia tak pakai tudung? "

Nampak tak?
Macam mana mahu jawab untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang masih tak kenal dosa dan pahala. Mereka tahu hanya, kalau berdosa masuk neraka. Jadi siapa tak pakai tudung dia berdosa. Siapa berdosa dia masuk neraka.

Okay. Siapa boleh jawab?

Wednesday, May 4, 2011

Cabutan sangat bertuah!

Tidak sempat mahu berbakti pada kilang. Aku sudah bertukar ke tempat kerja baru di Rawang. Yang sempat hanyalah menabur emas di mangkuk kilang. Tidak lah aku terasa begitu bangga.

Rasa sedih pun ada. Bukan sebab apa. Tapi sebab kilang aku sangat pemurah hati. Aku ingat lagi masa aku kerja dulu. Dibaginya rehat sampai 5 hari.Mesin berhenti jadi group aku pun tiada kerja. Jadi lepak-lepak sahaja menjadi kerja. Mana tak sedih kan?

Lupa seketika soal kerja lama.

Ada satu kisah lain. Suatu ketika kilang aku ada buat training untuk mengisi masa lapang. Mengada-ngada betul hendak buat training. Jadi group aku dan satu lagi group berkumpul untuk dengar.

Tengah-tengah bagi training, tiba-tiba aku dapat satu panggilan,

Haji: Assalamualaikum w.b.t

Aku: Waalaikumsalam w.b.t

Haji: Nama saya Haji Ibrahim. Saya dari Celcom Centre.

Aku: Hmmm (tenang)

Haji: Saya ingin bertanya. Betul tidak no telefon encik 0148******?

Aku: Hmmm (mula mengesyaki sesuatu)

Haji: Tahniah encik! Nombor encik baru memenangi cabutan bertuah dari Celcom!

Aku: Hmmm? (terkejut)

Haji: Benar. Encik baru memenangi wang bernilai rm10000! Boleh saya dapatkan nombor akaun encik? Encik ada nombor akaun?

Aku: Hmmm. Takde. (faham)

Haji: Boleh tanya sesiapa yang ada. Kawan atau sesiapa?

Aku: Hmm. Okay. Nantilah. Saya sedang meeting sekarang.

Haji: Okay. Tut tut tut (panggilan dimatikan)

Amboiiii.

Pandai betul mamat indon ni. Berlakon jadi orang Celcom. Tetapi tak sedar suara sudah kantoi. Sah-sah suara penyangak terhormat. Pandai sangat lah tu nak cekau duit dalam akaun orang.

Nasib baiklah aku sibuk masa tu. Malas nak layan sangat. Kalau tak mesti aku dah ikut nasihat kawan aku,

" Eh takpelah haji. Duit yang saya ada ni pun berlebih-lebih. Tak habis-habis lagi ni. Saya taknak lah hadiah cabutan. Haji simpan aja buat kenangan."

Ha. Baru dia terasa kan?

Sunday, May 1, 2011

+susuegoodday's 1ST CONTEST!

Salam...

They are so sweet!
susuegoodday

Sudah lama rasanya tak join contest-contest ni. Kali ini tengok ada hadiah menarik. Jadi aku pun try untuk contest. Mana tahu dapat jam mahal-mahal. Sudah lah aku tiada jam. Kalau ada jam pasti nampak lebih hensem dan anggun.

Baru-baru ini bercuti bersama adik-adik di Cherating. Tak lepaskan peluang untuk bergambar. Teringat dengan contest ini, jadi terus buat aksi. Susah payah tulis atas pasir tau. Ini yang terbaik aku dapat lakukan!




I LOVE HIM.

HIM with the name of Farhan. My boy and my 'budak kecik'.


Yang terbaik...Okay...Wish me luck okay!
Wassalam..

Friday, April 29, 2011

Selamat tinggal kawanku


tinggal kenangan





29 April 2011


Mungkin inilah gambar terakhir aku bersama mereka.

Rasanya tak sampai 2 bulan aku bekerja bersama mereka. Aku akan berpindah ke tempat lain. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar.



Doakan aku kawan.