Sejak umurku mencecah 21 tahun ini. Aku rasa fikiranku sudah matang. Sudah boleh bercakap mengenai kahwin. Cuma ada beberapa lagi rakanku yang aku rasa tidak cukup matang lagi. Kerana pisang sebiji sahaja mahu sampai bunuh-bunuh.
Sebenarnya umurku belum sampai 21 lagi. Sengaja beritahu sebulan awal. Aku bukan mahu minta hadiah atau apa. Aku tak minta kamu beri hadiah di alamat ini. 72,sungai marong. Oh baiklah, nampak sangat seperti mahu hadiah. Serius aku tidak mahu hadiah dari kamu.
Jika kamu beri, aku tidak akan menerimanya. Aku akan pulangkan semula sampulnya sahaja.
Mengikut otak kiriku yang berkata. Aku sudah boleh berkahwin. Umurku sangat secocok dengan lisa surihani.
Jangan berkata apa-apa lagi. Alahai perbezaan umur hanyalah angka. Jodoh hanya tuhan yang menentukan. Nampak tidak aku berpeluang mengahwini lisa?
Tetapi otak kananku memberi pendapat yang berlainan. Aku lebih selamat jika berkahwin dengan janda. Bukan Janda Baik ye. Oh Janda Baik syok juga. Banyak tempat menarik di Janda Baik.
Sekarang kita cakap pasal janda manusia ye. Cuma perlu pastikan janda itu kaya. Bukan kerana aku mahukan harta dia. Tetapi mahu pastikan dia ada wang untuk aku. Jika kamu perasan, wang dan harta adalah perkara yang hampir sama.
Setelah difikir-fikir semula. Sebenarnya aku masih tidak boleh berkahwin. Bukan disebabkan kerana aku tidak mempunyai kerja tetap. Duit masih boleh dicari. Tetapi aku lebih mementingkan anak-anak. Aku mahu pastikan kewangan aku kukuh. Bermakna aku perlu ada kerja yang tetap dahulu sebelum berkahwin. Baiklah. Sekarang aku rasa sudah cukup matang.
pening aku bace neh
nnt da nk kawen sgt 2 jgn la lupe nk jemput ye
;p
ayu: mst la jmput. sape lg nk bsuh pinggan nnti.
hahahaha
peribahsa kau sepatutnya 'kerana sotong seekor sahaja mahu sampai bunuh-bunuh.'
aku pandai tak? cepatlah cakap pandai..
eireen: yelah kau pandai, menipu..