Assalamualaikum..wbt..

Ramai yang tertanya-tanya sebab aku berubah. Baru-baru ini ada sorang kawan aku. Beria sangat nak tahu. Daripada seseorang yang sangat teruk menjadi sehingga seperti sekarang ini. Kalau hendak dibandingkan dulu dengan sekarang memang jauh beza. Sangat berubah. Pasti ramai yang tidak percaya jika lihat pada aku sekarang. Aku tidak tahu bagaimana hendak mula.

Dulu, aku ialah seorang yang suka berkawan tidak kira siapa. Namun aku tidak pandai mengawal diri. Aku sangat mudah terpengaruh. Bila kawan ajak pergi melepak, aku ikut. Bila kawan ajak merokok, aku ikut. Ajak bergaduh, aku ikut. Mana saja aku pergi pasti ditemani kawanku.

Boleh dikatakan macam-macam aku buat bila melepak bersama kawan. Setakat merokok tu menjadi perkara biasa, malah lebih teruk dari merokok. Macam-macam tempat aku masuk. Sehinggalah kelab malam, disko, dan lubang maksiat. Dan yang pasti kalau keluar rumah waktu malam balik pasti pagi. Menjadi perkara pelik bagi aku ketika itu jika tidak keluar rumah pada waktu malam.

Kalau perempuan tu tak payah cakap lah. Mana saja perempuan yang agak menarik pada pandangan aku, pasti akan menjadi sasaran aku. Aku pasti akan dapatkannya.

Sehinggalah sampai satu  masa terdetik dalam hati aku keinginan untuk berubah. Pada masa tu aku masuk ke salah sebuah institusi pengajian di Malaysia. Dalam hati aku, aku ingin berubah. Aku mahu jadi budak baik! Pada masa tu aku mula rapat-rapat untuk ke masjid. Sebelum ini  memang tak pernah nampak ke masjid kecuali solat jumaat. Itupun bila time iqamat baru masuk masjid. Sebelum tu lepak bersama kawan-kawan bersembang, merokok, dan sebagainya.

Ternyata bila aku ada keinginan yang baik, Allah SWT bantu aku. Aku diberi aku peluang untuk bertaubat. Kalau dulu tak pernah ke masjid. Namun bila masuk belajar, aku cuba datang untuk solat di masjid. Kadang-kadang dua waktu, kadang-kadang tiga waktu. Tapi masa tu kebanyakan masih solat di rumah. Terutama solat subuh. hehe

Satu ketika di masjid tempat aku belajar ada buat program. Waktu tu ialah selepas solat asar. Aku lihat ada seorang pelajar memegang kitab bewarna biru. Membaca hadith-hadith nabi kita. Aku pun duduk mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan yang dibaca oleh pelajar tadi. Hampir setengah jam juga program tu.

Rupa-rupanya banyak lagi perkara yang aku terlupa. Dan banyak lagi perkara yang aku tidak lakukan. Bila aku dengar hadith-hadith baru aku sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Dan betapa banyak kerugian yang telah aku buat kerana tidak amalkan perintah Allah mengikut cara nabi. Sebagai contoh, solah jemaah dapat 27 pahala, solat bersendirian di rumah dapat satu pahala. Betapa ruginya kita jika solat di rumah. Dan nabi kita pun tidak pernah solat lima waktu di rumah. Semuanya di masjid walaupun ketika baginda hampir wafat. Sahabat pimpin untuk ke masjid sehingga kaki nabi terseret. Nabi nak tunjukkan betapa beratnya solat berjemaah. (untuk kaum lelaki)

Sejak pada itu, boleh dikatakan hampir setiap waktu aku ke masjid. Cuma ada satu dua waktu yang tertinggal kerana tertidur atau terlewat. Namun begitu masih juga tak dapat menyempurnakan lima waktu di masjid sebagaimana yang dilakukan oleh nabi kita.

Tiba-tiba suatu hari, datang seorang pelajar kepada aku. Rupa-rupanya dia ialah salah seorang pelajar yang membaca kitab berwarna biru. Dia ajak aku untuk pergi ke markas. Aku tak banyak bertanya, aku jenis cepat ikut kawan, jadi aku ikut sahaja. Mungkin Allah nak bagi hidayat pada aku pada masa tu.

Kami pun pergi ke markas dibawa oleh salah seorang pensyarah di tempat aku belajar. Markas aku pergi ialah di Kubang bujuk, Kuala Terengganu. Di markas aku lihat ramai orang berpakaian putih. Berjubah dan berserban. Sangat ramai. Di situ ada seorang duduk di depan sekali. Semua orang sedang khusyuk mendengar setiap kata-katanya.

Dia menerangkan tentang pentingnya usaha dakwah. Pentingnya setiap manusia menjalankan kerja dakwah. Allah SWT telah jadikan semua dalam kalangan umat ini sebagai dai'. Tidak kira lelaki, wanita dan kanak-kanak. Semuanya bertanggungjawab atas agama. Dan Allah janji syurga untuk siapa yang buat kerja dakwah dan mereka akan berada bersama nabi dan sahabat di akhirat kelak.

Sejak dari itu, aku terfikir bahawa aku sangat perlu untuk meneruskan kerja yang telah ditinggalkan nabi SAW ini. Niat baik aku dibantu oleh Allah SWT. Suatu hari kawan aku ajak untuk keluar 1 hari setengah. Belajar-belajar usaha dakwah. Aku tanpa banyak tanya, terus mengikut.

