Saturday, October 30, 2010

Tak buat apa-apa?

Dulu aku suka bercinta. Suka sampai tak ingat dunia. Ibarat makan tak lena. Tidur tak basah. Mandi tak kenyang.

Tapi sekarang tak lagi. Selepas makan selalu lena. Tidur selalu basah. Mandi selalu kenyang.

Aku masih ingat zaman bercinta. Kalau mesej mesti kena tanya tengah buat apa.

" syg, tgh wtpew tue? "

" x wtpew pOn b "

" oklah bye syg "

" nape ni b?? "

Si awek mesti jawab tak buat apa. Si pakwe pula mesti hangin kenapa jawapan mesti tak buat apa-apa.

Padahal manusia sentiasa melakukan sesuatu. Tak kira buat apa. Baring, cangkung, duduk. Mesti ada buat sesuatu.

Jadi tiada istilah 'tak buat apa-apa' sepatutnya. Boleh bayangkan tak manusia yang tak buat apa-apa? Ha cuba cakap. Tengah duduk? Tengah istinjak? Semuanya tengah buat sesuatu.

Maka sepatutnya jawab apa yang sedang dilakukan. Walaupun ketika sibuk.

" yg, tgh wtpe 2? "

" tgh tidur ni b."

" wah tgh tidur pun bleh reply sms."

" mestilah. syg tidur dlm iman."

" ha dh smyg blum syg?"

" x. nite bb"

" oo dtg buln la tu. nite yg yg."

Boleh nampak perbualan menjadi lebih panjang dan mesra kalau cakap jujur. Bukan tengah tengok carekarama pun cakap tak buat apa. Memang nak kena.



p/s: tak puas hati kalau tanya buat apa jawapannya tak buat apa-apa!

Friday, October 29, 2010

Menjadi periang

Orang pernah berkata kalau kita mahukan sesuatu kita harus tunjuk dan buktikan yang kita betul-betul mahukannya. Aku selalu menginginkan keriangan. Bukan taman keriang. Tetapi aku mahu menjadi seorang yang periang.

Keadaan aku sekarang langsung tidak seperti orang yang periang. Kalau kamu tengok muka aku pasti kamu semua trauma kerana takut. Wajah aku sangat garang. Percakapan aku sangat mendebarkan.

Aku pernah terbaca satu artikel tentang manusia. Jika mahu jadi seorang yang riang dan ceria dia mesti berani mengaku tentang hasratnya. Bukan berkata seperti, "aku memang begini. Susah ketawa susah bercakap".

Aku sedar memang agak tertekan jika tidak pandai bercakap. Aku tidak banyak bercakap. Aku tahu orang yang suka bercakap dan ceria mudah mendapat kawan. Itulah yang aku mahukan. Aku mahu jadi seorang yang banyak bercakap dan ceria. Bukan hanya berdiam diri apabila orang di sekeliling berbual.

Agak kurang selesa jika berada dalam situsasi kita berdiam tetapi orang di sekeliling asyik berbual. Melalui penulisan ini mungkin orang tidak sedar bahawa sebenarnya penulis seorang yang pendiam.

Aku sebenarnya mahu berubah. Aku mahu jadi ceria. jadi periang. Pernah seorang kawan beritahu aku,

"ala susah-susah sangat kau hisap ganja. mesti ketawa sepanjang masa."

Lepas dengar macam tu aku terus pergi kedai runcit membeli ganja dan menghisapnya. Okeh dah gembira.haha. Okay-okay hanya bergurau. Memang agak heaven jika kedai runcit ada jual ganja. Ini bukan zaman P.Ramlee ganja ada jual tapi belacan tak jual.

Maka hanya satu cara yang boleh buat aku berubah. Ya. Sememangnya aku boleh. Aku sangat berpegang dengan prinsip 'usaha tangga kejayaan, jangan mengaku kalah'. Sedangkan main carrom tinggal satu buah saja boleh menang lawan orang yang dah ambil semua buah lain. Inikan pula hendak menjdai periang. Pasti boleh.

