Friday, December 3, 2010

Cerita sang perokok

Ada seorang lelaki tinggal di sebuah rumah bersama ibubapanya. Nama lelaki tersebut ialah Kumar. Kumar suka menghisap rokok. Tetapi dia tidak pernah hisap rokok di dalam rumahnya sendiri kerana tiada seorang pun ahli di dalam rumahnya tidak hisap rokok.

Suatu hari. Selepas makan tengahari pada pukul 4.00 petang. Kumar berjalan ke depan rumah. Kumar membuka kotak rokok. Dia mengambil sebatang rokok dan terus menghisapnya dengan selamba. Kumar tidak ingat dia berada di dalam rumah. Ayahnya terbau rokok lalu memandang Kumar dengan pandangan tajam.

Kumar terasa seperti bersalah. Lalu pergi berjalan ke dapur untuk mencari tempat lain. Di dapur dia terserempak pula dengan nenek dan ibunya. Mereka juga memandang Kumar dengan pandangan menjijikkan. Kumar masuk ke bilik dan menghisap di dalam bilik sampai habis.

Pada petang itu. Kumar duduk di luar rumah bersama ibubapa dan neneknya. Seorang lelaki lalu di hadapan mereka sambil menyeret kaki. ' sreett.. sreett.. '

Kumar memarahi lelaki itu.

" WOI BOLEH JALAN DIAM SIKIT TAK? "

" BETUL LA. JALAN DIAM SIKIT JANGAN BISING-BISING. " Kata bapa Kumar.

" HA PADAN MUKA KAU." kata Kumar.

Lalu ayah Kumar berkata kepada Kumar.

" AH KAU PUN SAMA KUMAR. BAU BUSUK. PERGI KAU DARI SINI. "

" YE LAH KUMAR. SEMUA ORANG TAK SUKA KAU. " Tambah nenek Kumar.

Mak Kumar juga begitu.

" ITULAH KAU KUMAR. ORANG TIDAK SUKA KAU HISAP ROKOK."

Kumar berasa sangat sedih. Dia baru marah seorang lelaki. Tetapi sebaliknya dia yang bersalah dan dimarahi oleh tiga orang. Lalu dia pergi meninggalkan ibubapa dan neneknya. Dia duduk didalam bilik berseorang selama beberapa hari. Sejak dari itu Kumar tidak mahu menghisap rokok lagi.

Kumar tidak mahu melukakan hati ibubapa dan neneknya. Dalam kata lain, Kumar tidak mahu 'break their heart'.

Sunday, November 21, 2010

Tak rasa langsung garam dalam cerita

Kehidupan aku beberapa hari sebelum ini sangat membosankan. Bukan bosan apa. Biasalah jiwa remaja macam aku sekarang mesti kena ada hiburan apabila kebosanan. Tetapi aku tempat aku tinggal sekarang tiada hiburan seperti playstation, home theater, dan televisyen. Yang ada hanya lah sebuah laptop.

Jadi aku mengambil inisiatif untuk membeli vcd. Minat aku sekarang ialah membeli movie-movie yang nampak sedap.

Baru-baru ini aku ada beli sebuah cerita yang agak seronok. Seronok sampai TAKNAK tengok lagi. Boleh bayangkan cerita yang sepatutnya kelakar tetapi bertukar menjadi sakit hati.

Bile pelakon buat kelakar. Penonton cakap.

" ee, meluat betul tengok! Tak kelakar langsung!"

Hipotesis dari cerita ini semakin pelakon buat kelakar. Semakin sakit hati penonton.
Sampai satu masa. Penonton cakap.

" ah, lagi baik aku tidur. Buat sakit hati je tengok. Rugi aku beli cite ni."

Bagi penonton yang masih tabah dan taknak rasa rugi bila sudah beli. Dia akan tengok juga sampai habis. Bile tengok dah nak last-last baru cerita jadi best.

" wah, bestnya! Cerita dah nak habis. Boleh tidur lepas ni."

Kesimpulannya. walaupun cerita tak kelakar sepatutnya kelakar, tetapi ada juga bestnya bila cerita hampir habis. Penonton boleh tidur kerana tak perlu tengok lagi.

Kesimpulan lain ialah walaupun cerita ini menghilangkan bosan. Tetapi ia menyebabkan bosan menjadi sakit hati.

Terima kasih movie seronok. Kamu nak cerita apa kena teka sendirilah. Dulu kumpulan ni best tapi sekarang dah tak best. Malas saya nak beritahu siapa.

Wednesday, November 17, 2010

Kisah tiga bersaudara

Pada suatu masa dulu. Tinggal 3 remaja yang kacak lagi bergaya. Mereka ada pertalian darah kerana 3 remaja itu merupakan sepupu.

Ketika itu, mereka sedang sibuk. Ada kenduri kahwin sepupu mereka juga.

'man, cd lagu pengantin takde ni. Jum pegi beli?'
'0k. Jum'

Dalam kesibukan orang ramai. Mereka keluar ke bandar mencari cd lagu pengantin. Seperti simpulan bahasa, mereka 'curi tulang' seketika. Jumpa kedai terus pilih-pilih.

' yang mane best ni pali?'
' k0 cari yg saloma nyanyi. Ape tah lgu die. Tapi best la.'
'ok2'

Mereka mencari dengan bersungguh-sungguh. Kesungguhan mereka sangat kelihatan melalui wajah masing-masing. Mungkin pada masa ini jika siti nurhaliza lalu sebelah pun mereka tidak perasan.

'eh, yg ni tk best ke? Slmt pngntin bru. Tp bkn sal0ma nyanyi.'
' x best x best. Nk yg sal0ma nyanyi gk.'

Mereka terus mencari. Lebih gigih lagi. Tak usah ditanya jika lisa surihani lalu. Memang tidak perasan. Dan akhirnya terjumpa.

'haa. Ni saloma nyanyi. Siap ada lgu k0mpang lg. Bli yg ni lah.'
' ok2 pegi byr.'
' eh k0 la pegi byr. Duit kt k0.'
' mane ade. Ko x ambik ke kt pkcik?'

Mereka saling berpandangan. Mengharapkan duit sudah diambil dari pakcik (bapa saudara mereka). Rupanya hampa. Masing-masing tidak bawa duit.

Maka mereka pulang dengan tangan kosong. Mereka ketawa sepanjang perjalanan balik kerana kebodohan mereka sendiri.

Mesej yang hendak disampaikan dari cerita ini ialah jangan lupa membawa duit untuk membeli cd pengantin. Jika lupa jadilah macam 3 saudara diatas. Minyak kereta habis. Cd pengantin tak dapat.

Thursday, November 11, 2010

Pengalaman yang menyiksakan (contoh karangan spm yang baik)

Semua orang ada pengalaman. Begitu juga aku. Aku mempunyai sebuah pengalaman yang sangat menyiksakan iaitu beras (pastikan bunyi adalah bay-ras bukan beras).

Peristiwa ini berlaku sebulan yang lalu. Ketika itu semua manusia sedang berehat di rumah bersama orang-orang tercinta. Ketika itu juga aku telah melalui pengalaman yang menyiksakan ini.

Sedang aku nyenyak di siang hari. Tiba-tiba seperti ada orang menumbuk perutku. Aku lantas bangun. Tercari-cari siapa melakukan pukulan curi terhadapku. Hampa. Tiada siapa yang ku lihat. Aku menepuk dahi, "ah, terlalu banyak menonton cerita ongbak." Baru aku sedari bahawa perutku sakit sendiri.

Perutku masih lagi senak. lalu kubaluti tubuhku dengan tuala. Sungguh seksi. Aku mencari rumah kecil untuk berubat. Aku dengar rumah kecil pandai mengubat orang.

Masuk sahaja rumah kecil aku terus mencangkung. Seperti diarah sesuatu. Tanpa arahan aku memulas kepala paip. Sambil mengharapkan tidak kedengaran bunyi celup-celup di dalam mangkuk rumah kecil.

Sesi mengubat telah bermula. Aku tekan. Tekan. Tekan. Tetapi tidak berjaya. Lalu aku silangkan jari jari kelinking. Menarik satu sama lain. Tarik. Tarik. Dan tarik. Tetap tidak berjaya. Sungguh siksa. Aku cuba menolak dinding konkrit sepenuh tenaga. Tolak, tolak, tolak.

Pelbagai usaha telah dilakukan. Sudah hampir sejam aku begelut dengan keperitan. Akhirnya. BOOM! BOOM! Plup! Plup!

Berjaya.

Perutku sudah pulih. Rumah kecil berjaya mengubatku. Benarlah kata orang, 'kecil-kecil cili padi, makin kecil makin berapi'. Samalah seperti kehebatan rumah kecil. Aku pulang ke rumah besar dengan perasaan gembira.

Inilah pengalaman paling menyiksakan dalam hidup aku. Walaupun beras menyiksakan tetapi aku pulang dengan perasaan gembira. Aku pasti tidak akan melupakan pengalaman ini. Aku berharap dapat pergi ke rumah kecil lagi.

Saturday, November 6, 2010

Budak-budak hebat

Budak-budak sekarang sangat advance. Ada yang kaki pukul, kaki gaduh, dan kaki tinju. Tak kurang juga yang kaki kudis dan kaki kurap.

Umur bawah 13 tahun mungkin boleh panggil budak-budak. Kalau dah lebih 13 tahun boleh panggil bapak budak.

Macam-macam kita dengar tentang kehebatan budak-budak zaman sekarang. Masa zaman kita (sekarang tua) naik basikal lepas tangan pun sudah kita hebat. Tapi sekarang budak 13 tahun naik motor boleh pacak-pacak lepas tangan. Lagi hebat budak umur 2 tahun naik kereta lepas tangan.

Belum cerita yang kuat main games. Sanggup jalan kakai pergi game nak cari cd games. Last-last sampai kedai games terpaksa pinjam toilet sebab tak tahan nak buang air.

Baru-baru ini aku ada pergi satu jamuan makan. Satu meja makan orang besar dan satu meja makan budak-budak susun sebelah-sebelah. Aku yang duduk dekat meja orang besar terdengar perbualan pendek budak-budak. Paling hebat pernah aku dengar.

" weh, sape nak telur kuning?"

" aku! aku!"

" ah, mane boleh! ni aku punye!"

Nampak. Hebat bukan? Tawarkan siapa nak telur tapi bila ada orang nak dia tak bagi. Tak syak lagi. Dengar perbualan saja dah tahu hebat.

Saturday, October 30, 2010

Tak buat apa-apa?

Dulu aku suka bercinta. Suka sampai tak ingat dunia. Ibarat makan tak lena. Tidur tak basah. Mandi tak kenyang.

Tapi sekarang tak lagi. Selepas makan selalu lena. Tidur selalu basah. Mandi selalu kenyang.

Aku masih ingat zaman bercinta. Kalau mesej mesti kena tanya tengah buat apa.

" syg, tgh wtpew tue? "

" x wtpew pOn b "

" oklah bye syg "

" nape ni b?? "

Si awek mesti jawab tak buat apa. Si pakwe pula mesti hangin kenapa jawapan mesti tak buat apa-apa.

Padahal manusia sentiasa melakukan sesuatu. Tak kira buat apa. Baring, cangkung, duduk. Mesti ada buat sesuatu.

Jadi tiada istilah 'tak buat apa-apa' sepatutnya. Boleh bayangkan tak manusia yang tak buat apa-apa? Ha cuba cakap. Tengah duduk? Tengah istinjak? Semuanya tengah buat sesuatu.

Maka sepatutnya jawab apa yang sedang dilakukan. Walaupun ketika sibuk.

" yg, tgh wtpe 2? "

" tgh tidur ni b."

" wah tgh tidur pun bleh reply sms."

" mestilah. syg tidur dlm iman."

