Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita sikit cara nak tukar hak milik motor.
Sebelum ni pernah baca post pasal cara tukar ni dekat sini.
Tapi semalam pergi JPJ, rupanya prosedur dah bertukar sikit.

Ceritanya macam ni..
Cerita bermula minggu lepas, tiba-tiba teringat nak tukar geran motor.
Motor dah lama habis bayar, tapi baru nak tukar geran. Busy sangat kononnya.
Akhirnya minggu lepas baru cakap dengan owner, nak tukar hak milik.

JPJ Kuantan

Cara tukar nama motor


Step yang pertama. (owner motor)

Owner motor kena pergi JPJ, cakap nak tukar hak milik.
Nanti owner kena isi borang dan thumb print.
Tak perlu geran sebab geran dah bagi pembeli.
Pastikan ada maklumat pembeli (nama, no ic, dan alamat) masa isi borang.
Dah siap isi, tunggu giliran dan thumb print.
Owner akan dapat salinan pengesahan.
Kemudian selesai tugas owner.

Step kedua. (pembeli motor)

Lepas tu, tugas pembeli pula ke JPJ. (kena settlekan dalam masa 7 hari)

Masa ni la tugas saya bermula (sebagai pembeli)
Saya pun pergi JPJ.

Masa tu hanya bawa geran, insurans dan ic sahaja.
Sampai sana, kena isi borang untuk tukar hak milik.
Dan tunggu giliran.

Lepas tu bila dah tiba giliran, abang JPJ kata,
"Sekarang prosedur dah lain. Kalau nak tukar hak milik kena buat insurans baru.
Roadtax lama juga perlu dibatalkan."

Katanya takut pembeli baru salah gunakan roadtax lama.

Jadi.. Tak boleh selesai juga hari tu sebab saya tak bawa roadtax motor. 😔

Sabar tu iimannn..


Minggu depannya saya pergi lagi sekali. (sebelum hari ke-7)
Kali ni dah ada roadtax.
Sampai sana, saya perlu isi borang untuk batalkan roadtax dulu.
Kemudian baru boleh selesaikan proses tukar hak milik.

Lepas dah isi borang batal roadtax, fotostat ic.
Maka tunggu giliran.
Dan selesai proses thumb print dan serah borang semua, bayar Rm 3.
Tunggu dalam 5 minit.. selesai.

Dapatlah geran baru..😃

Contoh geran motor


Step ketiga (pembeli motor)

Langkah seterusnya ialah.. kena beli insurans roadtax baru.. 😭
Yang ni sedih sikit.
Padahal roadtax lama lambat lagi mati.. lagi 5 bulan..
Prosedur baru ni memang menggembirakan..hmmm..

Tapi nak buat macam mana.
Roadtax dan insurans lama dah tak boleh pakai..
Sebab nama atas owner lama..

Jadi kena buat insurans baru atas nama kita.. dan baru boleh buat roadtax baru..

Okayy..
Begitulah kisahnya cerita tukar hak milik motor ni.

Jadi, siapa yang nak tukar hak milik motor, saya bagi sedikit senarai.
Apa yang perlu sediakan untuk buat penukaran.

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Sebagai OWNER MOTOR, sediakan:
1. Kad pengenalan
2. Borang tukar hak milik

Sebagai PEMBELI MOTOR, sediakan:
1. Geran motor
2. IC
3. Salinan IC
4. Borang tukar hak milik motor
5. Borang batal roadtax
6. Bayaran RM 3.00

Okay ini prosedur untuk dapat geran baru bagi motor.

Nota tambahan: Kalau nak terus dapat roadtax baru, beli terus insurans baru atas nama kita. Boleh selesai terus untuk dapat roadtax baru..

Okay.. Macam tu lah sikit cara untuk tukar hak milik motor.


Cara tukar nama kereta


Kalau nak tukar hak milik kereta lebih kurang sama.
Cuma bayarannya RM 100 untuk penukaran hak milik.
Ini proses untuk tukar nama kereta.

Step yang pertama. (owner kereta) 

Untuk kereta, perlu hantar dulu kereta ke Puspakom.
Kereta perlu lulus Puspakom terlebih dahulu sebelum proses tukar nama kereta.
*Kalau tak lulus Puspakom lagi panjang cerita..😩


Bila dah lepas Puspakom, bawa salinan Puspakom itu ke JPJ.
Bawa sekali salinan IC pemilik kereta baru. (jika takde salinan IC, boleh mintak pembeli snap gambar IC)

Sampai JPJ, isi borang untuk tukar nama dan serah semua dokumen di kaunter.
Nanti anda akan diminta untuk thumbprint.
Selesai tugas anda sebagai owner.