Langkah pertama aku perlu senyum. Baiklah. Mari senyum ramai-ramai. :) :) :) (wajah senyum kambing)

Monday, October 25, 2010

Terlupa

Aku pelik. Semenjak aku duduk dekat Klang aku rasa lain sedikit. Sekarang aku selalu mengalami kejadian LUPA. Banyak perkara yang sepatutnya aku ingat aku jadi LUPA. Mengenai kisah-kisah lama juga aku LUPA. Seingat aku, aku tidak pernah order air semut ais dekat mana-mana kedai minum. Itu yang membuatkan aku hairan mengapa aku selalu terlupa.

Pernah sekali aku mencari panggung wayang sebuah kompleks membeli-belah. Selepas jumpa panggung wayang terus aku membeli tiket. Pelayan kata rm15. Aku bayar ngam-ngam. Dan aku LUPA mahu mengambil bakinya. Itu tak mengapa lagi.

Aku lihat jam lambat lagi mahu mula wayang. Aku berjalan mencari kedai makan. Jalan Klang memang aku tidak mahir. Boleh dikatakan pertama kali aku berjalan di bandar Klang pada waktu itu. Aku pusing-pusing area bukit tinggi tetapi aku LUPA dimana kedai makannya. Aku mulai risau dengan masalah pelupa aku. Akhirnya aku terjumpa juga kedai walaupun dalam keadaan LUPA. Selepas siap-siap makan semua. Aku terLUPA mahu basuh pinggan. Aku bertambah risau. Terus aku jumpa doktor sakit jiwa dan aku dimasukkan ke dalam wad gila.habis cerita. Okay-okay belum habis lagi.

Selepas makan itu aku mahu ke panggung wayang semula untuk lihat cerita. Tetapi aku LUPA dimana tingkat untuk pergi ke panggung wayang. Ini betul-betul sangat LUPA. Aku sangat risau dengan masalah lupa ini kerana aku baru sahaja membeli tiket. Nasib baik ada sepupu ingatkan aku tingkat sebenar panggung wayang. Terus sedar.

Banyak perkara yang telah aku lupakan. Macam-macam. Sebab itulah kamu tak perlu risau kalau aku jarang update. Aku bukan malas. Tetapi sebenarnya aku LUPA. Tak sengaja. Kamu tahu. Aku juga turut sedih dalam keadaan ini.

Friday, October 8, 2010

Selamat pengantin baru semua

Hari ini hari jumaat. Besok hari sabtu. Lusa hari ahad. Apa motifnya ini? Tiada apa. Saja nak beritahu.

Lambat betul aku. Berapa lama aku buka tutup laptop. Tapi memang serius aku tidak ingat mahu cakap mengenai ini. Tidak ingat langsung. OKay baiklah aku mengaku la malas nak update sebenarnya.

Aku sengaja malas mahu update. Kerana aku tahu walau semalas mana aku tidak update. Ada lagi yang lebih malas. Seperti ini, dan ini. Maaf kalian aku bersikap jujur.

Pada hari jumaat yang mulia ini aku nak mengingatkan semua umat lelaki supaya pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat. Jangan jadi macam seseorang tu. Selalu TERlambat kerana TERupdate blog sebelum ke masjid.

Sebenarnya aku bukan mahu cakap mengenai itu. Sebenarnya mahu cakap mengenai ini. Hari ini aku telah mulai sibuk untuk kenduri kahwin akak ku. Perkara ni aku dah hebahkan dekat facebook. Tapi lupa pulak nak beritahu dekat blog. Kesian kau blog. Selalu terpinggir.

Jadi bermula hari ini hingga tahun depan mungkin aku tiada masa mahu update. Sibuk membuat kerja kenduri orang kata. Sudahlah aku seorang saja yang buat kerja. Yang lain-lain tengok saja sambil minum-minum teh. Kamu fikirlah. Macam mana kerja tak jadi setahun.

Kalau semua tidak percaya aku jemput tetamu-tetamu bloggers pada 10/10/10, bersamaan hari ahad ini, ke kenduri kahwin akakku dekat alamat ini.

72, Sungai Marong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Takpe followers aku tak ramai. Kamu boleh datang ramai-ramai bawa anak dan isteri serta ibubapa. InsyaAllah bajet cukup jangan risau. Semoga kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi suasana.

Ini kad kahwin. Memang khas berbentuk soft copy. Cuba sentuh mesti soft.


Siapa tak tahu jalan boleh hubungi aku. Orang lain dilarang okay.


Okay mudah, simple, dan bergaya.


Selamat pengantin baru semua...!