Masa keluar ada seorang ustaz bersama kami. Juga seorang ustaz yang mengajar di tempat aku belajar. Ustaz tu lah yang banyak ceritakan kepentingan-kepentingan untuk kita amalkan setiap perintah Allah SWT mengikut cara yang ditunjukkan nabi SAW. Masa aku keluar tu, sambil-sambil aku belajar aku terus dapat mempraktikkan apa yang aku belajar. Masa keluar tu memang beri banyak kesan kepada diri aku.

Sehinggalah selepasnya aku selalu ikut untuk keluar pada bulan-bulan seterusnya. Makin lama aku keluar makin banyak yang aku belajar. Aku belajar dari segi keimanan, ibadah, muamalah, muasyarah, dan akhlak. Kesan aku keluar banyak mengubah kehidupan aku. Kalau dulu tak pernah ke masjid, sekarang boleh dikatakan selalu di masjid. Waktu cuti bila di kampung, kalau dulu tak pernah ada di rumah kecuali waktu tidur, tetapi sekarang aku berada di rumah bersama mak ayah dan adik-beradik.

Aku bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh Allah SWT. Ini semua adalah ihsan daripada Allah SWT. Mungkin berkat doa mak ayah aku membuat aku berubah. Jika tidak kerana belas kasihan daripadaNya, sekarang ini aku tidak tahu berada di mana. Di kompleks beli belah? Di disko? Di hotel yang ada private pool?

Alhamdulillah sekarang ini pun aku menaip di masjid. Aku selesa berada di sini. Sekarang ini aku banyak memikirkan tentang nasib kita semua. Aku sangat berharap semua manusia supaya selamat di dunia dan akhirat. Semua kita selamat daripada siksanya.

Dari itu aku ingin memohon supaya kita semua dapat berfikir seketika tentang kehidupan kita nanti. Iaitu kehidupan selepas kita mati. Setiap detik dan saat yang Allah bagi sekarang ini pada kita merupakan peluang kepada kita untuk bertaubat pada Allah. Allah buka seluas-luasnya pintu taubat kepada kita. Marilah kita kembali kepadaNya. Semoga kita bahagia di sana buat selama-lamanya.

Sampai sini sahaja dahulu. Semoga apa yang aku tulis dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Sekurang-kurangnya ada terdetik dalam hati bahawa "saya mahu berubah.". "Saya mahu jadi baik."

Wassalam.. wbt..

12 Comments

komen sikit?

Anonymous said…
alhamdulillah...
slama mgikuti pkembangan blog ni..
istiqamah dalam perubahan ini insyaallah..
sedang proses melakukan perubahan diri sedikit demi sedikit..
semoga Allah sntiasa beri kita rahmat dan hidayah menuju jalanNya..amin..
alhamdulillah syukur di atas perubahan yang sgt baik itu...
doakan juga yang lain2 ye..:)
lumut said…
bergenang air mata aku..
aku pernah kenal kau melalui blog.
dan seingat aku kite pernah jumpe sekali di kuala pilah.

kau dtg dgn seorang kawan.
naik motor.
lepas tu aku belanja kau makan.

itu lah kali pertama dan terakhir aku jumpe kau.
seterusnya aku hany abaca dari jauh blog kau.

dan hari ni aku dtg lagi...baca blog ini lagi. rse mcm sesuatu.

aku kagum dengan kau.
kalau boleh mahu kau kongsi ilmu.
aku suke dengar pengalaman org yg berubah dr jahiliah ke arah yang Allah lebih suka.

itu pun kalau kau sudi.
=)
Anonymous said…
Salam Saudara..

Alhamdulillah kita semua berada dalam penjagaan Allah...
Saya rasa bersyukur apabila membaca tulisan saudara. Baguslah saudara menceritakan pengalaman saudara mendapat petunjuk Allah untuk mengikuti usaha daawah tabligh.
Saya fikir usaha yg saudara lakukan sangat murni. Ramai orang Islam masih belum sedar tentang kepentingan agama dan buat usaha atas agama.Mudah2an usaha yg saudara lakukan diterima Allah.
Saya terfikir untuk berkongsi pendapat dengan saudara, marilah kita sama-sama menggiatkan usaha daawah menyeru manusia kepada Allah semata2 kerana Allah.Kerana manfaat daawah sgt besar kepada org yg memberi daawah dan kpd ummat ini. Inshaallah melalui daawah Allah akan kekalkan agama dalam diri kita dan asbab kerahiman Allah untuk islah ummat ini. jazakallah
Anonymous said…
buy valium valium side effects long - reverse effects valium
Anonymous said…
cheap generic xanax 1mg lorazepam vs 1mg xanax - xanax dosage 10 mg
Anonymous said…
cheap tramadolonline buy tramadol cod - buy tramadol no prescription
Anonymous said…
http://www.achildsplace.org/banners/tramadolonline/#1403 buy tramadol cod next day delivery - buy generic tramadol no prescription
Anonymous said…
buy cytotec amazon - generic name of cytotec - where to purchase misoprostol
Anonymous said…
Buy Cytotec Online - buy misoprostol pill online - cytotec generic name
Anonymous said…
generic tramadol buy tramadol for dogs - buy tramadol india
Anonymous said…
where to buy ambien cr in canada buy ambien online no rx - where to buy ambien cheap
Anonymous said…
Buy Priligy Online buy priligy safe - where to buy priligy
Previous Post Next Post