Aku berasa sangat senang hari ini. Aku sangat hendak membuat tag yang diberi oleh fuzz ini. Mulanya aku tak perasan ada kojek rapik di situ. Baru aku ingat itu panggilan aku. Okay. Terima kasih sebab belanja aku semalam. hehe.


5 Hadiah yang anda impikan :

:: Percutian 18 tahun 18 bulan 18 hari 18 malam ke planet pluto bersama Lisa Surihani. Siapa yang menang peraduan lip ice pun aku nak bawa sekali. Korang nak join?

:: Aku nak kereta yang boleh terbang dan mencilok-cilok. Boleh aku parking kereta aku kat atas pokok nanti.

:: Wallet yang penuh dengan duit 18juta. Kalau tak muat wallet boleh simpan dalam bank dan masukkan kad bank dalam wallet itu okay.

:: Sebuah rumah yang lengkap dengan perabot, orang gaji, pengawal, dan isteri. Erk! isteri?

:: Aku nak sebatang pokok yang sangat besar dan menghasilkan buah durian emas.

Alasan terhadap pilihan tersebut :

:: Aku nak bagi penghargaan kepada Lisa Surihani sebab pernah jadi peminat aku suatu ketika dahulu.

:: Takde sape boleh rembat sebab aku letak kerengga dekat pokok tu.

:: Aku akan jadi kaya dengan sekelip mata. Aku mesti sayang orang yang bagi wallet tu.

:: Hidup aku akan jadi senang hati dan tidak perlu memikirkan untuk membela anjing kerana ada pengawal yang menjaga rumah.

:: Tak perlu lah aku susah-susah nak kerja lagi. Aku hanya perlu siram pokok itu sahaja. Siapa bagi pokok tu aku belanja dia durian hari-hari.

5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:

:: Aku pernah melukis muka sendiri dan menjadi muka adi putra.

:: Pernah tertembak makcik jual nasi lemak menggunakan senapang kayu yang pakai peluru terung. korang tahu bukan? ceh kampung betul korang ni.

:: Aku pernah terminum air spider. nasib baik aku tak jadi spiderman. mungkin spider tak sempat nak berak kat air tu.

:: Aku juga pernah terjun bangunan 18 tingkat dan masih hidup. Itu pun masa aku termimpi rupanya aku hanya terjun katil.

:: Pernah tak mandi selama 2hari. Sangat hebat bukan?

5 Ciptaan yang paling disukai :

:: Ong bak. Ops bukan. Aku maksudkan ialah ombak. Menenangkan dan melupakan.

:: Awan dania. Dania juga aku suka.

:: Buaya. Aku nak bela satu bila aku senang nanti. Boleh aku main-main dengan dia kalau bosan.

:: Bulan. Memang jiwang aku ni. Bulan pun boleh suka.

:: Matahari. Aku tak la jiwang sangat. Ada jugak ganas nya okay.

5 Perkara yang paling dibenci :

:: Sakit perut yang nak terberak 18 juta kali.

:: Sakit gigi yang sampai mengalir air mata teruna.

:: Di kutuk oleh rakan-rakan sambil dikelilingi beramai-ramai sambil berkata gemok! gemok! gemok! Aku tak gemok lah.

:: Ditinggalkan isteri pertama. Isteri kedua dan ketiga aku tak kisah sangat. kot.

:: Lupa atau teringgal nak bawa duit masa nak pergi topup.


5 orang yang hendak ditag :

:: Cik Syeza. Kau rajin tak?

:: Encik OrangLidi. Kau lagi rajin bukan?

:: Encik Fatul. Kau pemalas!

:: Cik Neeysa: Kau sangat baik. Mesti buat.hehe.

:: Cik Mentari Malam: Aku nampak kau macam rajin.

13 Comments

komen sikit?

oranglidi said…
lu memang nak kena!! cis! ada masa wa jawab.. dahla tag x menguji minda!
ngonget said…
ok.timaseh sbb timaseh sal timaseh smlm.timaseh lagi dan lagi.btw,kau pn stok2 xsuke mandi hape?dan makcik nasik lemak tuh makcik wok kn?lalalala
gloomy said…
salam...
hahahaha...
terkena tag sudah..
muahahahaha
:: Wiween :: said…
ha? pernah x mandi 2 hari? pakai perfume x? ehehe
~nEeYsA~ said…
wah...
aku di tag!
haha..

yg aku xley thn tu,ko dh kwen ke smpai ko bnci kne tnggl istri pertme?
hahaha..
taip cm dh de experience je..

tpi gle cian la kalo dkelilingi oleh org pas2 ckp kte gmok..
waaa...xnk2!haha
oranglidi: kau jangan malas2 okay. jangan bagi alasan ia tak menguji minda.

fuzz: hehe okey2 timekasih3 jugak. tu perkara terhebat la. maknanya sekali sekala aku mandi. bukan makcik wok la tapi makcik rowk!
mentari malam: hehe. jawab jangan tak jawab.

cikgu wiween: mandi pun tak. perfume apa lagi.haha.

neeysa: jawab2.hehe. haha ada gaya macam dah ada isteri ke? kalau dikelilingi sambil cakap cantik2 mesti kau suka kan?
Liquid said…
uhu bukan lisa surihani tu suda jadi wife gua ke..?? berani lu mau rampas ek.!! ahahahahah
nuRuL said…
Starting from today, Friday the 15th until 22nd of May, you can have your pretty TieRack scarves at as low as RM55 each! :)
dLa Suri said…
gemuk! gemuk! gemuk!
hahahhaha.
Milimilo said…
haha..1st time aku baca jwpn tag yg sengal gila..aku mmg xpernah mencemar duli blog aku dgn tag2 jadah ni..tp kalo jwb mcm ko,bole dipertimbangkan.. :DD lol
liquid: eh ye ke? nasib baik aku tak bawa lagi pergi pluto. kalau tak kesorangan la kau.heh.

shawlycious: aih? coment kat sini boleh meng iklan lah.

dla: ahh aku tak gemok lah gemok!ahh

milomilo: kau juga boleh mencuba okay. pasti seronok.hehe.
cik erin said…
hahah.
hantu 18 ke ape?
Previous Post Next Post