" ha dh smyg blum syg?"

" x. nite bb"

" oo dtg buln la tu. nite yg yg."

Boleh nampak perbualan menjadi lebih panjang dan mesra kalau cakap jujur. Bukan tengah tengok carekarama pun cakap tak buat apa. Memang nak kena.



p/s: tak puas hati kalau tanya buat apa jawapannya tak buat apa-apa!

Friday, October 29, 2010

Menjadi periang

Orang pernah berkata kalau kita mahukan sesuatu kita harus tunjuk dan buktikan yang kita betul-betul mahukannya. Aku selalu menginginkan keriangan. Bukan taman keriang. Tetapi aku mahu menjadi seorang yang periang.

Keadaan aku sekarang langsung tidak seperti orang yang periang. Kalau kamu tengok muka aku pasti kamu semua trauma kerana takut. Wajah aku sangat garang. Percakapan aku sangat mendebarkan.

Aku pernah terbaca satu artikel tentang manusia. Jika mahu jadi seorang yang riang dan ceria dia mesti berani mengaku tentang hasratnya. Bukan berkata seperti, "aku memang begini. Susah ketawa susah bercakap".

Aku sedar memang agak tertekan jika tidak pandai bercakap. Aku tidak banyak bercakap. Aku tahu orang yang suka bercakap dan ceria mudah mendapat kawan. Itulah yang aku mahukan. Aku mahu jadi seorang yang banyak bercakap dan ceria. Bukan hanya berdiam diri apabila orang di sekeliling berbual.

Agak kurang selesa jika berada dalam situsasi kita berdiam tetapi orang di sekeliling asyik berbual. Melalui penulisan ini mungkin orang tidak sedar bahawa sebenarnya penulis seorang yang pendiam.

Aku sebenarnya mahu berubah. Aku mahu jadi ceria. jadi periang. Pernah seorang kawan beritahu aku,

"ala susah-susah sangat kau hisap ganja. mesti ketawa sepanjang masa."

Lepas dengar macam tu aku terus pergi kedai runcit membeli ganja dan menghisapnya. Okeh dah gembira.haha. Okay-okay hanya bergurau. Memang agak heaven jika kedai runcit ada jual ganja. Ini bukan zaman P.Ramlee ganja ada jual tapi belacan tak jual.

Maka hanya satu cara yang boleh buat aku berubah. Ya. Sememangnya aku boleh. Aku sangat berpegang dengan prinsip 'usaha tangga kejayaan, jangan mengaku kalah'. Sedangkan main carrom tinggal satu buah saja boleh menang lawan orang yang dah ambil semua buah lain. Inikan pula hendak menjdai periang. Pasti boleh.

Langkah pertama aku perlu senyum. Baiklah. Mari senyum ramai-ramai. :) :) :) (wajah senyum kambing)

Monday, October 25, 2010

Terlupa

Aku pelik. Semenjak aku duduk dekat Klang aku rasa lain sedikit. Sekarang aku selalu mengalami kejadian LUPA. Banyak perkara yang sepatutnya aku ingat aku jadi LUPA. Mengenai kisah-kisah lama juga aku LUPA. Seingat aku, aku tidak pernah order air semut ais dekat mana-mana kedai minum. Itu yang membuatkan aku hairan mengapa aku selalu terlupa.

Pernah sekali aku mencari panggung wayang sebuah kompleks membeli-belah. Selepas jumpa panggung wayang terus aku membeli tiket. Pelayan kata rm15. Aku bayar ngam-ngam. Dan aku LUPA mahu mengambil bakinya. Itu tak mengapa lagi.

Aku lihat jam lambat lagi mahu mula wayang. Aku berjalan mencari kedai makan. Jalan Klang memang aku tidak mahir. Boleh dikatakan pertama kali aku berjalan di bandar Klang pada waktu itu. Aku pusing-pusing area bukit tinggi tetapi aku LUPA dimana kedai makannya. Aku mulai risau dengan masalah pelupa aku. Akhirnya aku terjumpa juga kedai walaupun dalam keadaan LUPA. Selepas siap-siap makan semua. Aku terLUPA mahu basuh pinggan. Aku bertambah risau. Terus aku jumpa doktor sakit jiwa dan aku dimasukkan ke dalam wad gila.habis cerita. Okay-okay belum habis lagi.

Selepas makan itu aku mahu ke panggung wayang semula untuk lihat cerita. Tetapi aku LUPA dimana tingkat untuk pergi ke panggung wayang. Ini betul-betul sangat LUPA. Aku sangat risau dengan masalah lupa ini kerana aku baru sahaja membeli tiket. Nasib baik ada sepupu ingatkan aku tingkat sebenar panggung wayang. Terus sedar.

Banyak perkara yang telah aku lupakan. Macam-macam. Sebab itulah kamu tak perlu risau kalau aku jarang update. Aku bukan malas. Tetapi sebenarnya aku LUPA. Tak sengaja. Kamu tahu. Aku juga turut sedih dalam keadaan ini.

Friday, October 8, 2010

Selamat pengantin baru semua

Hari ini hari jumaat. Besok hari sabtu. Lusa hari ahad. Apa motifnya ini? Tiada apa. Saja nak beritahu.

Lambat betul aku. Berapa lama aku buka tutup laptop. Tapi memang serius aku tidak ingat mahu cakap mengenai ini. Tidak ingat langsung. OKay baiklah aku mengaku la malas nak update sebenarnya.

Aku sengaja malas mahu update. Kerana aku tahu walau semalas mana aku tidak update. Ada lagi yang lebih malas. Seperti ini, dan ini. Maaf kalian aku bersikap jujur.

Pada hari jumaat yang mulia ini aku nak mengingatkan semua umat lelaki supaya pergi awal ke masjid untuk bersolat jumaat. Jangan jadi macam seseorang tu. Selalu TERlambat kerana TERupdate blog sebelum ke masjid.

Sebenarnya aku bukan mahu cakap mengenai itu. Sebenarnya mahu cakap mengenai ini. Hari ini aku telah mulai sibuk untuk kenduri kahwin akak ku. Perkara ni aku dah hebahkan dekat facebook. Tapi lupa pulak nak beritahu dekat blog. Kesian kau blog. Selalu terpinggir.

Jadi bermula hari ini hingga tahun depan mungkin aku tiada masa mahu update. Sibuk membuat kerja kenduri orang kata. Sudahlah aku seorang saja yang buat kerja. Yang lain-lain tengok saja sambil minum-minum teh. Kamu fikirlah. Macam mana kerja tak jadi setahun.

Kalau semua tidak percaya aku jemput tetamu-tetamu bloggers pada 10/10/10, bersamaan hari ahad ini, ke kenduri kahwin akakku dekat alamat ini.

72, Sungai Marong, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Takpe followers aku tak ramai. Kamu boleh datang ramai-ramai bawa anak dan isteri serta ibubapa. InsyaAllah bajet cukup jangan risau. Semoga kehadiran tuan puan dapat memeriahkan lagi suasana.

Ini kad kahwin. Memang khas berbentuk soft copy. Cuba sentuh mesti soft.


Siapa tak tahu jalan boleh hubungi aku. Orang lain dilarang okay.


Okay mudah, simple, dan bergaya.


Selamat pengantin baru semua...!

Wednesday, September 29, 2010

Bermula dengan kata-kata

Persamaan seekor kera dengan seekor beruk tidak jauh. Dua-dua sama bodoh. Dan dua-dua berupa seperti kau.

Sejak kali pertama aku melihat kau. Aku sudah terpegun dengan kau. Aku lihat kau terbang melayang membuatkan aku juga turut mahu terbang. Bila kau ada di sisi aku terasa diri ini macho. Awek-awek melihat aku seperti melihat gunung emas. Terpegun mereka melihat aku. Sungguh bangga aku ketika itu.

Tapi makin lama aku rasa kau banyak menyusahkan aku. Semakin aku simpan duit semakin habis duit aku disebabkan kau. Aku sudah meluat dengan gelagat kau. Perangai kau tidak ubah seperti kera meminta penerajang. Wajah kau membuatkan aku rasa hendak tonyoh-tonyoh seperti cekodok penyek.

Tapi sayang masa tu kau pandai. Mana-mana kau ada. Dekat kedai selvam aku nampak kau. Dekat kaca televisyen pun aku boleh nampak kau. Dekat pasaraya. Dekat kedai makan. Kedai menjual ubat cap kaki tiga pun kau ada. Dengan selamba kau senyum-senyum dekat aku. Ingat aku suka lah? Aku buat-buat senyum dekat kau takut orang nampak aku marah dekat kau.

Sebenarnya dalam diam-diam aku dah simpan hasrat nak membunuh kau. Pernah satu hari aku plan dengan sorang kawan aku yang kerja dekat farmasi tu. Aku nak letak racun pada kau. Memang lah racun tu aku yang makan. Tapi kalau kau nak tahu. Aku takkan sakit. Malah aku tambah sihat. Tapi kau yang akan sakit. Kau akan mati.

Untuk pengetahuan kau. Kau takkan muncul lagi dalam hidup aku.

YA. Aku puas. Aku akan berjaya. Aku pasti. Kau tunggu saja masa kau.



(pesanan dari bakal pengguna niQUITin)

Friday, September 24, 2010

Bercakap mengenai jodoh

Dalam kesamaran waktu ini. Aku tiba-tiba mahu update blog. Sudah hampir seribu tahun aku tidak update. Sukahati aku saja tidak mahu update.

Sebenarnya ekceli aku tidak tahu mahu tulis apa. Bila aku sudah mentionkan aku tiba-tiba mahu update blog, maknanya aku tiada idea mahu tulis. Jadi mengarut sahajalah disini.

Selalunya mengarut dikaitkan dengan imaginasi seseorang. Aku selalu berimaginasi ingin berkahwin dengan rozita che wan. Okay rasanya tak perlu sebut nama. Aku sebenarnya berimaginasi ingin berkahwin dengan janda. Tidak kira kaya atau tidak miskin.

Jadi aku selalu meluahkan hasrat aku untuk mencari janda-janda yang kaya dan bergetah. Tetapi ramai yang menolak cadangan aku dengan berkata, "hey punya banyak gadis, janda jugak kau cari."

Lalu aku membalas, "kau ni bagi lah semangat sikit. takpun bagi duit raya. sedap sikit aku mendengarnya."

Ramai orang pelik kenapa aku suka mencari janda. Ini antara 2 sebab pilihan aku memilih janda dan mungkin akan jadi pilihan lelaki juga.

Pertama, janda sudah tentu mempunyai pengalaman dalam bidang memasak. Semua lelaki sangat suka jika isteri tahu memasak seperti janda. Bagi sesetengah gadis pasti tidak tahu memasak. Pasti suami akan letih kerana perlu memarahi mereka dahulu sehingga pandai memasak.

Yang kedua, janda mempunyai pengalaman dalam mendayung sampan. Suami yang suka berkelah pasti akan membawa isteri mereka mendayung sampan ke pulau indah. Jadi janda yang sudah pandai mendayung pasti akan melancarkan perjalanan mereka ke pulau tersebut.

Okay itu antara 2 sebab. Sebab-sebab lain sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas nak fikir. Ini saja yang terlintas sekarang.

Jika mahu dikaitkan dengan imaginasi aku dan impian aku. Sebenarnya tidak mustahil. Imaginasi akan menjadi realiti. Impian akan jadi kenyataan. Cuma yang aku perlukan sekarang ini adalah sokongan.

Jadi sesiapa mahu sokong aku memilih janda sebagai isteri?

Monday, September 13, 2010

Anak jati bentong!

Beberapa hari lalu merupakan hari istimewa buat semua murid sekolah. Tanggal 27 haribulan 8 tahun 2010 ialah suatu hari cuti. Genap sudah 21 tahun pemilik blog ini berbakti di dunia ini.

