Pernah kah kita sedar setiap dari kita perlukan sokongan untuk berjaya? Terdapat banyak jenis sokongan samada dari sokongan sesama manusia atau sokongan dari benda bukan hidup.
Aku membuat kesimpulan awal bahawa meniru juga adalah satu sokongan kepada aku. Cikgu aku pernah menasihatkan aku,
" Sedangkan mahathir pun meniru baru boleh berjaya"
Setelah aku memasuki politeknik, pensyarah aku memberi pemahaman lebih tentang peniruan ini. Dia memberi tiga contoh negara iaitu amerika, jepun, dan thailand.
" Barangan amerika ialah original. Jepun meniru dengan baik barangan amerika dan berjaya dijual dengan mahal. Tetapi thailand meniru hancur, dijual juga dengan harga yang murah."
Jadi melalui contoh itu, pensyarah menasihatkan aku jika mahu meniru jadilah seperti jepun. Meniru yang bijak. Mahu lebih baik lagi jadilah seperti amerika iaitu membuat dengan sendiri.
Baru semalam aku perasan gambar dekat facebook.
Sekarang aku sudah faham. Sokongan ini penting untuk kita berjaya. Kesimpulan akhir ialah kita patut meniru kerana ia adalah satu sokongan.
:p
adila: lebih baik meniru dari menipu kan? hehe
helena: betol2. boleh speaking jepun lagi tu. keh3