Step yang kedua. (pembeli kereta)

Untuk pembeli kereta, tugas anda ialah kena selesaikan thumbprint dalam masa 7 hari.
Jika tidak, urusan akan terbatal, dan owner perlu thumbprint lagi sekali.

Untuk mudahkan urusan, sila bawa siap ic, geran, insurans, dan roadtax ke JPJ.
Nanti boleh siap semua sekaligus.

Tugas pembeli ialah pergi ke JPJ untuk thumbprint.
Pembeli perlu serahkan IC, salinan IC, geran, borang batal roadtax dan borang tukar hak milik.

Selesai proses ini, maka dapatlah geran baru!😊

Step yang ketiga. (pembeli kereta)

Step seterusnya ialah beli insurans dan roadtax baru.
Selalunya dekat area JPJ dah ada kedai untuk buat insurans.
Pergi je dekat situ untuk buat on the spot.

Lepas dah beli insurans, terus boleh renew roadtax dekat JPJ.
Selesai tugas pembeli!
Geran baru dapat, roadtax baru pun dapat.

Nota tambahan: Sekarang urusan renew roadtax dah mudah. Boleh buat melalui online saja. Hanya perlu berikan maklumat kepada wakil agen insurans, roadtax boleh di hantar ke depan rumah. Klik sini untuk senarai harga roadtax kereta.

Jadi begitulah cara mudah nak tukar nama kereta. Untuk memudahkan, saya senaraikan list yang perlu untuk tukar nama kereta:

Dokumen Yang Perlu Disediakan

Sebagai OWNER KERETA, sediakan:
1. Kad pengenalan
2. Borang tukar hak milik
3. Salinan Puspakom

Sebagai PEMBELI KERETA, sediakan:
1. Geran kereta
2. IC
3. Salinan IC
4. Borang tukar hak milik kereta
5. Borang batal roadtax
6. Bayaran RM 100.00

Okay, macam tu lah cara untuk tukar nama kereta.
Untuk kepastian lanjut, sila tanya yang lebih arif ye..:)

Baiklah, semoga entri ini membantu sedikit sebanyak urusan anda.
Wassalam..


79 Comments

komen sikit?

