Aku ada seorang adik yang berumur 9 tahun. Kiranya dialah adik yang paling bongsu sekali dalam adik-beradik. Amboi sudah lah bongsu, paling pula. Okay adik bongsu sudah.
Nama dia Farhan. Dan orang panggil Paan. Aku dengan Paan boleh kata rapat juga. Selalu bertelagah sebab hal yang remeh. Nampak macam tak matang bukan? Tak. Sebenarnya aku mahu manja-manja dengan Paan. Walaupun bertelagah, kita tetap rapat bak kata pepatah 'air dicincang takkan putusnya pun'.
Kami memang kalau ada salah cakap sikit mesti kena kutuk. Contoh kalau dia cakap, " Adik nak makan lah mishmalow adik beli tadi." " Hah. Mishmalow? Apa? Mishmalow? Orang sepatutnya marshmallow." Aku akan gelak kaw kaw di depan muka dia. Terasa sangat puas bila tengok muka dia bengang.
Kalau aku yang salah pula dia tak lepaskan peluang. Ada sekali aku cakap, " Adik awak nak basikal apa hari tu? Pisi ke?" Dia akan cakap, " Ada pulak pisi, orang fixie." Dan dia pula gelak kaw kaw. Tak sopan betul. Budak sekarang ni berani betul. Kalau aku dulu mesti dah kena penerajang dengan bapak aku duk gelak-gelak.
Tapi itu aku tak kisah sangat. Yang aku kisah seorang kawan aku ni. Masa aku tengah sibuk usha blog about aku ni dia menyampuk.
" Ko ni tak abis-abis dengan blog ebot aku."
Ebot aku? Bila ada orang salah sebut blog orang lain depan aku takpe. Ini blog aku. Depan aku lagi. Aku yang dengar. Peh. Hampa. Elok-elok aku letak nama cantik tiba-tiba jadi buruk.
" About! About! " Bukan ebot la, sipot!!
Baca lagi: Tempat Makan Best di Kuantan
pkataan yang dsebut vs pktaan sepatutnya..
kadang2 dok saja2. dia suka tanya aku soalan sejarah.. mau killer soalan lak tuh
basikal pisi? heheheheheh
AHHAHAHAHAHAA
ayul, pndai mak ko kaber line..haha
cikpepel, haha takde keje btoi buat buku cenggitu..
mashitah, abang ko syg ko lebih la tu..hehehe
pha, demokrasi terpimpin katanya..haha
oranglidi, pehhh.. tocing camni..haha..eh fixie la..booo..haha
freaky, sabar sabur tak sabar masuk kubur..haha
hanif, anak manja la woi..haha
dla, woii..sipott..haha
amiyo, ni sengaja sasul ni..hehehe
^^
lawak la oiiii...
bell, dia jawab salam pun tak reti lagi.. abg die reti..haha
atok, pehhhh.arghhh. sipot! ahaha
vmpire, haha, boleh masuk maharaja lawak tak? haha
tp part diri sendiri kene gelak tu, tahan je laa sabar..
wakakak..
inar, pehhh sedap tk bmaksud kan?
mis, dugaan dugaan..hehehe