Persamaan seekor kera dengan seekor beruk tidak jauh. Dua-dua sama bodoh. Dan dua-dua berupa seperti kau.

Sejak kali pertama aku melihat kau. Aku sudah terpegun dengan kau. Aku lihat kau terbang melayang membuatkan aku juga turut mahu terbang. Bila kau ada di sisi aku terasa diri ini macho. Awek-awek melihat aku seperti melihat gunung emas. Terpegun mereka melihat aku. Sungguh bangga aku ketika itu.

Baca: Gunung tertinggi di Malaysia

Tapi makin lama aku rasa kau banyak menyusahkan aku. Semakin aku simpan duit semakin habis duit aku disebabkan kau. Aku sudah meluat dengan gelagat kau. Perangai kau tidak ubah seperti kera meminta penerajang. Wajah kau membuatkan aku rasa hendak tonyoh-tonyoh seperti cekodok penyek.

Tapi sayang masa tu kau pandai. Mana-mana kau ada. Dekat kedai selvam aku nampak kau. Dekat kaca televisyen pun aku boleh nampak kau. Dekat pasaraya. Dekat kedai makan. Kedai menjual ubat cap kaki tiga pun kau ada. Dengan selamba kau senyum-senyum dekat aku. Ingat aku suka lah? Aku buat-buat senyum dekat kau takut orang nampak aku marah dekat kau.

Sebenarnya dalam diam-diam aku dah simpan hasrat nak membunuh kau. Pernah satu hari aku plan dengan sorang kawan aku yang kerja dekat farmasi tu. Aku nak letak racun pada kau. Memang lah racun tu aku yang makan. Tapi kalau kau nak tahu. Aku takkan sakit. Malah aku tambah sihat. Tapi kau yang akan sakit. Kau akan mati.

Untuk pengetahuan kau. Kau takkan muncul lagi dalam hidup aku.

YA. Aku puas. Aku akan berjaya. Aku pasti. Kau tunggu saja masa kau.



(pesanan dari bakal pengguna niQUITin)

11 Comments

komen sikit?

oranglidi said…
hm. spupu ak bilang berkesan benda nikuitin ni..
Anonymous said…
apa benda la tu kau2..
Liquid said…
cube pastu bgtaw aku ape jadi k... aku nak bagi sama bapak aku cube hehehe
OL: kenapa dia bilang. biasa orang cakap.haha

anon: rokok.

liquid: bakal baru. belum pengguna lagi.haha
kero - chan said…
This comment has been removed by the author.
oranglidi said…
die bilang dulu baru cakap. haha
cik helena said…
oi poyo sanat nih kenapa?hahaa
FARYN said…
aku nak kasi ko rokok ni.. FREE.. kah kah kah
OL: mesti cikgu mate kan de tu?

helena: bkn poyo la. ni smgt.

faryn: nak nak nak. haha
Eireen Camelia said…
aku semacam dapat memahami kegusaran dan ke'struggle'an engkau kini. sabar wahai teman.

Nak ni? *hulur sebatang Rocky perisa coklat*
time kasih syg. ape brg rocky? sy dh ade sampoerna. haha
Previous Post Next Post