Haidir said…
ayat tak jelas atau tak lengkap rasanya: sepatutnya kena tambah/tulis bawa roadtax lama
MF said…
Owner lama juga boleh tuntut balik bayaran road tax secara pro rata. Buat surat rasmi, salinan ic dan juga pengesahan akaun bank (minta dari bank). bayaran akan dibuat dalam 3 bulan. Bagi yang roadtax mahal (superbike, kereta mewah, dsbg nya)...berbaloi tuntut balik.
pakcik baru buat urusan tukar nama ni pagi tadi...memang mudah...penjual dah thumb print,pakcik datang isi borang yg disediakan...pastu thumb print..bayar 100 rgt..dapat geran baru...insurans pun pakcik belum beli...tak ada masaalah..Alhamdulillah
Unknown said…
kalau nak pergi thumb print kena pergi sesama dengan owner lma ke ya .. sebab oner moto saya beli dekat kl saya dekat johor .. kalu dia thumb print dulu tak boleh ke
mmg owner lama yang kena thumb print dulu der...x perlu sama2 pegi..die buat kat k.l...dlm tempoh 7 ari kita buat la kat mana2 cawangan JPJ..
zainal abidin said…
Nak tanya kena bawa roadtax owner lame ke mke tak kalau roadtax motor dah tamat tempoh setahun lebih mcm mana tu masih boleh tukar nama tak
x yah bwk roadtax lama bagai..jnji owner dh thumbprint kat jpj dan dlm tempoh 7 ari ko plak thumbprint...pengalaman aku x payah insurans baru pon tp ada yg aku baca jpj tu nak insurans baru bagai...lain tmpt lain cara kot
Unknown said…
Assalamualaikum.. Maaf ye sy tanya.. kalau sy x isi maklumat owner baru blh x.. Maknanya owner baru yg isi sendiri
Anonymous said…
Asslmmm bro nk tye klo moto lama tapi geran kt onwer asl then nk tukr nama kena bwk gern lama sekli kn? Dan moto kena antr jpj or puspakom check blk ke sbb last roktex thn 2000��
Anonymous said…
salam,nk tny kalau ada saman boleh tukar nama ke?
Unknown said…
Salam ,saya pon nak bertanya perkara sama jika owner baru ada saman boleh tak dye pegi thumbprint sbg owner yg baru ?sbeab hari ni dh hri ketujuh untuk settlekan proses thumbprint
Anonymous said…
Tak yah buat PUSPAKOM check ke motor tu seblom pegi JPJ?
Unknown said…
Motor atas nama pakcik, tapi pakcik dah mati, kita tinggal warisnya nak jual motor tu. Nama boleh tukar ke?
Unknown said…
nk batal insuran kna g jpj ke or tpt insuran ya..
Unknown said…
Jika melibatkan kematian nak tukar nama kena dapatkan surat geran kuasa mentadbir dahulu..hanya pentadbir yang dilantik sahaja boleh buat urus tukar nama..
Taicho said…
Moto dah juai .. geran Moto Ada Kat Saya..boleh ke owner baru p thumbprint?
Anonymous said…
setiap pertukaran hak milik kena buat inspection di PUSPAKOM kan??
Unknown said…
bang kalo roadtax dh mati lama mcm mane?roadtax dh mati lama...penjual tu jual dkt kite..kite beli...
Eden said…
Bang kalau mcm situasi saya lah,macam mana nak tukar nama/hak milik motosikal kalau saya cth kat sarawak dan owner kat semenanjung?btw moto hantar pakai poslaju,perlu pergi ke pejabat jpj yg sama ke atau saya boleh pergi kat pejabat jpj yg lain dan owner lama pergi pejabat jpj yg lain?
Unknown said…
Kalau lebih dari 7 hari ape jadi
Unknown said…
Kalo lebih 7 hari.. Cmne ea
Unknown said…
nak tnyerlah sya penjual nk tkr nama..roadtax sya dah mati 5/10/2019 ngam setahun.. sblm tarikh tarikh tu blh lg ker nk wat pertukaran nama dahulu?? ataupon kena bawak moto sya g puspokom dahulu???
https://darahmalaya.blogspot.com/
Saya baru beli kereta viva secondhand bayar bulan..untuk tunang saya, tapi penamanya saya.. baru beli tak sampai sebulan, sekarang ni saya nk tukar penama.. sbb saya nk loan apa pun susah. Huhu, boleh ikot atas ni ke? Atau syarat viva tu kene hbis bayar dulu? Saya dah pening..

Semi said…
Nk tya..lpas owner thumb print dia akan dpt slip pengesahankn. Slip tu owner baru kena bawak ke?
Unknown said…
Yes baru tadi pergi tukar nama, prosedur baru ni mmg menyusahkan poket kita, motor kita beli sndiri, tpi geran atas nama abang sebb dia yg tolong belikan,insuran n roadtax dobatakan, kalau insuran jer dibatalkan tak pe jugak, ni dgn roadtax sekali dibatalkan hurmmmm
Anonymous said…
maaf nak tanye, mcmane nk tukar nama kepada pembeli baru(warga asing)... boleh ke? klu boleh, urusan dia mcmane?
TQ...
Babylies said…
Kalau r.tex DH mati boleh kentukar nama n terus buat r.tex baru?
Makwey00 said…
Kalau nak tukar nama geran guna kaki IC, boleh ke
Unknown said…
Assalamualaikum.
Berapa harga insurans?
Waalaikumussalam
.harga insurance terpulang kepada Agen insurance. Tempoh hari saya buat rm 150 sahaja untuk motor.
Unknown said…
Salam . Pembeli yg takde lesen macam Mana pulak . Ada alternatif lain?
Anonymous said…
Untuk pengetahuan semua.. kenderaan motorsikal tidak perlu dibawa ke puspakom
Unknown said…
Kalau nak tukar nama garan,tepi owner baru tak ada lesen boleh ke..harap ada yang boleh kongsi indo..
Unknown said…
Boleh tukar nama kenderaan kepada penama yg takde lesen. Sedg berurusan skrg
sohairi said…
Saya pergi hari rabu 18hb dis 2019, saya sebagai pembeli. Pegawai tu cakap kena beli insurance baru baru dtg untuk tukar nama.