Demi menunjukkan rasa gembira dan membuktikan sikap setia pemilik kepada blog. Pemilik mengarang juga untuk harijadinya. Ini serba sedikit latar belakang pemilik blog 'about aku'.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rafiq bin Hasrudin. Beliau dipanggil Apik oleh ahli keluarga. Beliau lahir di Bentong dan tinggal di Bentong. Senang kata pemilik sememangnya anak jati Bentong. Beliau mempunyai seorang kawan yang merasa tidak percaya dengan kejatian Bentongnya. Lalu beliau terus bercakap bahasa kampungnya. "hey, im a real son of Bentong. Please believe me!". Lalu kawan beliau mempercayai kata-katanya lantas jatuh cinta kepada beliau kerana bercakap benar.

Pemilik blog ini seorang yang pemalu. Jika kamu mengajak beliau makan pasti beliau berkata 'taknak'. Tetapi tangan beliau tetap menadah tangan meminta makanan. Beliau juga seorang yang penakut. Beliau sangat takut jika awek-awek memandangnya kerana pasti mereka akan tergoda melihat kemanisan muka beliau. Beliau seorang yang sangat sombong. Beliau tidak berkawan dengan harta seseorang. Beliau hanya berkawan dengan hati budi seseorang. Ngeh3 (bunyi gedik)

Hari ini pemilik mahu menjadi diri sendiri. Umur 21 dirasakan cukup matang. Teringat satu kata-kata semasa beliau menuntut di sekolah. Bertanya beliau kepada seorang senior, "ee, apa ni bulu-bulu di perut ni?"
Lalu senior menjawab, "ha tu la kau tak tahu. Bulu ini tandanya orang yang matang tahu?".
Sejak dari itu beliau selalu membelek perutnya. Sehinggalah suatu hari beliau sendiri mengalaminya dan sedar dirinya sudah matang.

Pemilik telah banyak menghabiskan masa. Telah banyak menghabiskan tenaga. Tiba sudah masa pemilik harus berubah. Umur meningkat pasti ada azam baru. Bukanlah azam itu seorang manusia bernama Azam yang baru. Tetapi ianya seperti impian. Azam beliau. Beliau mahu jadi beliau yang baru. Tidak mahu jadi yang dulu. Mahu lebih baik. Lebih baik. Dan lebih baik. Yang pasti dan kamu harus tahu.

Pemilik bukan macam dulu..

P/s: selamat hari jadi saya..!! :)

Tuesday, August 31, 2010

Secebis rasa sekadar luahan

Sungguh bosan terasa hati ini. Sungguh sunyi terasa hati ini. Umpama seekor kera yang tiada playstation.

Sejak pertemuan dahulu sehingga kini. Aku masih terbayang wajahmu di depanku. Senyum tawamu menjadi penawar aku dikala duka. Kata-katamu menjadi bahan api. Membakar semangat dalam diriku.

Kini kau sudah tiada. Rindu semakin menjadi-jadi. Hatiku bagai dicucuk duri sembilu. Jiwaku meronta-ronta memikirkan tentang dirimu.

Hanya gambarmu yang menjadi penawar rinduku. Hanya tawamu bermain di mindaku. Aku tidak mampu lagi memujukmu. Pelbagai cara. Pelbagai kata. Telah aku luahkan kepadamu. Tapi sedikit pun tidak melenturkan hatimu. Hatimu umpama batu konkrit. Hatimu keras.Air tidak mungkin dapat memecahkannya.

Hanya luahan di alam maya. Hanya coretan tidak berguna. Biarlah aku mengucap sedikit rasa.

Pergilah kau bersama kekasihmu. Semoga kau bahagia bersama si dia. Aku tidak mendoakan keburukan. Malah bahagia aku hajatkan. Kau bahagia. Aku juga bahagia.

Luahan dari hati yang sepi~

Tuesday, August 24, 2010

ONE DROP PERFUMES

Berlalu lah sudah lapan belas tahun, tidak update blog.
Tiba tahun ke sembilan belas, baru lah nak update.
Suasana hari puasa, memang terasa penat.
Hendak menulis pun tidak lah larat. (nyanyi dengan irama 'suasana hari raya').

Terima kasih kepada yang menyanyi lagu ini. Aku sungguh terharu kerana pada saat begini dapat menghiburkan mereka yang didalam kepenatan.

Bulan puasa baru-baru ini terasa cukup mencabar bagi aku. Dari pagi hingga petang. Petang hingga malam. Malam hingga pagi semula. Aku asyik memikirkan bagaimana cara untuk menguruskan rumah tangga. Oh maafkan aku. Bukan rumah tangga. Tetapi sebenarnya menguruskan perniagaan.

Aku memikirkan apakah perniagaan yang patut aku lakukan di bazar ramadhan. Mahu jual itu. Mahu jual ini. Semua aku mahu jual. Orang kata asal barang jadi duit. Tidak kisah apa sahaja barang. Last-last aku dapat panggilan dari ayah aku.

" Apik, awak tolong ayah jual kurma. Esok pergi buat lesen berniaga."

" Ok baiklah ayah."

Aku tidak lagi susah-susah mahu fikir lagi. Aku akhirnya menggantikan tempat bapaku menjual kurma. Ayahku mungkin sibuk dengan tugas di pejabat.

Di dalam kotak fikiran aku ialah aku cuma mahu menambahkan barangan jualan. Akhirnya aku mendapat idea.


Dengan cogan kata, 'badan wangi poket berisi', aku telah memulakan perniagaan menjual ONE DROP PERFUME.



Set 1 for MEN

Ini adalah satu contoh perfumes.

Sekarang aku mahu promosi lah dekat kamu semua minyak wangi ini. Bulan puasa ini elok kamu beli. Hendak pergi terawih pasti kamu mahu wangi-wangi. Jadi one drop ini sangat sesuai dan boleh untuk dibawa solat.

Untuk lihat banyak lagi boleh buka di laman web ini.

Tetapi kalau kamu mahu bantu aku. Tolonglah beli dekat aku okay. Kira bantu kawan-kawan lah juga.

Siapa-siapa yang nak boleh hubungi aku terus, kos penghantaran tidak dikira. (baik kan aku?)

Hubungi nombor ni okay: 0148012801.

Sunday, August 8, 2010

Cuma aku tak tahu

Salam.

Aku rasa cukup lama aku tidak kemaskini blog. Bukan rasa lah. Memang cukup lama. Bukan malas ke apa. Cuma aku tiada idea nak tulis apa. Pernah aku tulis dua tiga perenggan kemudian padam dan offline. Agak tertekan jika tiada idea.

Dahulu rajinlah tulis-tulis. Yelah membaca pun banyak. Banyak la idea yang datang. Hendak mengarut pun tidak keterlaluan.

Sekarang ini membaca pun kurang. Setakat mengira petak-petak lantai. Kadang-kadang mengira cicak-cicak di syiling. Biasalah orang yang bekerja macam aku selalunya akan buat kerja-kerja macam tu. Otak ni pun tak berkembang.

Aku selalu terfikir bagaimana cara untuk mengembangkan otak ini. Bila otak berkembang pasti banyak idea-idea yang bernas datang. Aku ada terniat untuk tanya manusia-manusia di luar. Tetapi aku malu. Mungkin cara melontar di alam maya dapat memberikan aku kepastian.

Walaupun aku rasa macam sial juga ayat aku sekarang ini. Aku tidak akan berpatah balik. Tidak mahu aku menggunakan button backspace untuk memadam. Jadi biarlah yang sudi memberi pendapat yang bernas membuat keputusan. Kadang-kala komen seseorang itu boleh menunjukkan tahap kepandaian atau keseriusan seseorang dalam satu perkara.

Sempena hendak dekat puasa ini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua umat islam. Terutama kepada yang berpenyakit gastrik. Bukan apa. Cabaran kita besar. Harap-harap berjayalah semua berpuasa sampai habis. Yang tahun lepas tu tak habis puasa harap tahun ini habislah.

Dan tak lupa kepada yang berniaga. Semoga murah rezeki di bulan penuh berkat ini. Dan dan menguatkan diri dari godaan nafsu. Jangan pergi menyorok belakang stor pula ya. Tahulah line clear dekat situ.

Baiklah, teringin betul aku mengucapkan ini, 'SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL-MUBARAK'.


"pakcik balik yo.."

Thursday, July 29, 2010

Cakap sedikit

Hai semua...!

Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang selama ini (perasan). Sebenarnya aku sibuk bekerja untuk mencari duit. Kerja yang aku lakukan adalah seperti mengepam tayar kereta api, mengira bulu biri-biri, dan sebagainya.

Sekarang sudah banyak duit yang aku dapat. Terus terang aku katakan aku bukan tidak mahu belanja kamu. Cuma aku malas sahaja.

Kamu tahu lah puasa sudah hampir. Aku sebenarnya mahu membuka perniagaan di bazar ramadhan. Sungguh malang sekali dahulu impian meniaga apam balik tidak kesampaian atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadi aku harap pasti menjadi impian membuka bazar ramadhan ini.


Jadi bagi yang duduk jauh dari bentong aku mahu menjemputlah membeli kurma, minuman, coklat di gerai aku. Bagi yang duduk dekat pula aku paksa kamu datang gerai aku beli. Siapa tak beli dia tak boleh raya.

Friday, July 9, 2010

Apa guna berumur tua?

Sejak umurku mencecah 21 tahun ini. Aku rasa fikiranku sudah matang. Sudah boleh bercakap mengenai kahwin. Cuma ada beberapa lagi rakanku yang aku rasa tidak cukup matang lagi. Kerana pisang sebiji sahaja mahu sampai bunuh-bunuh.

Sebenarnya umurku belum sampai 21 lagi. Sengaja beritahu sebulan awal. Aku bukan mahu minta hadiah atau apa. Aku tak minta kamu beri hadiah di alamat ini. 72,sungai marong. Oh baiklah, nampak sangat seperti mahu hadiah. Serius aku tidak mahu hadiah dari kamu. Jika kamu beri, aku tidak akan menerimanya. Aku akan pulangkan semula sampulnya sahaja.

Mengikut otak kiriku yang berkata. Aku sudah boleh berkahwin. Umurku sangat secocok dengan lisa surihani. Jangan berkata apa-apa lagi. Alahai perbezaan umur hanyalah angka. Jodoh hanya tuhan yang menentukan. Nampak tidak aku berpeluang mengahwini lisa?

Tetapi otak kananku memberi pendapat yang berlainan. Aku lebih selamat jika berkahwin dengan janda. Cuma perlu pastikan janda itu kaya. Bukan kerana aku mahukan harta dia. Tetapi mahu pastikan dia ada wang untuk aku. Jika kamu perasan, wang dan harta adalah perkara yang hampir sama.

Setelah difikir-fikir semula. Sebenarnya aku masih tidak boleh berkahwin. Bukan disebabkan kerana aku tidak mempunyai kerja tetap. Duit masih boleh dicari. Tetapi aku lebih mementingkan anak-anak. Aku mahu pastikan kewangan aku kukuh. Bermakna aku perlu ada kerja yang tetap dahulu sebelum berkahwin. Baiklah. Sekarang aku rasa sudah cukup matang.

Friday, July 2, 2010

Mahu jadi jutawan?

Mula-mula rasanya banyak idea hendak tulis. Tapi bila dah mula menaip pagi-pagi ni tiba-tiba rasa idea hilang. Jadi terus off9 dan tidur. Okay pedaah. Aku tulis juga. (aku tidak faham kenapa offline disamakan dengan offnine).

Semakin hari aku rasa hidup semakin sunyi. Rasa sungguh sepi sekali. Mungkin sebab aku tiada isteri. Jadi semalam telah mengajak seseorang berkahwin. Dia tolak. Aku tidak faham mengapa. Orlando Bloom dengan aku bukanlah jauh beza. Cuma dia(Orlando Bloom) berkulit gelap sedikit dari aku.

