Sudah masuk raya ketiga baru rasa tenang (rilex) sedikit. Sebenarnya hari ini rancang (plan) hendak pergi ke air terjun (waterfall) dekat Gambang. Bukan air terjun (waterfall) aku rasa tetapi dunia air (water world) lah. Aih penat juga hendak buat kamus (dictionary) macam ini bukan.
Sebenarnya perancangan aku hendak pergi ke Taman Tema Air Bukit Gambang. Boleh baca tempat menarik di Pahang untuk tahu lebih lanjut tentang Taman Tema Air Gambang. Ya aku baru hanya bercadang. Jangan rasa tertipu dengan tajuk entri ini okay. Aku bercadang mahu bertolak pada pukul 9 pagi. Ya sekarang sudah hampir pukul 2 tengahari. Dan ya aku sudah lambat sangat. Aku rasa macam tidak jadi sahaja hendak pergi ke sana.
Bak kata pepatah,
" BAGAI ITIK PULANG PETANG"
Okay walaupun tak kena sangat tetapi aku rasa sudah cukup menyesal kerana bangun lambat. Bila bangun lambat semua perancangan akan tergendala. Jadi aku menasihatkan supaya jangan lah kita bangun lambat. Bangun lah awal. Baru lah semua nya berjalan lancar.
" TIDUR AWAL BANGUN AWAL PERANCANGAN TERKAWAL"
Artikel menarik: Bukit Tinggi Pahang
megiassamlaksa: SELAMAT HARI RAYE GAK. malu i.haha