Kadang-kadang lelaki juga sangat rajin bukan? (okay kalau tak pun aku tetap nak cakap rajin!)


Hari ini aku nak mengajar kamu semua cara menghasilkan santan buatan sendiri. Kamu mesti fikir sangat senang nak buat bukan? Sebenarnya terdapat teknik-teknik yang betul untuk membuat santan daripada kelapa okay.

Baiklah sebelum itu aku nak terangkan jenis-jenis kelapa yang sesuai untuk dibuat santan. Di Malaysia terdapat banyak jenis kelapa seperti kelapa muda, kelapa tua, kelapa sawit, dan kelapa laut afrika (okay nama dia sahaja afrika). Jadi kamu semua perlulah memilih kelapa tua untuk membuat santan.

Kelapa muda hanya sesuai untuk dibuat minuman jika adik atau abang kamu demam kerana ia bagus untuk menyihatkan daripada demam. Kelapa sawit pula selalunya digunakan untuk membuat minyak masak seperti minyak masak cap buruh dan sebagainya. Manakala kelapa laut afrika sesuai untuk membuat minyak angin. Okay cukup la mengenai jenis kelapa.

Seterusnya aku akan menunjukkan cara yang betul untuk membuat santan:



1. Gunakan besi pengupas kelapa untuk mengopek sabut kelapa. Hentak pada kelapa dan buka besi untuk mengupas. Maaflah besi pengupas kelapa hanya kelihatan sedikit sahaja kerana jurukamera tidak mahir menggunakan kamera telefon bimbitnya.


2. Ratakan sabut-sabut yang terdapat pada tempurung kelapa menggunakan parang kecil supaya kelapa kelihatan cantik dan tidak serabut.



3. Kemudian apabila kelapa telah cantik. Pegang kelapa menggunakan tangan dan lihat dengan teliti kawasan kepala kelapa itu. Ya kepala bagi kelapa itu. Kamu dapat lihat terdapat tiga bahagian. Dua bahagian anak dan satu bahagian bapak.




4. Sekarang kamu sudah tahu bahagian mana yang patut dipotong? Ya. Bahagian tengah di antara bahagian anak itu. Kamu perlu potong di garisan tersebut. (pastikan kamu guna belakang parang okay).


5. OKay sudah siap! Kelapa akan terbelah dua dengan cantik. Jadi bagaimana mahu membuat santan? Mudah sahaja. Ambil kelapa yang telah dipotong dua tadi. Gunakan mesin kelapa untuk mengambil isinya dan perah isi kelapa dengan campuran sedikit untuk hasilkan santan. Sangat mudah bukan?

Baiklah itu sahaja untuk kali ini. Aku harap bagi bakal-bakal suami dapatlah luangkan sedikit masa untuk membantu ibu kamu di dapur membuat santan. Bagi yang berpangkat suami pula diharapkan dapat membantu isteri kamu di dapur. Jangan lah duduk sahaja tunggu makanan. Nanti jangan sampai isteri kamu berkata kamu goyang kaki sahaja okay?




13 Comments

komen sikit?

Anonymous said…
ahahaha.. baguzz la kau! care nk wat kueh x nk tnjk skali??
adey manis said…
aku salu parut sniri.. tp tu la.. bab nk kupak kan kelapa tu mesti aku fail.. main nak kupak je.. last2 sebelah tempurung jd besar sblh lg kecik. nk wat coli hawaiii pn dah x boleh. kah3! =p
Nuts said…
astaga..apekah kau inniew??

ko nak kawen da ke?
oranglidi said…
huk ela.. ni senang jo..

woih! apahal gambar lu kat header tu ad pakai spek? so wa lukis je yang atas tuh.. lu jangan bising2.. haha..

wa silap nak tulis nama org len.. trtulis nama lu pulak.. tu sbab tjadi dua gambar utk lu
hanilopiplopz: oh care buat kuih akan menyusul kemudian.hehe

mamma mia!: eh bukan kupak la tapi kopek. barulah boleh jadi coli!haha

nuts: bukan aku nak tapi kau. betul kan? orang kenduri kau nak jeles.

oranglidi: senang2 kau penah buat ke? cis. gamba kat header tu aku pakai rayban la. bukan spec.heh
oranglidi said…
wa penah watla.. cis

rayban tu mende? kuih ke?

haha.. sori banyak2 la kalao wa silap..
ngonget said…
kelapa laut afrika tuh ubt batuk ok.bkn minyak angin.ish..kompius ku.
pasnih,ko bole meniaga kueh2 dr produk klapa plak kt grai berger ko.btw,bile na dpt berger free neh?aku tgk lame da xberasap grai tuh
~nEeYsA~ said…
waaa...
bgus2..
nnti jgn lupe tlong isteri ko ekkk...
haha
'AQILAH said…
pergo kedai beli lagi seanng kot.:P
oranglidi: kau pernah wat ke kau penah beli?huh. rayban bukan kuih la! tapi permainan pantai.

fuzz: aiseh silap la. aku ingat minyak angin semalam.heh. sori la semenjak due menjak tiga menjak ni asik ujan je. semalam awat ko tak tuntut. berasap2 grai dowh.

neeysa: mesti lah. aku kan suami yang solehah. erk?

fara aqila: beli kan mahal. kalau ada suami tolong barulah ada semangat bantu-bantu kasih mengasihi.cewah.haha
I_Hate_Lolipop said…
kadang2 yer lelaki sangat rajin.tp itu pun ada makna:

1)sbb lelaki nak sesuatu
2)sbb hormon lelakinye tgh rajin
3)or tgh terpengaruh dari drama tv ttg suami/anak soleh

Anyway, bagus sbb rajin tlg, and santan yg paling best bukan dari packet di kedai.
erk? nak sesuatu. ya nak membantu kan. jadi pakai la santan buatan tangan.
~nEeYsA~ said…
suami yg solehah?
hahahahah...
btol2...
Previous Post Next Post