Sekarang ini aku gigih mencari rezeki untuk masa depan anak-anak. Walaupun aku masih belum mempunyai anak. Malah belum berkahwin juga. Tapi aku telah menyimpan wang sedikit demi memikirkan masa depan. Teringat kata-kata seorang pakcik,

" Awak mesti ada target untuk masa depan. Sekurang-kurangnya setiap pendapatan kita mesti simpan 30peratus. Dalam umur 40tahun sepatutnya simpanan kita sudah ada rm500 ribu. Dan mencecah 50 tahun kita sudah menyimpan sebanyak 1 juta. "

Okay, fine!

Bila buat kira-kira.

Mungkin nuffnang aku boleh capai target ini. Sebulan nuffnang sudah dapat rm0.05. Jadi dalam masa 50tahun lagi nuffnang sudah mencapai rm0.05 x 600bulan = rm30.00.

Okay rm 30.00.

Simpan saja hasrat 50 tahun menjadi jutawan.

Iya-iya baiklah aku faham. Mengumpul duit nuffnang memanglah tidak segigih mana. Hendak diharap dengan blog yang pemalas ini tidak boleh mencapai target.

Jadi sekarang aku sudah menjadi seorang buruh binaan. Tugas aku membuat buruh semasa binaan. Eh tidaklah. (hanya bergurau). Kerja aku membuat papan lantai. Menampal papan lantai. Memasang skirt pada dinding. Dan sebagainya. Dan bermakna bertambah sibuklah aku. (ini serius).

Dan iya, ini juga sebab aku tidak boleh update selalu selepas ini. Baik. Pasti menjadi jutawan pada usia 50.

Saturday, June 26, 2010

Saja nak beritahu

Aku ada sebuah blog. Namanya about aku. Tapi sayang blog itu sudah lama tidak update. Aku sudah berkali-kali menyuruh tuan blog itu mengupdate. Ada saja alasan dia tidak mahu update.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim bola. Ramai orang pergi menonton bola sepak. Okay baiklah. Bukan ini sebenarnya aku mahu beritahu.

Oh terasa kekok sekali mahu menaip. Sudah beribu tahun tidak menaip. Baiklah mari mulakan semula.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim tidur. Ramai orang (aku) asyik tidur sahaja. Baiklah sebenarnya aku sekarang sudah berada di perbandaran bentong. Hampir beberapa hari yang lalu aku sudah berada di sini.

Sukma sudah habis. Bermakna kerjaya sebagai sukarelawan juga sudah tamat. Aku sudah kembali menjadi penganggur. Huray mari bersorak!! (kecewa). Aku tidak mahu menganggur.

Aku masih lagi menunggu lesen perniagaan yang belum diluluskan. Benarlah kata orang tua, penantian satu penyiksaan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Oh tiada idea mahu memberi pepatah, jadi beri sahaja yang terlintas di fikiran.

Baru-baru ini aku telah berpeluang jumpa kawan-kawan lama. Sungguh terharu sekali. Rasa mahu menangis sahaja. Bila fikir sudah besar. Tidak jadi nangis.





Oleh kerana aku sangat rajin. Jadi letak dua keping gambar sahaja. Reunion sekolah rendah. Masa kecil aku tengok mereka ini semuanya ada hingus. Sekarang sudah tukar jadi tahi hidung. Oh maaf kerana berterus terang.

Sangat gembira kerana dapat jumpa mereka semua. Terharunya. Oh gembiranya. Rasa mahu jumpa lagi jika ada peluang. Oh sungguh berbunga sekali ayat ini. Tolong tampar penulis jika boleh.

Cukuplah sampai disini sahaja. Bimbang juga penulis bertambah mengada.

Saturday, June 12, 2010

Sukma Malaysia ke-13

Semua orang pernah ada rasa rindu. Begitu juga aku. Tapi ini bukan pada bayangan yant tidak pasti. Ini rindu kerana sudah lama tidak update blog. Aku mempunyai niat untuk mengupdate blog setiap hari. Tetapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Niat aku mahu mengupdate blog setiap hari tidak pernah kesampaian.

Setiap hari pasti ada perkara mungkin akan membuatkan seseorang itu berasa sibuk samada secara sengaja atau tidak sengaja. macam aku sekarang ini. Sibuk sahaja akan datang. Fuh kemain lagi aku menerangkan tentang kesibukan aku.

Sebenarnya aku sekarang telah mendapat pekerjaan. HOYEAHHH HOYEAHHH!!
Aku sekarang berada di SUKMA MALAYSIA KE-13 di Melaka. Aku berjaya menjadi sukarelawan. Hari itu aku pernah hampir kecewa kerana penyertaan aku mungkin telah penuh. Tapi tiba-tiba mendapat panggilan lewat pukul 2 pagi dari pejabat katanya ada lagi kekosongan untuk sukarelawan.

Punya semangat aku hendak bekerja. Apam balik ditinggalkan. Pukul 3 pagi bergerak dari bentong ke Melaka berseorang diri. Sampai dah dekat pukul 6.

Esok akan bermula perlawanan-perlawanan dekat stadium hang jebat. Aku pula bekerja dekat stadium ini. Jadi mungkin akan lebih sibuk lagi. Sekarang ini mungkin telah mencuri masa bekerja.hehehe

Malam ini adalah perasmian SUKMA. Jadi mari sama-sama datang ke stadium untuk memeriahkan suasana. Sesiapa tak dapat datang boleh jumpa aku dekat dalam media massa.

Friday, June 4, 2010

Mak saya

Sekarang ini zaman sudah berubah. Dunia sudah maju. Lihat sajalah sekejap sahaja boleh cari kawan yang sudah beribu tahun tidak jumpa. Buka sahaja facebook dan taip nama sekolah atau nama kawan kita sudah boleh jumpa mereka sekelip mata. Lebih canggih lagi boleh letak gambar masa sekolah dulu-dulu sampai kita sendiri lupa rupa sendiri.

Atas dasar kemajuan ini nampaknya mak aku sendiri telah membuka facebook beliau. Oh nampaknya selepas ini tak boleh mengorat anak dara lagi. Karang tak pasal-pasal kena maki dengan emak melalui komen facebook. Tambah-tambah lagi emak terus mahu add anak dara tersebut. Matilah aku kalau begini.

Jadi aku rasa perlu bagi aku untuk mengubah sikap aku. Mungkin selepas ini tidak mengorat anak dara lagi. Janda tidak mengapa. Nampaknya kepada anak-anak dara silalah kecewa. Seorang jejaka comel telah menarik diri dari kegiatan yang sangat berbahaya ini.

Seharusnya aku menjadi insan yang lebih baik. Jadi jemputlah kenduri doa selamat ke rumah aku. Tempatnya di bentong. Cuma waktunya tidak pasti lagi.

Oh ya, mahu beritahu. Aku akan membuka sebuah gerai apam balik. Sesiapa ada cadangan mahu memberi nama yang baik untuk gerai aku. Sila beri cadangan di komen. Jika ada apa-apa soalan, sila tanya di formspring.

Tuesday, June 1, 2010

Impian tinggal impian

Semakin hari semakin rajin. Binatang apa bapa rajinnya update blog. Tidak pernah serajin begini. Mahu sahaja aku berterus terang duduk di rumah memang bosan jika tidak bekerja.

Niat mahu bekerja memang ada. Aku sudah bergerak ke Melaka pagi tadi mahu menjadi sukarelawan sukma. Segunung tinggi harapan aku bawa ke stadium hang jebat. Sampai di sana hancur berkecai musnah jua akhirnya apabila impian tidak tercapai. Sukarelawan sudah penuh. Hanya mampu menulis borang dan menunggu nasib jika ada kekosongan.

Aku tidak berputus asa. Lalu pergi ke bandar hilir meminum cendol. Apakah motifnya? Bukan mahu bekerja di gerai cendol. Tetapi sekadar mengeringkan tekak yang kehausan.

Sejurus itu melangkah ke a famosa. Menghabiskan masa di atas sana. Terpancar bangunan yang diperbuat dari batu-batu yang pastinya keras. Jika tidak percaya boleh cuba hentak kepala di batu itu. Lihat sendiri keras atau tidak.

Lalu pulang dengan seribu bayangan. Terbayang-bayang modal mahu bekerja sudah habis. Jadi terpaksa cari kerja lain. Aku mahu tawar dekat kamu. Siapa yang boleh beri aku kerja, aku beri dia upah sehari rm10k. Siapa sudi?

Monday, May 31, 2010

Motif tidak diperlukan

Pernah tidak semasa kamu semua mahu memulakan penulisan kamu jadi begini. Kamu menulis dan memadam berulang kali. Inilah yang terjadi dekat aku sekarang.

Tadi bukan main macam-macam dalam kepala mahu cerita. Apabila mahu menulis tiba-tiba rasa tak tahu mula cerita bagaimana. Jadi memulakan cerita dengan perkara yang tidak berkaitan. Dan bakal berakhir dengan cerita yang menyimpang.

Sebenarnya aku sekarang tidak boleh tidur. Tadi semasa tidur aku telah diserang dengan raksasa berwarna biru. Rupanya sangat menakutkan. Bertubuh sasa. Bilangan yang banyak. Dan menyerbu rumah sewaku.

Seingat aku, aku bersama-sama kawanku sedang sibuk berhibur di dalam rumah. Ada yang menari-nari. Ada yang bergurau-senda. Ada yang bercerita pelik. Tiba-tiba datang raksasa itu dengan mengejut.

Kawan-kawanku bertempiaran lari. Dengan tidak berbaju dan berseluar tetapi hanya berboxer lari masuk ke rumah jiran. Ada yang bersembunyi di dalam almari. Rupanya di dalam almari ada terowong rahsia ke bilik kecik. Pasti raksasa tidak boleh menjumpai jika menyorok di dalam nya.

Akhirnya setelah sekian lama menyorok. Aku berasa sudah selamat. Lalu terjaga dari tidur. Sedar-sedar badan sudah berpeluh-peluh. Memang seperti kejadian sebenar. Sangat menakutkan.

Jadi apa motif aku cerita ini semua. Sengaja mahu menghabiskan masa kalian. Jadi sesiapa yang terasa masa sudah dihabiskan dengan sia-sia, aku mengucapkan padan muka. Jasamu dikenang.

Sunday, May 30, 2010

Balasan buat poker

Terasa sungguh cibai sekali hari ini. Bermain poker dengan kekalahan. Ah sungguh kalah. Mahu melepaskan kemarahan di blog.

Poker adalah macam sial. Telah menghabiskan masa aku mengumpul duit dengan banyak. Tetapi dengan senang dihabiskan oleh mamat salleh yang berlagak hot. Sudah lah gambar pakai towel. Buka-buka pula towel sambil pusing ke belakang kamera. Ingat hot sangat lah buat macam tu. Towel sudah lah bernajis. Sekali kena sula dengan kain towel baru tahu.

Setelah lama aku bersusah-payah mengusahakan perniagaan poker. Akhirnya hari ini perniagaan sudah jatuh. Tidak boleh bangun lagi. Iya memang modal tidak banyak. Cuma 700k sahaja. Tetapi bila sudah kalah dan tinggal 20k, memang terasa amat bengang sekali. Rasa mahu bakar sahaja laptop ini. Bila memikirkan laptop tidak bersalah, terus bertukar niat mahu membakar sampah di belakang rumah.

Pernah satu hari menghabiskan masa selama setengah hari bersamaan 12 jam mengadap poker. Keuntungan tidak banyak kerana bermain sedikit-sedikit. Tidak kisah kerana dapat juga keuntungan walaupun tidak banyak. Tetapi apabila sudah kalah terlalu banyak ini memang tidak dapat menerima. Gila ke apa penulisan pun sudah tumbang terbalik.

