Thursday, April 8, 2010

Kura-kura laju sebenarnya


Dulu masa gua darjah tiga cikgu pernah ajar gua. Kura-kura lebih lambat daripada arnab. Tapi bila lumba lari kura-kura yang menang. Sebabnya ialah kura-kura bijak. Kura-kura menggunakan banyak kura-kura untuk sampai ke garisan penamat. Jadi kura-kura lebih laju.

Hidup gua sekarang selalu lambat. Bangun pagi mesti berada dalam keadaan kelam kabut. Bak kata gua, hidup dalam kemenggelaparan. Gua menggelepar setiap kali hendak bersiap-siap ke kelas.

Pernah terdetik di hati gua untuk cepat. Tetapi mata gua seperti tidak boleh mengikut masa yang awal. Tabiat gua ialah gua akan bangun melihat jam pada handphone gua dan sambung tidur balik. Tapi jika waktu ke kelas tinggal tiga puluh minit, gua akan bangun terus dan bersiap.

Bagi pelajar macam gua yang mementingkan masa, gua akan mengambil masa untuk mandi hanya lima minit sahaja. Selebihnya akan gua gunakan untuk memakai baju, seluar, stokin, dan kasut. Masa untuk itu membuatkan gua menjadi lambat.

Jadi gua telah membuat perancangan. Upacara memakai baju, seluar, stokin, dan kasut telah membuat pelajar lambat ke kelas. Perancangan jangka masa panjang gua ialah gua ingin memansuhkan penggunaan baju, seluar, stokin, dan kasut ke kelas.

Maksud gua, pelajar boleh berkain pelikat ke kelas. Dan ini mungkin akan menyebabkan pelajar yang mementingkan masa tidak akan lambat ke kelas lagi.

Penggunaan perancangan ini samalah seperti kura-kura lebih laju daripada arnab. Berkain pelikat lebih laju dari berbaju seluar. Okay-okay tiada kaitan sebenarnya.

12 comments:

hannamaruku said...

macam sial kan pegi klas pakai pelekat? kau try. lepas tu masuk blog tgk. mesti follower lebeh dari hanis.

.rafiq. said...

tk minat ah femes2. cukup la dapat kawan ngn lu. haha

chokio_nia said...

samelah tym kte bgn..haha..kalo ko pakai kain pelikat, aku pakai kain batek ah g klas..mantap gak idea..wooohaaaa

starsyeea said...

ermm...nape ku mcm nk stuju dgn kemengarutan ko ni hah...?nape hah? nape???!!!

pasni nk mintak cigu2 n lecturer2 pakai pelekat ngn kain batik jgk...baru nmpk ala2 tradisional...ngeeee...:p

.rafiq. said...

chokio: lu sume nk same ngan gua kan? ok gak tu lu pakai kain batik paras dada. lg mntap.

staryea: gua mmg nk bg lu setuju. lu mest selalu lmbat jugak ni. lecturer wa saran pakai baju smart2 dua tiga lapis. diorang lambat pegi kelas takpe.

reen_sofee said...

hahahah.
ko siap siap pakai baju seluar stokin sume tuh sebelum tido.
jadik, tak laa pelajar yg mementingkan mase cam ko, terbuang mase nye. hahaha

vidadarisakura said...

cuba uplod gambar ko pakai pelikat p kelas. cuba.

.rafiq. said...

reen: cuba lu fikir. gua akan tukar juga baju yang gua bawak tidur dan basuh sbb bau die busuk. bukankah lbih lmbt jadinya?

vivi: ah perempuan gatal. haha

Eireen Camelia said...

mangkuk hayun doh entri kau yang ini. mengapa mesti menjengkelkan penjelasan kelewatan kau? manjanya arghhhh!!

.rafiq. said...

ape maksud menjengkelkan disini? jika menjengket mungkin aku lebih mengerti iaitu menjengket untuk melihat dara mandi di perigi.

atyrah said...

bro, lame tak nampak. heh! =)

.rafiq. said...

lu yg lame menghilang.huhu