Apabila sudah sampai masanya. Mereka telah berkumpul di suatu pondok yang mereka jadikan sebagai markas untuk membincangkan pekerjaan mereka. Masing-masing membuat muka sepuluh sen apabila bertemu, " 

Aku berasa kita tidak mendapat pekerjaan di Bukit Tinggi Pahang. Walaupun banyak tempat menarik di Bukit Tinggi, namun ia tidak bermakna lagi. Sudah dua minggu kita tidak mendapat panggilan. " Kata Apis. " Aku pun berasa begitu juga Apis. " Sokong Farhan. " Betul itu. Tiada rezeki kita untuk bekerja di sana. 

Masing-masing kita bengap berbahasa inggeris. Sebab itulah kita tidak dapat." Beritahu Fauzi terus terang. Mereka berempat bertambah membuat muka mereka. Dari muka sepuluh sen hinggalah muka satu sen. Hampir-hampir tiada harga lagi pada syurga di wajah mereka. 

 Tiba-tiba Arif memberi satu cadangan, " Tidak mengapalah kawan-kawan. Janganlah kita bersedih lagi. Marilah kita ke Chamang Waterfall. Kita tenangkan hati kita yang duka ini dengan air terjun dan air mata di sana. " " 

Iyalah kawan-kawan. Tiada guna kita bersedih di sini. Buang masa sahaja. Lebih baik kita menyelam di Chamang Waterfall sambil minum air. " Kata Apis. Mereka pun pergi lah ke Chamang Waterfall untuk bermandi-manda. Chamang Waterfall memang best. Antara tempat menarik di Pahang. Ramai orang ke sana untuk berkelah di hujung minggu. Setelah sampai disana. 

Mereka terus menukar pakaian. " Bedebush!! " Bunyi airnya. Hampir satu jam mereka mandi. Hilanglah semua duka dan lara mereka mengenai pekerjaan mereka. Mereka berazam untuk mencari pekerjaan lain sementara cuti masih panjang lagi.

12 Comments

komen sikit?

vampire's lovex said…
makkkk lama nye mandi air sungai...mnggeletar aku baca..hahaha..

rezeki depa hari lain kot..
menggeletar tu pasal ko tak mandi lagi kan.

awal ko bangun beronline..
Anonymous said…
oit...nk tanye..mane encik kite ni dpt idea tulis benda2 gini??pandai belaka eh!!
hanaahmad said…
hahah...cmtu jeh ending die? sian betul mereka2. hehe
Firdaus Life said…
hehe bile dapat main air memang hepi la jwbnye. :D
vidadarisakura said…
cadangan: naik gunung. lepastu terjun. nescaya hilang tekanan.
cik helena said…
laa tak dpt ke keje??ke dorang dapat keje kat waterfall tu?hikk
Duniakuabstrak said…
air terjun sumber perkumpulan aweks
syikin, tenkiu.. ni idea dari perut..heh2

hana, ni test2 je..he2

freaky, biase bro..ha2

vida, betol2.. nyawa pun hilang..

cik helena, tak dapat.. kat waterfall mane ade keje..

ayul, ya air terjun memang tempat cuci mata..
Anonymous said…
mungkin air tu yg tenangkan mereka.
Anonymous said…
lama tak mandi air terjun ^^
macy, mungkin la mungkin la ..

maimon, pegi la mandi best oo..
Previous Post Next Post