Sudah poker. Sudah. Pergi kau dari hidup aku. Jangan kau berani lagi menjeling-jeling denganku. Kau ibarat melepaskan kambing tercekik. Bagai razman lupakan kambing. Kemana perginya janji. Mana pergi semua janji ah.

Selamat tinggal poker. Pergi kau dan jangan kembali lagi. Aku tidak lagi memerlukan kau. Kau poker. Kau bikin aku pokai. Poker.. fak-tap! (rujuk fak-tap)

Thursday, May 27, 2010

Niat tidak kesampaian




oh yeahh ♫♫

Aku hanya ada masa beberapa minit. Terasa sungguh penat kerana sudah berniat mahu menaip panjang. Tetapi masa tidak mengizinkan. Aku sekarang berada di kedai makan tetapi bukan untuk makan. Paham tidak?

Badan masih tidak cukup rehat. Semalam 5jam atas motor sudah cukup membuktikan buntutku bukan sebuah besi. Masih terasa kesakitan seperti menikam dada. Belum sempat rehat lima minit dekat rumah, rakan yang gila sudah panggil. Mengajak aku ber camping.

Aku menggunakan prinsip ikut sahaja apabila rakan sudah mengajak begitu. Jika diikut kata hati, hendak sahaja dicarutkan. Tetapi mulutku memberi amaran janganlah suka mencarut. Nanti mesti suka mencarut. Padan muka tidak faham.

Semalam niat berkobar-kobar mahu update blog. Mahu beritahu aku sudah sampai bentong desa tercinta. OH YEAHHH ♫♫!! Sudah habis diploma!! Mari berjimba-jimba!! Mari berfoya-foya~~ Mari berkeluarga....

Oh tetapi apakan daya. Belum sempat kerusi di rumah panas akibat dihempap, aku sudah bersiap-siap memergikan diri ke camping. Puas tidak puas. Pasti puas hati. Bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh puas hati.

Perjalanan ke camping semalam ambil masa 30minit menaiki kereta. Dan 45 minit berjalan kaki. Nampak tidak puas hati itu. Tempat memang cantik. Sungguh hutan. Sunggu airterjun. Lata Hammer nama diberi. Sungguh indah bak bulan dipagar bintang. Suasana yang oh cantik. Tetapi malang seribu kali oh malang. Tiada gambar kerana handset kehabisan bateri. Manakala karen juga tiada untuk mengecas bateri. Oh tidak lupa. Charger juga tidak dibawa.

Oh sangat penat hari ini. Badan sudah terasa bengkang-bengkok. Walaupun nampak tipu, tetapi itu adalah kesan daripada penat. Aku bersyukur kerana dapat update blog lagi. Penat itu hanyalah sementara. Jangan biarkan penat itu menghantui diri. Boboi~

Tuesday, May 25, 2010

Bukan kalis rindu




Tiba-tiba terajin pula untuk update blog. Perasaan ini sangat bertuah kerana bukan senang untuk berperasaan seperti ini.

Aku rasa mahu membebel hari ini. Peduli hapa siapa mahu kisah. Sebelum itu aku mahu mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua budak poli yang baru habis peperiksaan akhir termasuklah diri aku sendiri. Kita merasa sangat bertuah kerana berjaya mengecapi kemerdekaan.

Sudah terang lagikan bersuluh, aku sekarang ini bakal menjadi pengganggur jika tidak mencari pekerjaan. Demi tidak menjadikannya kenyataan, aku akan mencari pekerjaan sendiri. Hendak diharap cadangan dari entri lepas memang tidak boleh diharap.

Nampaknya begitu ramai yang mencari peluang pekerjaaan sekarang ini. Hendak diikut hati, pasti mati. Hendak diikut kata, pasti binasa. Aku pun tidak pasti apakah kaitan peribahasa ini dengan topik sekarang.

Apa yang penting ialah kerjasama. Jadi mungkin aku patut cuba mengambil masa beberapa hari untuk berfikir apakah pekerjaan yang mahu dimohon. Terasa sudah sangat lama belajar hidup susah di poli. Ini benar, hidup sebagai pelajar umpama nyawa di ujung tanduk. Sangat susah dah mencabar.

Kadang-kadang dalam sehari hanya makan sekali. Sangat bahaya. Nyawa sudah seperti ikan. Nasib baik sempat, kalau lebih lama pasti sudah mati kebuluran. Lebih membahayakan lagi nyawa ialah ketika meniru dalam peperiksaan. Nyawa juga hampir-hampir menemui ajal.

Selama tiga tahun aku menghabiskan masa di dungun. Keadaan yang tidak sedar. Seperti baru sahaja lepas mendaftar poli semalam. Muka bersih, suci, murni pergi mendaftar dekat dewan. Tapi sekarang jadi tidak bersih, tidak murni, dan tidak suci. Sungguh bercanggah sekali.

Itu tidak mengapa. Mungkin adalah perubahan dari persekitaran yang membuatkan kita lebih matang bagi melalui liku-liku hidup. Diharap kenyataan ini tidak lari dari topik sebenar.

Sebenarnya berasa agak sedih juga mahu meninggalkan kawan-kawan. Pasti perasaan rindu akan datang. Apa boleh buat, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Jika ada masa pasti dapat berjumpa kembali.

Jadi mahu mengambil peluang disini mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua manusia dalam bidang masing-masing. Jangan fikir bukan-bukan. Ini adalah serius.

Thursday, May 20, 2010

Kerja kosong



Mood berblogging sekarang sudah kurang. Hendak berjalan blog pun sudah malas. Aku tidak lagi digelar blogger tegar. Mungkin digelar facebooker tegar. Facebook 24 seven online. Tapi kesian dekat blog sorang-sorang merenung masa depan.

Tinggal beberapa hari lagi aku akan menamatkan peperiksaan akhir. Hari isnin ini adalah yang penghabisan. Lepas ini tiada lagi angin dungun. Tiada lagi asap dungun. Tiada lagi dungun. Tiada. Angin bentong pula akan menjadi makanan harian.

Ah terasa kekok sekali menulis blog. Macam serabai sahaja. Tak mengapa. Siapa lagi mahu membaca blog sarap ni.

Semalam terasa begitu bosan. Mencari idea untuk masa hadapan. Aku mungkin mempunyai cuti yang panjang selepas ini. Jadi tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang. Mahu mengambil masa dengan bekerja.

Jadi apa agaknya kerja yang ada. Tak kira kerja apa. Asalkan tidak membuang masa begitu sahaja. Aku akan bekerja. Jual burger lagi? Atau roti canai. Atau sesiapa ada kerja kosong. Boleh rekemen dekat aku. Aku setia menunggu.

Ceh dasar pemalas. Tunggu kerja datang. Aku bukan malas. Tapi belum masanya lagi untuk mencari. Sekarang tengah usa-usha dulu kerja apa mahu bikin. Jadi sesiapa ada dengar-dengar kerja kosong untuk lelaki sila maklumkan dekat aku. Kerjasama amat dihargai.

Friday, May 14, 2010

Thomas vs Exam




Pelik benar jika aku beri resepi pada entri lepas. Macam makcik-makcik pula. Tetapi apa mahu buat. Niat murni mahu berkongsi sedikit ilmu datang dalam diri. Apa salahnya dicurahkan sedikit ilmu itu.

Sebagai seorang pelajar cemerlang aku tidak cukup suka keadaan ini berlaku. Bayangkan musim peperiksaan kali ini bertindihan dengan perlawanan piala thomas. Sudah pasti aku tidak banyak mengulangaji pelajaran, sebaliknya banyak mengulangkaji permainan badminton.

Demi menjaga hati negara Malaysia. Aku terpaksa untuk memberi diriku masa. Aku tidak menghampakan Malaysia dengan tidak menonton setiap perlawanan badminton. Bermakna setiap peluang yang ada akan digunakan untuk menonton sambil bersorak di hadapan televisyen.

Habis menonton badminton teruskan lagi dengan menonton cerita-cerita p.ramlee. Sudah tonton mahu tonton lagi. Itulah filem p.ramlee. Seperti meminum tongkat ali, "cuba sekali, pasti nak lagi".

Sudah puas menonton, melepak pula bersama kawan-kawan di kedai kopi, teh, dan pelbagai lagi air lain.

Bila sudah melepak dengan budak-budak jahat. Hensem pun sudah boleh dibahagi. Pertama, hensem yang sebenar-benar hensem. Kedua, hensem pada harta. Ketiga, hensem tetapi miskin. Dan keempat hensem pada kata-kata.

Selalunya hensem yang sebenar hensem adalah selalu menjadi tarikan para gadis. Hensem pada harta pula akan tertarik oleh gadis cukur. Hensem tidak harta adalah bernasib malang kerana hensem tidak cukup untuk membawa gadis keluar. Sebaliknya bagi hensem pada kata-kata dapat sahaja membawa keluar gadis oleh kerana ayat yang manis. Rupa paras tidak penting ketika ini.

Terlalu banyak cerita kedai kopi. Pukul 5 pagi baru pulang ke rumah. Niat murni mahu mengulangkaji pelajaran terbatas. Selepas ini Malaysia bertemu China pula. Terpaksa berkorban untuk Malaysia lagi. Harapkan Malaysia melepasi peringkat akhir.

Oh sebelum terlupa. Doakan kecemerlangan aku untuk peperiksaan kali ini. Hari selasa sudah mula peperiksaan. Doa-doa juga. Studi jangan lupa. Pesan aku kepada rafiq.

Monday, May 10, 2010

Membuat roti canai resepi kawan



Hari ini aku mahu memberi resepi membuat roti canai. Nampak tidak muka aku yang tersenyum ini mahu berkongsi. Kamu tahu lah beberapa hari lalu aku membuat roti canai. Boleh tahan juga masakan aku. Boleh jadi chef two selepas ini.

Resepi ini aku belajar semasa aku mengembara suatu masa dahulu. Ada seorang mamat myanmar yang mengajar aku. Jadi aku mahu memberi nama roti canai ini ialah roti canaimar. Sedap bukan? Macam roti canainya juga.

Baik ini resepi membuat 1kilogram roti canai.




ROTI canai

Bahan:

1 kg tepung
600 ml air
1 biji telur
2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan mentega


Kaedah:

1. Sediakan bahan.
2. Larutkan garam,gula, susu,mentega, dan telur dalam air.
3. Pada pengadun masukkan tepung dan tuangkan dalam air tadi sedikit demi sedikit.
4. Adunkan hingga lembut dan halus.
5. Buat menjadi bola kecil.
6. Sapukan dengan marjerin dan disimpan untuk minimum 2 jam. Semakin lama semakin baik. Cadangan dibiarkan semalaman dalam peti ais.
7. Tuang beberapa minyak dan margarin di dalam mangkuk.
8. Sapukan meja dengan sedikit minyak.
9. Mula menebar roti.
10. Tarik sisi adunan untuk mendapatkan lembaran tipis.
11. Akhir sekali simpan dalam bekas untuk frozen. Atau sebaliknya, goreng dengan sedikit minyak.


Okay ini sahaja untuk kali ini. Jika ada apa-apa masalah dan tidak faham, jangan disini. Tanya di formspring saya. Terima kasih.

Saturday, May 8, 2010

Banyak cakap banyak salah


Selaku tukang masak sosej aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada budak-budak yang telah menjayakan acara babique tadi. Masakan mereka semua memang tidak boleh disangkal lagi kesedapannya. Ternyata tukang masak sosej paling berjaya dalam bidangnya.