Itu je kalau dia beri tau. Kalau kena buat apa2 lagi. Gaji dia terima setiap bulan kira tak berkat la. Sebab menyusahkan rakyat.
Anonymous said…
Baru tukar nama di JPJ PJ. Penjual dah buat thumb print semalam. Hanya bawak IC, geran motor dan isi borang. Menurut pegawai kauntee,Kalau penjual dah thumb print, kita dah bole beli insurance, so boleh print roadtax sekali. Ini dapat geran jer lah. Kena beratur lagi kalau nak print roadtax (lps bli insurance)...nampakny kena beli roadtax kat pejabat pos.
Client menyirap said…
Salam. Nak tanya. Pembeli kena thumbprint dalam masa 7 hari selepas owner asal thumbprint kan? 7 hari tu termasuk hari owner asal pergi thumbprint ke?
din pomen said…
Di sini dia cerita tukaq nama sukarela antara owner lama dgn owner baru dan fee yg dikenakan. Ada x sapa2 yg tau brp fee dikenakan jika daftar kenderaan yg beli dikedai..ada kah fee tidak sama.. jika kereta nk tukaq nama owner dgn buyer test puspakom b5 rm30..jika kedai dgn buyer brp rm? Mohon pencerahan.. tq semua

Unknown said…
Klau prgi buat dkt utc blh x untuk urusan tukar nama?
Zack said…
Kalau ada sama boleh ke jual moto?
Unknown said…
Klau motor ada saman . Bole jual tak motor ?
Unknown said…
Kalau motor still ada hutang dgn aeon boleh tukar nama tak
Bro ali said…
NAK JUAL MOTOR CC 250 KENA PUSPAKOM MCM KERETA KE ?
norafizah said…
kalau jual motor dengan foreigner mcm mn pulak prosedur. contoh nye nak jual dengan pelajar uia berasal timur tengah
norafizah said…
kalau jual motor dengan foreigner mcm mn pulak prosedur. contoh nye nak jual dengan pelajar uia berasal timur tengah
Kalau motor still ada hutang dengan AEON tak boleh tukar nama..
Anonymous said…
Nak tanya, boleh ke tukar nama pada geran motor sedang kan owner lama dengan owner baru takde lesen?
Takde masalah takde lesen.
Proses tukar nama hanya perlu IC dan geran..
Nak jual dengan foreigner lebih kurang sama. Kena ada passport untuk tukar nama.
Unknown said…
aslamualikum bro sy nak tanya mcm mana nak tukar nama kereta kalau owner lama masuk penjara ?
Unknown: Waalaikumussalam wbt. Kes ni agak pelik. Macam mana dapat persetujuan dengan owner yang dalam penjara? Jika nak tukar nama mesti dapat persetujuan. Setahu saya takde masalah untuk tukar nama. Perlu mohon dengan pegawai penjara untuk urusan tukar nama.
Anonymous said…
Kalau dalam masa 7 hari tak pergi bayar insuran dan renew road tax macama mana ye? Sbb tak sempat. Kena denda ke mcm mana.
Tak bayar insurans dan renew roadtax takde masalah.. Takde kena denda. Cuma kalau kena tahan nanti kena saman.
Yun said…
Nak tukar nama motor.. Tapi geran kat owner lama n roadtax motor dah expired dalam 2 bulan.. Perlu buat puspakom ke? Sebab owner cakap kena puspakom?
Yun: motor tak perlu pergi puspakom. Boleh terus hidupkan roadtax. Geran perlu ambil dekat owner lama.
Anonymous said…
Nak tanya,sy ada beli motor,motor lama hampir belasan tahun,masalahnya tiada geran dan tiada roadtax(roadtax mmg xrenew bertahun2),mcm mana nk buat?
Dlojr said…
Salam ... nak tanya.. sy pn dah bape tahun beli moto dari kawan
Kawan plak dah berapa tahun x renew roadtax. Utk transfer nama ni kiranya, sy perlu active kan balik insurance and roadtax owner lama kan? Baru sy boleh transfer nama baru ya?
Jika motor lama tak renew roadtax, hanya bawa ke puspakom dahulu untuk dapatkan kelulusan. Lepas dapat surat puspakom baru boleh renew roadtax di JPJ.
Anonymous said…
tq info yg jelas
Mohd ikhwan said…
Kalau roadtax motor dah mati x lebih setahun. Kalau nk tukar nama kene bwk juga ke roadtax tu ? Kalau roadtax tu dh hilang n dh mati x lebih setahun , mcm mne ?
Unknown said…
Nak bertanya sedikit .. Saya pembeli , ingin membuat prtukaran nama tetapi owner lama ada saman dan rotax mati dah lebih 5 tahun .. Apa patut saya buat untuk truskan pertukaran nama ye admin pening da fikir brtahun2 .. Mohon pnjelesan apa patut saya buat atau step dia cam mne
Unknown said…
Nak bertanya sedikit .. Saya pembeli , ingin membuat prtukaran nama tetapi owner lama ada saman dan rotax mati dah lebih 5 tahun .. Apa patut saya buat untuk truskan pertukaran nama ye admin pening da fikir brtahun2 .. Mohon pnjelesan apa patut saya buat atau step dia cam mne
Unknown said…
Assalamualaikum, saya nak tanya kalau nk buat tukar nama motor atas nama syarikat apa documents2 yang perlu di bawa ye? Terima kasih
Marsya said…

