Hari ini memang paling best la dalam sejarah hidup aku. Kamu jangan nak cemburu lah dengan kejayaan aku. Aku bukan nak berlagak lah kan tapi memang kamu mesti rasa nak jeles lah cemburu lah dengki lah. Okay tak baik tahu bersikap begitu. Kamu sepatutnya rasa nak tahu bagaimana aku boleh mencapai kejayaan seperti ini.
Aku bukan lah seorang jutawan atau ribuwan atau puluhwan. Aku juga bukan salah seorang daripada angkasawan yang memacakkan bend
era Malaysia di bulan. Jika kamu ingin tahu, aku juga bukan CEO di syarikat peredaran motor TAN CHONG.
Okay lah cukup lah pengenalan serba sedikit tentang aku. Aku akan teruskan dengan kejayaan dak sekaligus mencatat sejarah dalam hidupku ini.
Buat pengetahuan kamu, hari ini aku telah berjaya membuat roti canai buatan sendiri.
" WAH WAH HEBATNYA HEBATNYA"
Haha betul weh. Hari ini aku dah berjaya menghasilkan roti canai sedap-sedap. Tak sia-sia aku bertungkus lumus menguli tepung malam semalam. Hampir berpeluh-peluh juga aku dibuatnya. Diulang hampir berpuluh okay. Jadi belum lagi berpeluh. Kamu perlu faham di situ. Aku menguli dengan bersungguh-sungguh dah fokus sehingga aku terlupa hendak meletak telur. Dah nak siap baru aku teringat. Nasib baik doh aku masih boleh diselamatkan. (doh ialah tepung yang siap diuli bukan kata ganti nama diri seperti "KAU BUAT APA TU DOH?", bukan yang ini okay.)
Sebagai meraikan kejayaan aku ini, aku dan rakan-rakan rumah sewa rumah wangi telah pergi ke Air Terjun Cemerong. (ceh padahal kebetulan memang nak pergi sana). Lokasi air terjun ini ialah di kawasan Paka,Terengganu. Hampir kesemua penduduk rumah sewa rumah wangi telah pergi ke kawasan rekreasi ini. Memang syok gila lah weh. Siapa yang ada plan nak pergi bercuti memang aku cadangkan dekat sini lah. Tempat dia memang syok dan kemudahan pun lengkap.
Kita layan gambar sebentar okay,
Kami bukan rempit-rempit kepit tersepit okay
dekat sini memang agak sejuk jadi tak perlu pergi ke Gunung Fuji lagi
aku dah cakap memang rugi kau tak pergi sebab memang syok gila lah dekat sini
tengok kemudahan dia lengkap kau cakap je nak apa mesti dapat
Baca juga: Tempat menarik di Melaka
memang rase puas bila dapat buat roti canai sendiri..
taniah atas kejayaan membuat roti cnai sedap..hehehe..poyo tol ayat..
lps ni leh jdik partnership bkk warung roti cnai.
hihi :D
sweetforest: pegi lah mesti syok habes. haha tenkiu2.
suezensuzanna: haha panjangkan kaki dan terbangkan duit ke sini.haha
boo: eh macam ada pape je ni?haha
atyrah: wah siap ingat lagi baju warak pakai.hehe
tmpt 2 cm seronok je.
leh la kite p psni..
faryn: buleh2. kena jadi mat rempit dulu.haha
nak!!!gune pos laju pon ley k....
huhuhuhuuu...
nnt bg map air terjun k
nk p gak...
besh sesangat ke
Anak Pendang Sekeluarga: Kami mengalu-ngalukan kedatang anda.
n a r d indie winkie: cepat bagi nama kampung. nak buka gerai terus.haha
niEna hailani: roti canai jadi roti leper. tak ori dah. em map Air terjun cemerong boleh bukak sini-http://www.waterfallsofmalaysia.com/72cemerong.php