Percutian hari minggu kali ini banyak dipenuhi dengan aktiviti menghiburkan. Acara hari minggu diikuti dengan nyanyian karaoke bersama-sama makcik. Walaupun makcik tidak menyanyi, kehadiran menjayakan program amat dihargai. Diharapkan lebih banyak lagi acara yang boleh beliau jayakan.

Kali ini mungkin tidak cakap banyak. Kata orang dolu-dolu, makin banyak cakap makin banyak salah. Jadi kurangkan percakapan demi pengurangan kesalahan. Beberapa hari lalu seorang mamat telah terasa dengan percakapan aku. Niat bergurau menjadi punca ketegangan di facebook. Jadi kurangkan juga bergurau demi pengurangan ketegangan.

Baiklah tiada apa hendak cakap lagi. Susah juga mahu bercakap. Tidak bercakap mungkin lebih baik.

Tuesday, May 4, 2010

Sempena dua ratus


Selamat hari jadi yang ke 2 ratus untuk entri aku yang ke-200. Sempena ini aku ingin menyatakan bahawa blog ini sudah tua. Rupanya seperti kura-kura yang boleh hidup dua ratus tahun. Maknanya umur dua ratus tahun blog ini lebih tua dari umur manusia biasa. Jadi mari kita kira berapa banyak dua ratus disini.

Baru sahaja tadi aku melangsungkan bercakap untuk muet. Kalau hendak diikutkan orang akan panggil sebagai speaking. Boleh tahan juga soalan dia tadi. Soalan senang lenang bak bersila di atas katil. Tetapi apabila mahu mula bercakap tiba-tiba penyakit tekak datang. Terlalu banyak 'em-em'. Itu sebenarnya ketika tekak berasa gatal-gatal.

Satu-persatu masalah sudah selesai. Tidak perlu fikir lagi tentang itu. Sekarang tumpuan kepada yang lain. Masalah lain akan datang lagi. Apakah masalah itu? Adakah masalah besar? Kau tidak perlu tahu, bukan masalah kau. Biarlah aku sendiri yang menanggung masalah ini. Ceh hak tui.

Masih lagi aku teringat. Semalam baru menjawab ujian. Sangat senang hati bak menghiris bawang merah. Eh menghiris bawang susah juga nanti boleh pedih-pedih mata. Baiklah sangat senang hati bak menyedut angin. Pensyarah benarkan meniru. Bak kata pensyarah, " saya tak kisah awk meniru, janji awk buat sendiri ".

Aku membuat kesimpulan melalui perkara yang tersimpul ini. Kita harus meniru untuk membuat ujian. Sekian dari aku. Majulah tiru untuk ujian.

Saturday, May 1, 2010

Entri jiwang bentong


Tangan terketar-ketar kali ini apabila mahu menulis. Maklumlah sudah lama tidak menulis di rumah sendiri.

Alamak sudah terkantoi disitu aku berada di rumah. Buat pengetahuan semua aku sekarang berada di bentong desa tercinta. Tidak lah asyik terperap sahaja di dungun desa terseksa.

Sudah lama tidak mendengar kejutan pagi. Biasanya duduk di rumah sewa tidak ada kejutan pagi. Maksud kejutan pagi disini ialah ketika aku sedang nyenyak tidur pasti ibubapa mengejutku untuk bangun subuh. Masa inilah biasanya akan terkejut dan terus bangun kerana trauma dengan peristiwa mengibas sejadah di muka.

Bentong masih tidak berubah. Air sungai tenang mengalir di halaman tamanku. Kanak-kanak leka bermain di tengah panas sambil meminum air 5 posen. Budak cina itu masih mengayuh basikal seorang diri di sekitar sungai marong.

Cuma perubahan yang ketara aku lihat ialah anak muda yang berselerakan di pasaraya VM itu. Masih muda remaja tetapi sudah pandai bergaya. Ada yang bawa makwe lagi. Semuanya kecil-kecil cili padi. Kalau digigit pasti berapi.

Walau apa pun terjadi di bentong. Aku tetap cintakan bentong. Tanah tumpah darahku. Takkan hilang bentong di dunia. Jika hilang pasti mustahil. Okay dah mengarut.

Kepulangan kali ini pasti digunakan sebaiknya untuk berehat. Terutama yang sedang mengambil peperiksaan. Selamat berehat semua.

Tuesday, April 27, 2010

Semester akhir politeknik


Hari berlalu begitu laju. Masa juga berlalu begitu pantas. Aku tidak sedar aku sudah berada pada semester akhir dekat politeknik sultan mizan zainal abidin. Nama hendak penuh sahaja aku letak. Nampak sangat bangga dengan poli kesayangan. Banyak pengalaman aku perolehi semasa berada di semester akhir.

Aku baru sahaja lepas membuat persembahan projek akhir beberapa hari lalu. Dan hari ini baru aku rasa tenang sedikit kerana boleh tidur dengan lama. Biasa aku tidur 5 saat sahaja, hari ini dapat tidur berjuta-juta saat.

Selama hampir dua tahun aku tidak belajar matematik. Jadi sesiapa yang bertanya soalan matematik mungkin aku akan mengambil masa dua tahun untuk berfikir. Tetapi lama-lama ini (ayat ditukar daripada baru-baru ini), aku ada belajar matematik sedikit. Sedikit sahaja tak banyak.

Pensyarah bahasa inggeris aku mengajar. Satu tambah satu sama dengan tiga. Dalam tulisan lazimnya adalah seperti ini.. 1 + 1 = 3.. Bagi orang biasa, 1 + 1 = 2. Tetapi bagi orang yang berfikiran kreatif, jawapannya adalah tepat kerana 1 lelaki + 1 perempuan = 1 anak. Mungkin ini sahaja maklumat terakhirku tentang matematik.

Sedar tak sedar detik itu kembali dan kita ulangi ♫♫. Oh aku menyanyi pula. Baiklah, sedar tak sedar, lagi tiga minggu aku akan menduduki peperiksaan akhir. Bermakna lagi tiga minggu aku akan menghabiskan diploma. Dan lagi tiga aku akan hidup tenang. Dan lagi tiga juga aku akan berkahwin. Oh kenyataan terkahir mungkin tidak benar.

Kenapa terasa hari ini panjang gila mengarut. Sudah lah. Aku mahu tidur sebentar. Katanya sebentar lagi ada makan-makan percuma. Oh satu pengalaman baru untuk semester akhir. Selamat malam semua.

Saturday, April 24, 2010

Aku rasa nak update


Aku baru balik dari ambil periksa muet. Apa itu muet. Muet ialah Malaysian University English Test. Tahu, tahu aku lambat sedikit. Tidak mengapalah lambat sedikit pun. Orang tua cakap biar lambat asalkan tidak laju.

Periksa tadi senang saja. Cuma setengah kertas soalan saja tak boleh jawab. Sebab nya ialah senang sangat sampai tak boleh jawab.

Ujian pendengaran juga mudah saja. Percakapan dapat dengar dengan jelas. Dan aku berjaya. Ya, berjaya mendengar. Tapi suatu habuk pun tidak faham. Jadi aku terus berniat, 'sahaja aku tembak kerana tak tahu jawab'.

Oh aku harap semuanya berjalan lancar. Lepas ini ujian bercakap pula. Harap-harap suara ada masa bercakap nanti.

Dah siap update..!

Wednesday, April 21, 2010

Sekadar luahan


Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau sesukar mana perjalanannya, walau sesukar mana liku-liku. Hidup ini mesti diteruskan. Biarkan yang berlaku terus berlalu. Biarkan yang terjadi tidak berulang lagi.

Aku cuba bangkit dari mimpi yang panjang. Mengejar kembali yang sudah kulewati. Bukan mengangkat kata, 'oh biarlah perkara sudah berlaku', tetapi berpegang pada, 'gagal sekali bukan bererti gagal selamanya'.

Teringat kata-kata sang pujangga, semalam dijadikan pengalaman, hari ini merupakan perancangan, dan esok menantikan jawapan. Bukan kerana hari ini engkau kecundang, esok tiada lagi peluang buat kau.

Aku cuba memahami diri. Aku cuba memahami situasi. Supaya aku dapat mengawal diri. Dari perkara menyakiti tubuh ini. 'Sabarlah, ambil masa untuk bertenang'. Aku percaya pada diri. Supaya dapat perbaiki lebih baik lagi.

Oh sekadar kata-kata penenang hati. Dari sang penulis yang hilang keyakinan. Tidak mahu terus terbeban. Kujadikan ia satu luahan. Di dalam satu landasan. Yang dicipta tanpa tujuan.

Saturday, April 17, 2010

Projek akhir


Tinggal beberapa hari lagi aku akan mempersembahkan projek akhir. Terima kasih kepada yang telah banyak memberi idea dan nasihat mahupun carutan kepada Sistem Sewa Kereta aku dan rakanku. Oh tahie. Bahasa sungguh mulia hari ini. Tidak mengapa.

Hari rabu ini merupakan penentuan untuk segala penat lelah aku selama 18tahun untuk menyiap projek aku ini. Tiadalah tipu sahaja. Sebenarnya hanya 4bulan. Tapi bagi menunjukkan projek ini sangat terasa lama aku mengatakan 18tahun. Ini kerana sangat sukar bagi aku dan rakanku untuk menyiapkan projek itu tahu.

Mengapa aku beritahu terlalu awal sedangkan projek itu belum siap sepenuhnya? Sebabnya ialah aku sengaja mengada hendak beritahu. Projek pun tidak siap lagi sebenarnya. Berkata-kata macam seperti ibarat umpama sudah siap sahaja bukan.

Tujuan aku menulis disini sebenarnya ingin mengucap terima kasih sahaja sebenarnya. Tetapi sudah melarat pula sehingga terberitahu projek itu masih dalam proses. Tetapi tidak mengapa lah, orang tua-tua berkata, sediakan payung sebelum hujan. Oh sengaja beri pepatah tidak berkaitan supaya aku tidak terlalu rasa bersalah.

Sekian. Terima kasih Semua Budak-budak Yang Membantu Kami...<3<3<3...%^&%^&*@#$%

Friday, April 16, 2010

Budi yang baik dikenang jua


Sepatutnya aku tiada masa lagi berblog sekarang. Semua budak sem akhir tengah sibuk dengan projek akhir. Okay selamat tinggal blog.

Tapi sebelum tu aku nak cakap sikit. Tadi masa aku bukak blog karut ni, aku perasan message dari cik hel dekat tepi. Ada guna juga rupanya chat box tu. Dia bagitahu aku ada cerita pasal aku.

Mula-mula teruja juga sebab ada juga yang menilai blog karut aku. Selepas itu aku lagi teruja sebab aku kena jodohkan dengan minah indon mana entah. Bagilah maya karin atau yasmin hani. Baru lah aku tak teruja sangat.wakaka

Apa yang aku nak terangkan disini ialah dia beritahu aku ni boleh tahan hensem. Pertama kali orang puji aku hensem. Okay tu je yang aku suka. Yang lain aku rasa macam hendak hentak kepala di dinding. Rupanya ada yang lebih karut dari aku.haha

Terima kasih cik karut sebab buat entri karut. Ada ubi ada batas. Lain kali aku balas. jeng jeng jeng

Okaylah nak sibukkan diri dengan projek akhir. Selamat tinggal blog.

Wednesday, April 14, 2010

Bot santai

Salam

Aku hampir lupa siapa aku.

Tadi sedang aku berjalan menghala ke dapur, kepalaku terhentak di dinding. Jadi sekarang percakapan aku tidak semulia dulu. Maaflah aku kurang sopan menggunakan panggilan aku tidak seperti sebelum ini.

Petang tadi kepalaku pening. Jadi memulakan hasrat untuk berjoging. Tapi hari ini ada pakej berjoging. Aku pertama kali dapat lihat permainan boat control semasa berjoging. Sungguh cantik permainan itu.