Izin promo ya Admin^^

Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.COMPANY ....:)
azmi said…
admin wasap sy jap,ada soalan nk tnya.
azmi 0179127257.
tqsm admin
Unknown said…
Klu owner lama org luar camne ye sbb saya br beli motor dr owner lama bangladesh..die jual sbb blk negara die..
Unknown said…
Kalau motor ada atas nama bini nak tukar nak nama
Saya dia pun kena datang ke jpj ke
Unknown: Jika owner lama orang luar pun sama juga prosedurnya.

Unknown: Kalau atas nama bini, bini Tuan kena datang ke JPJ untuk thumb print.
Elina said…
Renyah juga sebenarnya proses ni, nasib baik ada kedai motor yang boleh tolong buat.
Unknown said…
Salam macam mana nak tukar nama dekat insurans? Sebab hari tu pergi kedai insurans dia kata kena pergi jpj dulu tukar nama dekat geran baru boleh buat insurans atas pemilik baru. Sekarang ni belum buat lagi sebab leceh nak pergi tanya balik jpj pulak apa nak buat.
Unknown said…
Salam macam mana nak tukar nama dekat insurans? Sebab hari tu pergi kedai insurans dia kata kena pergi jpj dulu tukar nama dekat geran baru boleh buat insurans atas pemilik baru. Sekarang ni belum buat lagi sebab leceh nak pergi tanya balik jpj pulak apa nak buat. Sebab jpj pun cakap kena batalkan insurans lama dan buat insurans baru atas nama pemilik baru.
Unknown said…
Salam macam mana nak tukar nama dekat insurans? Sebab hari tu pergi kedai insurans dia kata kena pergi jpj dulu tukar nama dekat geran baru boleh buat insurans atas pemilik baru. Sekarang ni belum buat lagi sebab leceh nak pergi tanya balik jpj pulak apa nak buat. Sebab jpj pun cakap kena batalkan insurans lama dan buat insurans baru atas nama pemilik baru. Lepas tu baru boleh selesaikan proses tukar nama atas geran.

June 8, 2022 at 9:14 AM
@nurfurqan said…
Assalammu'alaikum. Nak tanya kalau nak tukar nama kepada warga asing boleh pakai salinan passport ke?
Anonymous said…
Eyh pelik
2018 dulu sy sebagai penjual tak bagi pun gran pada owner baru
Owner baru pergi buat gran baru dalam masa 7 hari tu
Gran lama sy simpan smpai sekarang hehe
Unknown: Ya betul, kena pergi JPJ tukar nama dekat geran dulu. Lepas tu baru boleh buat roadtax & insurans.

Nurfurqan: Wa'alaikumussalam wbt. Ya boleh.

Anon: Ha tak bagi pun takpe. Yg penting cop jari tu.


P/S: sekarang dah mudah. Guna MYEG dah boleh thumb print je di mana2.
Fende said…
Nak tanya, tempoh 7 hari tu, hari bekerja ke termasuk hari cuti? Sbb saya lupa nak teruskan pertukaran nama. Kalau hari bekerja, saya sempat lagi isnin nie
BOLAPELANGI said…
@bopelnews
Bopelnews Menyediakan Berita Seputar Sepak Bola Terlengkap Dan Terupdate
Hamba Allah said…
Question

1. Owner lama tukar nama online je, xde prgi thumb print sprti yg dinyatakan dlm blog, jadinya, step owner baru sme je ke pergi jpj sprti biasa ?
2. Geran dan roadtax fizikal xde, skdr soft copy shaja dlm pdf, boleh guna pkai ke ?
3. Kalau x prgi dlm tempoh 7 hari slps owner lama tukar nama, owner baru prlu thumb print smula ke untuk owner baru tukar nama ?

Terima kasih..
Previous Post Next Post