Salam

Laila Majnun.

Sebuah cerita arab yang mengisahkan seorang pemuda bernama Qais dan seorang perempuan bernama Laila. Mereka ini sangat cinta mencintai. Tetapi perkahwinan mereka terhalang oleh bapa Laila.

Suatu hari Qais perlu mengikut ayahnya berniaga di luar negeri. Qais sangat merindui Laila sehingga selalu bercakap sendirian memikirkan Laila sehingga orang memanggilnya Majnun.

Laila sudah berkahwin dengan orang lain tetapi hati Laila masih tetap setia kepada Qais sehinggalah Laila meninggal dunia kerana asyik memikirkan Qais. Qais pula tidak ada harapan lagi untuk hidup apabila mengetahui kematian Laila dan akhirnya dia meninggal dunia diatas pusara Laila.

Lalu terbitlah cerita cinta di antara mereka berdua.

Cerita ni ada P.Ramlee buat kan? Sudah lama aku cari. Tapi tak jumpa-jumpa. Aku teringin nak tengok cerita ni. Mana nak dapat ya?

Ada sesiapa simpan cerita ni tak? Boleh kita share.

Post a Comment

komen sikit?

Previous Post Next Post