Masa menghabiskan waktu petangku yang seronok. Bot semua laju-laju. Kalah kereta formula 1. Ada yang sampai terbang beberapa saat di atas air. Okay pedaah.







Mari lihat lagi.

Dah puas menyantap mata dengan bot sexi boleh lepak dekat atas laman. Paling santai sekali dekat dungun.



Okay dah boleh balik.

Sunday, April 11, 2010

Makan beradab

Saya sungguh berbesar hati kerana dapat menulis lagi. Seribu penghargaan diberikan kepada internet kerana memberi peluang kepada saya untuk membuka garis (online) lagi.

Dalam perkembangan terbaru saya. Saya baru sahaja terlibat dalam aktiviti etika dan protokol. Di sana saya dapat belajar cara makan dan minum secara beradab. Penuh dengan kesopanan ketika saya makan dan minum semasa aktiviti itu.

Seorang makan dan seorang layan(service)

Sekarang ini juga saya sudah sopan. Tidak perasankah awak? Selepas ini sesiapa yang ingin makan dengan saya haruslah lebih bersopan kerana saya sudah sopan.

Oh tetapi ingat ya. Saya bukan seperti , "oreng puteh suka jage tepi kaen oreng" (dialog adnan sempit). Saya tidak kisah jika awak makan macam mana pun janji awak belanja saya. Hihihi. Sungguh sopan saya. Anak siapa lah ini. Macam mahu kena terajang sahaja.kah3

SOPANNYAA. hahaha hak tuih

Thursday, April 8, 2010

Kura-kura laju sebenarnya


Dulu masa gua darjah tiga cikgu pernah ajar gua. Kura-kura lebih lambat daripada arnab. Tapi bila lumba lari kura-kura yang menang. Sebabnya ialah kura-kura bijak. Kura-kura menggunakan banyak kura-kura untuk sampai ke garisan penamat. Jadi kura-kura lebih laju.

Hidup gua sekarang selalu lambat. Bangun pagi mesti berada dalam keadaan kelam kabut. Bak kata gua, hidup dalam kemenggelaparan. Gua menggelepar setiap kali hendak bersiap-siap ke kelas.

Pernah terdetik di hati gua untuk cepat. Tetapi mata gua seperti tidak boleh mengikut masa yang awal. Tabiat gua ialah gua akan bangun melihat jam pada handphone gua dan sambung tidur balik. Tapi jika waktu ke kelas tinggal tiga puluh minit, gua akan bangun terus dan bersiap.

Bagi pelajar macam gua yang mementingkan masa, gua akan mengambil masa untuk mandi hanya lima minit sahaja. Selebihnya akan gua gunakan untuk memakai baju, seluar, stokin, dan kasut. Masa untuk itu membuatkan gua menjadi lambat.

Jadi gua telah membuat perancangan. Upacara memakai baju, seluar, stokin, dan kasut telah membuat pelajar lambat ke kelas. Perancangan jangka masa panjang gua ialah gua ingin memansuhkan penggunaan baju, seluar, stokin, dan kasut ke kelas.

Maksud gua, pelajar boleh berkain pelikat ke kelas. Dan ini mungkin akan menyebabkan pelajar yang mementingkan masa tidak akan lambat ke kelas lagi.

Penggunaan perancangan ini samalah seperti kura-kura lebih laju daripada arnab. Berkain pelikat lebih laju dari berbaju seluar. Okay-okay tiada kaitan sebenarnya.

Wednesday, April 7, 2010

Hampa

Gua tak tahu kenapa gua lambat sangat. Dulu orang tengah sibuk-sibuk buat formspring, gua buat tak tahu je. Sekarang baru tiba-tiba gua rasa nak buat.

Tapi gua bengang. Apesal nama gua orang dah sebat dulu. Gua nak letak nama rafiq, tapi dapat rafio. Itulah gua sudah kata, gua lambat.

Lu nak tahu kenapa gua selalu lambat?

Lu nak tahu kenapa gua tak boleh cepat?

Lu nak tahu kenapa gua tanya lu?

Okay gua malas nak jawab dekat sini. Lu kalau nak tahu jawapannya, lu tanya dekat gua punya formspring. Konfem gua jawab.

FORMSPRING GUA

Monday, April 5, 2010

Kata ganti nama gua



Hari ini gua sakit perut. Gua rasa nak maki saja sekarang. Tapi orang tua gua kata tak elok maki-maki ni. Macam gua kecik-kecik dulu gua nak bahasakan diri gua dengan aku kau dengan adik beradik pun tak boleh.

" AKU NAK MAIN TENG-TENG "

" APIK, JANGAN CAKAP AKU NANTI JADI HANTU PAKU "

Lepas pada itu gua terus tak berani nak cakap aku dah. Gua panggil diri gua dengan saya awak saja. Gua memang takut kalau-kalau gua jadi hantu paku.

Sampai lah satu masa gua sudah tidak kisah. Seingat gua masa itu gua sudah berumur belasan tahun. Gua rasa tidak rock jika memanggil diri gua sebagai saya.

ini bukan paku tapi pucuk paku

Satu hari cikgu gua memarahi muridnya kerana berperangai macam hantu. Dia juga mengatakan kami seperti paku kerana perlu diketuk dahulu baru membuat kerja rumah.

" KAMU SEMUA NI MACAM HANTU. TAK BOLEH DUDUK DIAM. KENAPA TAK PADAM PAPAN HITAM NI LAGI? KAMU NI MACAM PAKU DENGAN PENUKUL. NAK DISURUH BARU NAK BUAT "

Gua membuat kesimpulan sendiri bahawa gua sudah bergelar hantu paku. Sejak pada itu gua tidak kisah lagi menggunakan aku sebagai nama gua.

Apa motif gua cerita pasal nama gua? Hari ini gua sakit perut. Gua rasa nak maki saja sekarang. Tapi orang tua gua kata tak elok maki-maki ni.

Sunday, April 4, 2010

Buat-buat basah ketiak



Fuh fuh.

Gua tengok dah berhabuk blog gua. Lama sudah rasanya gua tak singgah blog darahmalaya ni. Blog yang lain apatah lagi ya tak. So lu tak payah pelik lah kenapa gua tak terjah blog lu.

Baru ni gua balik bentong. Gua dah lama gila tak balik. Perasaan gua masa sebelum balik hari tu memang tak menyabar-nyabar. Gua rindu sangat dekat bentong. Gua pernah cakap walaupun gua rock, tapi gua ada rindu gak der.

Perasaan gua ni tak boleh tahan lagi sampai gua lupa nak bagitau lu. Gua ada masuk pertandingan badminton. Ala yang gua cakap sibuk sangat sampai penat tu. Jadi tak sia-sia la gua penat dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Alamak gua terpantun pulak. Maksud gua, tak sia-sia la gua penat dua tiga hari yang lalu. Peh skema jugak ayat gua. Bangga*

Meh sini gua nak tunjuk gambar gua. Gua paling serabai antara yang paling hensem. Lu pk la sendiri.


Lu agak gua ada tak dalam ni?


Player-player badminton memang kacak. Lu je tak perasan.


Gambar dengan lecturer gua. Macam kenal la lecturer tu?


Ni semua pemain jabatan gua. Lelaki perempuan dapat medal. Jabatan lain...aihh


Gua puas bermain. Lu jangan fikir bukan-bukan. Maksud gua bermain badminton. Gua rasa lepas ni gua nak berehat dari bersukan. Gua nak tumpu kepada pelajaran gua. Kalau hendak bersukan pun gua rasa setakat menyertai olimpik atau sukan sea sahaja. Eh tidak lah. Gua bergurau. Kalau bersukan depan rumah tu boleh lah kot. Macam orang-orang muda cakap, buat-buat basah ketiak.




p/s: gua merajuk dengan lu. kalau taknak cakap je taknak, jangan senyap je.

Tuesday, March 30, 2010

Gua tak tenang


Gua senang sekarang. Tapi gua ting tong. Gua nak bagitau lu ape guna ada blog.

Bagi gua blog ni tempat untuk gua cerita pasal gua. Gua tahu ada juga orang guna blog untuk cerita pasal orang lain, cerita pasal dunia lain, cerita pasal lain-lain. Tapi gua tak kisah. Blog gua ni hanya untuk suka-suka.

Gua nak bagitau lu gua seorang pelajar. Rutin seorang pelajar ialah bangun pagi, mandi, solat subuh, dan ke kelas. Balik kelas berehat, siapkan tugasan, dan tidur.

Tapi bagi pelajar macam gua, rutin gua lain sikit. Gua bangun pagi, mandi, solat, hisap rokok dan ke kelas. Balik kelas main badminton. Balik mandi sekejap dan keluar main badminton. Balik main badminton gua mandi dan tidur.

Macam tu lah rutin gua dua tiga hari ni. Gua rasa sibuk gila gua semenjak dua menjak tiga menjak ni.

Kadang-kadang gua rasa macam masa gua tak cukup. Gua ingat nak tambah masa lagi kalau boleh. Semua benda gua buat rasa terhad. Macam-macam gua buat.

Tapi yang gua pelik gua masih lagi boleh update blog. Gua rasa letih.

Gua nak berehat der. Gua rehat macam tak rehat. Tak feel bila gua berehat.


" Der, gua dah penaaat "

Friday, March 26, 2010

Cerita kedai kopi


Lu pernah dengar cerita kedai kopi? Gua tak pernah. Tapi gua pernah minum kopi. Sedap juga kalau buatan sendiri. Kalau pakai serbuk kopi cap ayam memang rasa macam ayam.

Gua ada satu cerita. Tapi bukan dari kedai kopi. Pernah gua dapat satu panggilan dari seorang kawan gua. Masa tu gua tengah tidur. Hajat gua nak buat-buat pekak dengan bunyi telefon, gua fikir ada hal mustahak gua angkat juga.

Kawan gua ajak gua pergi karoke. Gua terus jadi segar seperti ayam yang baru sampai, orang pasar kata ayam segar. Gua set sahaja walaupun dia mengganggu tidur gua. Gua bangun tengok kiri-kanan. Tengok line clear gua terus mandi. Gua bukan apa, mana tahu ada orang datang nak meminang gua. Malu lah gua bertuala.

Siap-siap mandi gua terus tunggu member gua datang jemput gua. Gua rasa bangga gila sebab gua tunggu dekat sejam setengah. Dia datang dengan muka tak bersalah. Tapi gua masih cool.

Kitorang gerak pergi bandar cari-cari kedai karoke. Sampai depan pintu karoke gua tengok ramai orang. Member gua suruh masuk tengok ada kosong tidak. Gua masuk tengok ada satu bilik kosong. Gua panggil member gua masuk. Dia bagi isyarat 'nanti' dekat gua.

Gua lepak dalam bilik karoke dulu. Lepas tu tiba-tiba member gua telefon. Gua pelik dia dekat luar tapi nak juga telefon. Gua angkat. Dia cakap apa dekat gua.

" WEH TAK JADI LAH KAROKE, AKU NAK BELI BARANG DEKAT MYDIN "

Gua bertambah bangga dengan dia. Pertama kali gua rasa macam berada atas pentas. Gua punya bangga rasa macam nak terajang dia sekarang.

Nasib baik gua tak terajang. Kalau tak mesti gua dah balik jalan kaki. Lu rasa patut tak gua balik jalan kaki?

Tuesday, March 23, 2010

Gua dan lee chong wei main badminton



Hari ini gua rasa mahu update blog. Gua pun bukak blog dan terus update. Senang kan hidup gua?

Gua nak cerita dengan lu pasal kawan gua. Gua ingat lagi masa kecil-kecil gua pernah main badminton dengan dia. Masa tu gua pandang dia ayam-ayam saja. Kalau gua main badminton dengan dia mesti gua menang.

