Kadang-kadang pening jugak bila dengar masalah orang ni. Hendak-hendak pula masalah itu ialah masalah rakan kita.

Aku ada satu kisah pada satu malam aku tengah layan cerita p.ramlee. Punya best tengah layan cerita sampai siti nurhaliza lalu depan pun tak perasan. Kalau m daud kilau tak tahu lah mungkin perasan kot.

Tengah syok-syok layan tiba-tiba rakan aku telefon. Mula-mula macam biasanya dia tanya hari ini kena nombor ekor tak. Eh takde lah. Dia tanya tengah buat apa. Aku pun jawablah tengah layan cerita p.ramlee.

Dia pun faham lah aku tengah tengok tv. Tapi tiba-tiba rakan kepada rakan aku telefon dia. Dia punya kawan ada masalah dengan kawan dia yang lain. Aku pun dengar lah macam-macam pasal kawan dia tak balik rumah lah kawan dia balik awal sangat lah kawan dia buat apam balik lah.

Macam-macam masalah aku dengar dan aku hanya mampu berdiam sambil mengiyeke seperti ini,

" KAU TAHU KAWAN AKU NI TAK NAK BALIK RUMAH SEBAB GADUH DENGAN KAWAN DIA. TU BARU KAWAN BELUM PAKWE MAKWE LAGI TU"

" OH IYE KE?"

" YE LAH WEH AKU PUN TAK PAHAM KENAPA NAK GADUH-GADUH SAMPAI NAK BALIK JALAN KAKI DARI LONDON SAMPAI MALAYSIA. TAK PENAT KE DIA JALAN KAKI"

Okay ayat yang bawah tu aku saja tambah. Tapi tu lah aku hanya dapat mendengar sahaja sambil mengiyeke seperti ini,

Eh bukan aku dah tunjuk tadi?

Jadi perjalanan cerita p.ramlee aku pun terganggu seketika sebab tak dapat nak fokus. Lepas sorang ni letak telefon lepas tu ada lagi sorang telefon.

" AKU BENGANG BETUL LAH DENGAN CARA DIA TU. DIA BUAT AKU NI DAH MACAM AWEK DIA PULAK. PADAHAL BUKAN ADA APA-APA PUN"

Aku macam biasa lah mendengar sambil mengiyeke dekat kawan aku. Sekali sekala aku suruh kawan aku tu sabar saja. Kesian pun ada bila aku dengar masalah kawan aku sorang ni. Aku pun dah hampir-hampir terlibat.

Jadi kesudahannya cerita p.ramlee aku tinggal kata-kata akhir. Bila lepas kawan aku letak telefon aku tengok balik cerita p.ramlee dah habis. Selalunya mesti dia akan tulis macam ni.

" TAMMAT"

Aku pun faham.

Kempunan aku nak tengok p.ramlee. Kadang-kadang kita perlu menjadi pendengar yang baik bukan. Orang cakap bukan haiwan cakap kalau seseorang tu luahkan masalah dekat orang lain pasti masalah tu akan jadi berkurang sedikit rasa dia.

Jadi aku dah berjaya mengurangkan rasa masalah kawan aku. Sekarang aku pula bermasalah nak tidur. Apesal susah nak tidur ni. Awal lagi ke?

12 Comments

komen sikit?

Milimilo said…
xpe..kwn gaduh bukan selalu..cite p.ramlee ada ulangan lg lps ni..heh =)
Razman said…
lagi best lepas dgr mslh kwn kte, kte bley tros rembat kwn kte wat koleksi awek..klu kwn ppn la..
AmalinaOmar said…
sudahla, jangan ingat aku lagi. pergilah tidur.
Anonymous said…
cte p.ramlee de ulg byk kali;DD
Hanamaruku said…
razman ni kepale hotak die kalau tak perempuan, mesti anak babi. cait.
milo: lepas ni pun ada ulangan kawan gaduh? hehe

oranglidi: kole pilah. esok. amcam?

razman: kalau kau kena rembat camne plak?

amalina: nak tidur lah ni. kau menakutkan aku.

maya: yang ni paling best tak selalu ulang la.

hanna: dia macam kau sikit2. otak mereng. haha
AJ said…
Berkawan biar beribu,bermusuh jangan satu...Jgn jadi kawan makan kawan sudahle..

http://eyriqazz.blogspot.com/
eyr: betol2 baik makan nasik dari makan kawan. hehe
oranglidi said…
la dia nih. wa dah blah ke kolumpo.. lu pi a jumpa lumut tu.. dia duk pilah. ym la dgn dia. hehe
Anonymous said…
u are such a very good listener. seriously..

~kwn lame :)
oranglidi: aisehmen. awal gile lu blah. takpe2 jumpe dungun ok?

anon: tenkiu. ko bile nak gayut ngan aku? hehe
Previous Post Next Post