Aku sangat suka bercerita tentang masa kecilku. Aku rasa macam nak kembali pada zaman dulu-dulu (bukan zaman dulu pegang batu gesel-gesel keluar api tapi zaman dulu-dulu). Zaman dulu-dulu maksud aku ialah sewaktu aku masih kecil muka masih bersih tiada janggut tiada misai tiada bulu hidung tiada bulu ketiak tiada bulu okay-okay dah cukup cukup.

Waktu darjah-darjah dahulu aku sangat suka belajar matematik. Sebab matematik pada masa itu sangat mudah dan waktu darjah-darjah dahulu aku sangat suka belajar matematik (kenapa macam dah ulang ayat ini?ok abaikan).

Aku sangat cintakan matematik sehingga pernah sekali aku terlewat memasuki kelas dan apabila masuk kelas Cikgu Rosdi (cikgu yang paling rock di dunia) sedang mengadakan ujian. Aku menjadi kelam kabut kerana masa yang ada untuk menjawab soalan ujian tidak mencukupi. Akhirnya masa menjawab pun tamat dan aku tidak sempat menyiapkan soalan ujian tersebut.

Aku merayu kepada Cikgu Rosdi supaya memberi sedikit masa tambahan untuk aku menyiapkan soalan itu tetapi tidak diendahkannya. Aku berasa sungguh bangga sehingga kembang-kembang buntot. Woi bukan bangga lah. Sebenarnya aku berasa sungguh sedih dan terkilan dengan keadaan itu sehingga aku menangis kerana tidak dapat menjawab soalan hingga habis.

Nampak kan kecintaan aku terhadap matematik sekolah rendah?

Tapi ada satu kisah seorang budak menjadi perhatian sewaktu belajar matematik. Semasa cikgu matematik yang lain sedang mengajar dan bercakap-cakap, tiba-tiba cikgu itu berhenti bersuara dan kelas menjadi senyap sunyi. Tumpuan cikgu itu terhadap budak tersebut. Rupa-rupanya budak itu sedang tertidur. Malu budak itu bila bukak mata je cikgu sudah depan muka dia.heh heh heh.

Yang ni aku tak tahu dia cinta matematik. Ada sesiapa terasa tak?

14 Comments

komen sikit?

oranglidi said…
sampai unibersiti ade 6 pringkat matematik. sakit hati btul. ingatkan abis spm dah x yah ambk math dah.

pre calculus
calculus
diffrential eqtn
vector calculus
numerical method
probability statistic

ha. macamne ni? pening kpalo.
anis said…
sekolah rendah mmg matematik tu cinta anis.
sampai f4 ..jumpa add math ,
anis declare war ngan math.
hahahaa
chipsmore: ya matematik dah mencuri hatiku.hahaha

oranglidi: kau ambil math lagi ke? nasib baik aku dah tak ambil. aku cinta sekolah rendah punya je.haha

anis: eh eh anis same la kite. add math kantoi.haha
lumut said…
orang lidi.mmg byk peringkat pon.aku sdg merasai penangan nye..sakit pale weh.

budak tuh nga blaja math ngan dewa matematik.tuh yg kena pejam mata.bek jangan kacau.hee
cikNiarun said…
hehehe..masalah tertidur 2 bese la weh..hihi...lagi sedap kalo tersentap kebelakang

owh..aku juga chenta math.sbb senang..xpyah fikir ayat~
imHepPie said…
hohh..tyme skola mengah ari2 tido tyme math...sgt nikmat haha
lumut: eh yeke ni. macamana aku tak perasan cikgu aku rupanya dewa dewa. rugi tak mintak sign.haha

nurain: haha kau mesti selalu tertidur jugak kan. lepas tu kena denda bendiri sepanjang hari.haha
Liquid said…
ehe incek liquid pon sukeeeeee maths sangat2 hee =P
misz benida said…
eh sme la kita..
math sunuk..
tkan2 calculator je..
xyh nk hafal2,ingat2..
tpi hmwork math bnyak lubng2 gak..
xbersiap..
liquid: math kau pas tak?haha

misz benida: math leh jugak wat kira2 nak main daun terup.heh heh heh
Pu3 said…
waa..saya sangat sayang matematik..
hehe..;)
hehe baguslah. putera jangan jeles lak.haha
SwEetForEst said…
hehehe..cinte gile ngn matematik tu bwk sampai tido ^___^
ni mesti kes tak siap keje umah ni. buat sampai ngantuk2.hehe
Previous Post Next Post