Entri sedih ini untuk orang gembira sahaja okay sebab kalau orang sedih baca akan jadi bertambah sedih. Tapi jangan percaya sangat.

Seseorang yang sedang marah selalunya pasti tidak dapat berfikir dengan betul. Fikiran boleh menjadi pendek dan keputusan juga mungkin kurang tepat bila seseorang itu berada dalam keadaan marah.

Pernah juga aku menelefon seseorang dalam jangka masa yang agak lama. Aku rasa orang akan menyebut perbuatan aku pada waktu itu ialah bergayut. (bergayut sepatutnya di pokok bukan macam monyet-monyet saja.ok abaikan)

Mungkin akibat daripada perbualan yang agak panjang deria pendengaran aku menjadi semakin berkurang. (ini hanya andaian aku okay jangan percaya sangat). Kadang-kadang aku terpaksa bertanya balik apa yang dicakapkan oleh pasangan aku. Dia juga terpaksa mengulang-ulang apa yang dia cakapkan.

Sampai suatu ketika nada suara aku menjadi semakin tinggi kerana tidak berjaya untuk mendengar suara si pasangan. Keadaan menjadi tidak selesa bagi si pasangan kerana nada yang kuat itu bagaikan ditengking oleh aku.

Akhirnya situasi menjadi tegang seperti tegangnya rantainya motosikal yang baru ditarik. Aku menjadi marah juga dengan keadaan itu lalu mengalami gejala-gejala menengking. Keadaan itu diakhiri dengan kata-kata kesat dan putus talian oleh si pasangan.

Aku sangat sedih sebenarnya.

Terasa betul lah. Aku rasa aku salah juga. Bila dah marah mesti tak boleh fikir dengan betul.





p/s: aku dah kata entri ini sedih. siapa suruh baca kalau tengah sedih. kan?

11 Comments

komen sikit?

Suriati Suhaimi said…
ala..
misunderstanding je 2..
regangkan la yg tegang 2 k..
oranglidi said…
jiwang karat ni.. ala, bincang lelok la..
misz benida said…
cool beb..
tbe2 aku rse nk nangis..
hehehe(gelak jht)..
jgn gduh hnya krna salah phm.
~nEeYsA~ said…
huhuh..
cdey gler bce...
kalo tnggikn sore,mstila terase..
hukhuk..
ape2 pun,
boleh baik2 blik..
slh fhm je..
:)
cikNiarun said…
sebenarnya, bila hati makin jauh, kita makin xdengar..

so..dekatkan kembali hati kamu berdua
sue_pinky: eh yang tegang pun boleh kasi regang ek.ahaha

oranglidi: ni bukan karat lagi dah. ni dah jiwang berkulat.hahaha

misz benida: time kasih sebab nasihat (tumbuk2 dinding)

neeysa: haha betul kan sedih. sedih ni mari kita gembira dengan gelak2.haha haha.

nurain: isk mane pergi hati ni. ade tali tak nak dekat kan.
dianna said…
telinga aku sangat selalu juga menjadi pekak secara tiba2. syukur mempunyai teman penalifon yg sgt pensabar. haha :)
Hanamaruku said…
yup btol.
ble kte marah, kte takkan dapat pk dengan btol, pastu last last mesty kte akana menyesal ouh.

takpe, belajar dari mistakes.
tengah darah panas kan :)
cik yaya said…
couldn't agree no more part yg bila marah mesti tok boleh fikir dgn betul.

nice blog.kakak link kamu :D
dianna: haha beruntung dapat pasangan pensabar sangat.

hannamaruku: eh eh macam mana tau darah aku panas ni. ke kau pontianak dah gigit aku?hahaha

cik yaya: hehe thnx kakak. hah kakak?muda nya i.haha
cik yaya said…
cis budak ni.membawa kecenderungan untuk melempang ah.kah kah

kan dan ckp bila marah xboleh fikir dgn betul.okay panggi kak ya=kya
nampak muda sket.haha
Previous Post Next Post