Tapi sekarang dia dah lupakan gua. Gua pun tak mahu ingat dia. Satu hari gua tengok berita dekat tv3, gua dengar-dengar dia dah jadi datuk. Tapi gua rilek. Gua cakap, "alahai lee tu poyo je lebih, main dengan aku kalah jugak". Gua memang biasa panggil dia dengan nama lee saja. Nama penuh dia seingat gua Lee Chong Wei.



Lu tengok la, melompat pun sudah macam mentadak mentadu. Gua segan la dengan lu lee. Sekarang gua tak mahu lagi ingat dia. Yang penting sekarang ni adalah perlawanan petang ni.

Petang ni gua ada lawan dekat poli. Gua wakil jabatan gua lawan jabatan lain. Gua mintak lu doa-doakan gua. Hari ni baru mula lawan. Kalau gua menang gua nak belanja lu semua minum susu. Tapi lu mesti doakan gua okay.

Saturday, March 20, 2010

Contest dari new zealand


Aku suka nak beritahu bahawa aku suka menyertai contest. Dalam hati mesti teringin nak sertai. Aku teringat kisah dua orang adik dan abang yang suka contest ini.

adik: abang2, jom kita pergi lepak LCCT nak. Adik boring la duduk rumah. Mana tahu ada contest mewarna dekat sana.

abang: okay jugak tu. abang pun pening kepala duduk rumah ni asyik mengadap muka engkau dik.



adik: abang, stylo tak adik duduk atas troli ni?

abang: stylo ekau kato. abang lagi stylo daripado ekau.

adik: jom kita ambik gamba dulu bang.

abang: jom2. 1.. 2..

adik: eh nanti2. ada makcik tua datang. sibuk la makcik ni.

abang: hehehe. apo la ekau ni dik, tu kan akak kita. muka dia memang macam makcik tuo sikit tapi mudo laie sebona eh.





PEREMPUAN itu tak patut berada ditengah-tengah adik dan abang kerana dia sepatutnya berada di dalam troli tempat adik yang stylo itu duduk.




Keh3. Sebenarnya ini adalah untuk contestinibest. Dah seratus tahun aku tak telefon makwe aku. Dapat topup ni mesti boleh telefon jiran-jiran makwe aku sekali.kih3

Friday, March 19, 2010

Softbol psmza


Hari tu wa pergi Melaka bhai. Wa pergi dengan sek awok-awok kite untuk bermain softbol. Hey lu ingat wa tak boleh pukul ke bhai. Bagi wa kayu softbol tengok wa boleh pukul tak. Kalau tak pukul angin, wa pukul udara. Itu saja kemungkinan wa boleh cakap dekat lu.

Entri kali ini mungkin wa tak banyak cakap. Bak kata kawan wa, " gambar boleh menceritakan segala-galanya. " So wa rasa lebih baik wa tunjuk gambar-gambar wa masa di Melaka dekat lu. Pandai-pandai la lu letak caption sendiri.


Wah lu ingat senang-senang nak letak caption sendiri? Minta maaf la bhai. Wa saja pancing lu. Jangan harap wa nak bagi lu letak caption sesuka hati lu. Gambar atas ni waktu wa ngan geng wa tengah mengorat awek yang lalu lalang. Belum lawan lagi ni. Baru bersedia untuk upacara perasmian.




Ini pula masa wa mahu test badan wa perkasa tidak. Wa hentak kayu tu dekat badan wa sampai senak. Itu yang pejam mata wa tu.




Okay ni team softbol psmza (lelaki). Lu tak tau psmza? Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Nak senang ingat lu cakap je poli agong.




Ada gaya macam kaki pukul tak? Wa tak pukul perempuan, wa pukul hati perempuan. Haha. hak tui.




Tengok sempat lagi pergi bandar Melaka sebab lepas separuh akhir. Sampai jugak wa dekat menara taming sari. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah bhai.




Ni la pensyarah yang banyak tolong wa. Dia jugak la pengiring team softbol poli wa. We lap u la cik fit. keh3




Sebelah wa tu adalah salah sorang peminat wa. Wa buat muka sambil cakap, 'no komen' saja.




Masa ni wa dah habis main. Tengok final match poli port dickson lawan poli shah alam sambil bergambar ala-ala la tok kena ketok.




Ini juga peminat wa. Tapi dia lebih meminati wa dari meminati rosham nor. Jadi wa buat kesimpulan wa lebih femes dari rosham nor.




Yang ni wa pelik. Macamana gambar wa boleh masuk dalam ni. Wa macam kena rasuk sekejap.




Ni playboy-playboy softbol poli wa yang lelaki. Lu kalau berkenan cakap dengan wa. Nanti wa rekemen.




Ni pun sama. Lu tengok masing-masing muka nak cover single. Padahal playboy. Haha padan muka korang.




Ha yang ni baru single. Masa ini kitorang baru dapat medal. Dapat tempat ke-4 dari 20 poli yang main. Kembang buntut, hidung, telinga pun semua kembang.




Gambar ni wa tak puas hati. Siapalah tukang ambil gambar ni. Badan wa nampak separuh saja. Mesti tukang ambil gambar jeles dengan wa sebab wa comel daripada dia.




Team softbol perempuan. Tengok lah muka masing-masing soft aja macam soflan dari jauh. Padahal dari dekat penuh jururawat. kah3




Wa sayang medal wa. Lu tak puas hati? Meh sini wa flying kick.




Okay sampai sini dulu wa tunjuk gambar-gambar. Wa pun dah penat nak fikir caption apa nak letak dekat gambar last ni. Wa nak letak wa paling comel takut cik fit terasa, so wa letak la wa paling comel antara jejaka dalam ni. keh3


Okay la bro-bro dan sis-sis semua. Wa reverse diri dulu. Kalau lu rasa rumah lu banyak nyamuk lu bagitau wa. Biar wa pukul dengan kayu softbol.

Chow!

Friday, March 12, 2010

Boring itu bukan selamanya


Boring.

Bila boring entri pun panjang.

Aku tengah boring sebenarnya ni. Sebab itu lah aku mahu tulis blog sekarang. Tapi bila selalu tulis blog pun boring juga. Ini lah manusia buat apa pun banyak kali mesti ada boring.

Aku mahu ambil satu perkara yang TAK boring la. Kenapa? Sengaja sahaja. Aku tahu apa yang memang takkan boring. Satu contonhnya ialah ibu yang tidak pernah boring menjaga anaknya. Ibu sememangnya tidak pernah boring walaupun penat lelah. Betul tidak? Begitu juga bapa memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Bapa juga tidak pernah boring berbuat demikian.

Sebenarnya perkataan boring ini adalah berasal dari negeri orang putih. Tetapi aku sudah merasakan ia seperti perkataan bahasa melayu. Kerana apa ialah kebanyakan orang melayu menggunakan perkataan ini sehingga ditanya kepada kanak-kanak,

" ADIK, AKAK BOSAN LAH HARI NI! "

" HAH BOSAN? APA TU KAK? "

" BOSAN PUN KAU TAK TAHU. BOSAN TU BORING LAH!"

" OH YEKE, SAYA PUN BORING NI KAK "

Lebih kurang macam itu lah contohnya. Jadi tidak kisahlah jika aku menggunakan perkataan boring ini untuk menulis ya?

Rumah aku sekarang tinggal tiga penghuni sahaja. Bak kata kawan aku yang paling gila, " RUMAH NI DAH MACAM GUA ". Okay takde lah gila mana kawan aku. Waras sahaja seperti manusia biasa.

Seingat aku, penghuni asal rumah sewa aku ialah sepuluh orang semuanya. Tetapi semuanya sudah pulang ke kampung halaman desa tercinta kecuali Omar, Naqib, dan aku. Omar dengarnya balik pada hari ahad. Naqib pula tidak balik sebaliknya ke Melaka untuk bermain softbol. Aku pula tidak balik sebaliknya ke Melaka untuk bermain softbol. Okay kenapa macam sama sahaja seperti Naqib? Biarlah rahsia.

Harap-harap pergi Melaka nanti boleh lah aku bermain dengan bersungguh-sungguh. Tak sangka pula dapat mewakili poli bermain softbol. Aku baru berjinak-jinak dengan sukan ini pada semester ini. Tetapi sayang seribu kali sayang ini adalah semester akhir aku. Semester akhir baru nak rajin bersukan tiada kesempatan untuk semester depan lagi ya tak?



Esok dan seterusnya mungkin aku akan mengalami kesibukan pada tahap maksima. Esok sudah mula berlatih bagi sesiapa yang terpilih sahaja. Jadi aku rasa baik aku bercerita mengenai pengalaman aku mula-mula mengenali softbol. Cerita ini mungkin membuatkan kamu tertanya-tanya.

Masa itu hari pertama aku bermain softbol. Aku ingat lagi hendak tangkap bola softbol tetapi tertangkap burung helang. Aku terus memulas kepala helang tersebut. Burung helang itu terus meronta-ronta kesakitan. Aku tidak mempedulikannya tapi terus memulas dengan lebih kuat lagi. Tiba-tiba air mata burung itu mengalir. Dia merayu kepada aku jangan lah bertindak kejam terhadapnya. Aku terus bersedih dengan rayuan itu. Lalu aku menyedekahkan burung itu 2posen lalu melepaskan burung itu pergi.

Sejak dari itu aku tidak menangkap burung helang lagi tetapi hanya menangkap anak burung helang. Eh tidak lah. Hanya menangkap bola softbol sahaja. Aku juga semakin rajin berlatih sejak peristiwa itu.




Aku akan ke Melaka hari ahad ini. Jadi kepada awek-awek melaka. Sila lah bagi nombor telefon kepada aku. Hanya awek Melaka sahaja okay?








p/s: puisi sebelum sebenarnya bukan ciptaan aku. Kih3. Siapa terpedaya aku mengucapkan padan muka.

Wednesday, March 10, 2010

Tentang hati


Aku mahu tujukan puisi ini untuk dia. Apa yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ialah, kau bacalah puisi ini seperti ketika kau menulis. keh3. Tak faham? Lu fikir lah sendiri.

Hati..
Hati ini sudah suka pada hati itu,
Walau jasadnya masih belum kutemu,
Walau terpisah beribu batu,

Hati ini sudah suka pada hati itu
Walau hanya singkat perkenalan
Walau belum terjadi sebarang pertemuan

Namun aku pasti
Hati ini sudah jatuh cinta pada hati itu
Walau esok tiupan angin bertukar arah
Satu yang pasti masih teguh
Satu yang pasti tetap utuh
Hati ini sudah sayang
Dan rasa cinta yang seteguh karang.





Amacam puisi ni? Bagi komen sikit.


p/s: Jangan marah kalau ada pihak yang terasa sebab aku sesedap rasa:p

Sunday, March 7, 2010

Rajalawak ke macam tu?



Huh nasib baik tak pergi shah alam. Jika tak sia-sia aku ponteng kelas dan bawa awek kalau ada semata-mata nak pergi sana. Aku harapkan abang kasim. Rupanya abang kecik. Nak kata lawak takdelah lawak sangat kan kan.

Siapa baru tengok rajalawak akhir dia tahu lah apa yang aku cakap. Aku tidak boleh menerima kenyataan kecik menang. Rasa mahu pergi disko saja sekarang. Ececeh tiadalah takkan disko pulak. Kugiran boleh lah juga.

Buah cempedak diluar kota. Mari kita bertukar cerita.

Oh aku baru sahaja menjalankan kegiatan gimnasium sekarang. Berat badan sudah bertambah. Badan sudah naik. Perut sudah ketul-ketul. Kaki sudah bunting. Ceh takdelah. Baru sekali saja pergi tadi. Itupun kali pertama semenjak 2tahun yang lalu. Besok mahu pergi lagi. Tambah tenaga batin. Eh tenaga zahir.

abang google bagi gambar hot.