Salam.

Tak lama lagi aku akan menjalani latihan industri. Minggu ni kira last lah aku belajar kat UMP ni. Minggu depan dah start study week. Lepas study week bermulalah tak tidur malam beberapa hari. Dan pertengahan bulan 1 nanti tamatlah semuanya.

Apa yang merunsingkan aku sekarang ini ialah untuk tempat praktikal. Tak tahu aku mahu ke mana. Aku dah dapat 3 tempat. 1 di cyberjaya, 1 di Bentong - tempat menarik di Bentong , 1 di UMP juga. Semuanya ada allowance. Tapi kalau nak tengok yang paling banyak ialah di UMP.

Aku sekarang perlu buat pilihan. Rasa-rasa mana patut aku pergi. Aku tak nampak jalan lagi ni.

Moga Allah bantu dalam setiap urusan kita semua.

Wassalam.

Post a Comment

komen sikit?

Previous Post Next Post