"Saya benci mat rempit macam awak!"
Aku nak pinjam sikit ayat Diana Danielle. Walaupun aku addicted juga dengan ayat tu tapi aku tak boleh tengok kalau orang sedang menolak motor. Rupanya baru aku tahu aku ada juga perasaan penyayang. (ceh kesian tengok orang tolak motor kau kata penyayang!?)
Aktiviti hujung minggu aku kali ini memang menyeronokkan lah. Aku dapat berjumpa dengan rakan lama yang sudah 6juta tahun tak jumpa. Okay sebenarnya hanya 6bulan. Kami dengan azam yang kuat mencari lokasi untuk dituju.
Lokasi pertama iaitu Air Terjun Sungai Dua (kamu tahu ke?) terpaksa dibatalkan kerana apabila tiba disana kami dapat lihat orang sangat ramai bermandi manda walaupun air agak keruh. Putus selera kami mandi disitu dan kami menukar lokasi ke Batu Tujuh. (ni mesti kamu tahu).
Untuk pengetahuan kamu Batu Tujuh terdapat bahagian-bahagian untuk mandi manda seperti bawah jambatan, sebelah tandas, gagak hitam, dan kelapa sawit serta perting valley juga lata hammer.
Kami memilih lokasi untuk bermandi manda di gagak hitam. Kamu mesti pelik kenapa nama gagak hitam itu bukan? Sebenarnya itu nama yang dicipta oleh kami kerana ada batu yang di spray dengan cat tertulis Gagak Hitam.
Kami ada bakat menyumpit tauk!!
Memang seronok lah mandi sampai penat sampai ada sorang mamat ni boleh bercalar badan. Berlagak nak buat skill pusing kebelakang dengan melompat dari atas batu lepas tu bila lompat terhantuk badan dekat batu sebab lompat dekat sangat. Ambik kau badan dah calar. Lepas mandi kami pergi minum dekat Najath. (itu nama restoran okay, bukan rumah rakan yang bernama Najathkani).
"Beli pepsi pun dah cukup"
:P
best pergi air terjon, lame x pergi..
hehe.ke sekitar pahang ade?
mmbe ko yg rmbut krinting tuh mcm rakyat sungai dua jek?hoho.
btw,aku tuntut berger ko eh mlm nih
lu memang ada bakat jadi bintang asli
moon porlo: heh marilah ka sini. ada spa dari air sungai.
nadia: salah2. najath ada jugak dekat bentong tau.
fuzz: ade lah weh! yang mane yang mane? memang pon!haha. takde lah weh tak baek mengumpat. ok datang la malam ni kalau tak hujan.
oranglidi: ade kaitan lah weh!! maybe tak tepat je. jangan potong banyak sangat ek?
suezensuzanna: eh bukan macam tu bunyi mandi sungai tapi, aaaaaaahaaaaa. paham?
muhd nur azym: haha menggaru lepas mandi sebab kena pacat? bukan menggaru lah!
ok,jejak kasih
tjuk xde kne mgena...
hahaha...
ok ni blog dia. haziqlodeh.blogspot.com (kenapa bagi blog sekali ni?)