Tuesday, April 24, 2012

Kata-kata hikmah


Sabar itu separuh daripada iman..

Wednesday, April 18, 2012

Promosi blog baru

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?

Hari ini saya mahu mempromosikan blog baru.hehehe. Akhirnya setelah dua tiga purnama berpenat lelah, siaplah blog baru saya ini.

Blog ini khusus untuk sesiapa yang berminat menempah minyak wangi dan barangan sunnah. Sebelum ini saya memang berniaga, cuma dalam universiti sahaja. Maka sekarang ini saya mahu promosilah pada semua blogger yang berminat.

Ini blog nya BERJAYA SUNNAH.


Silalah kunjungi blog baru saya ini ye..  Diharap dapat memberi sokongan untuk blog baru ini.:)

Wassalam..

Tuesday, April 17, 2012

Pemenang contest budi bahasa!


Kini tiba masanya..hehehe

Tahniah kepada pemenang-pemenang  contest budi bahasa budaya kita! Ini dia pemenang-pemenangnya:

Tempat pertama: Samad
Tempat kedua: Orang Lidi
Tempat ketiga: Vivi
Tempat keempat: pinQib
Tempat kelima: gadis Flexible

Berita gembira untuk mereka kerana semua mereka akan dapat hadiah. Tahniah sekali lagi kerana telah berjaya memenangi peraduan ini.

Jadi pemenang-pemenang, sila emailkan alamat anda pada saya ( apik_89@yahoo.com ). Hadiah akan di pos ke rumah anda..:)

 Sebelum itu,disini ada sedikit santapan untuk anda semua.hehe


Budi bahasa budaya kita..:)
Tengok gambar yang kedua, siap berkilat lagi tu..

Monday, April 2, 2012

Sori diatas kelewatan..

..aku mengupdate blog.

Aku memang tak dapat nak elak lah hal ini. Maka tak dapat nak update blog nya pun. Cuma nak beritahu untuk contest budi sudah tamat....

Nampaknya ada 5 penyertaan kali ini. Mereka ialah:
pinQib
samad
vivi
Orang Lidi
gadis flexible


Terima kasih kepada semua yang menyertai. Keputusannya akan diberitahu iaitu pada 17 April 2012 iaitu pada selasa depan lah okay.

Tunggu keputusan yeee...

p/s, sangat2 sibuk.. sori ye kengkawan..

Sunday, April 1, 2012

Contest budi bahasa budaya kita!

*This is stickypost!

Sebenarnya sudah lama aku berkeinginan untuk buat contest. Cuma baru sekarang aku berpeluang untuk buat. Contest ni senang saja. Buat cerita pasal negara kita. Cerita macam aku buat ni.

......

Aku ada seorang kawan dari Bangladesh. Nama dia rafiqul islam. Satu-satunya bangladeshi yang aku kenal. Orang panggil dia rafiq. Sama pula dengan nama aku.

Rafiq merupakan seorang pelajar di Universiti Malaysia Pahang. Mengambil jurusan mekanikal.

Satu hari selepas solat maghrib aku duduk bersembang dengannya. Satu perkara yang buat aku tersenyum hingga ke hari ini. Katanya dia sangat suka dengan Malaysia. Dia berasa sangat senang dengan penduduk Malaysia. Lalu aku bertanya mengapa.

Katanya dia belum pernah berjumpa dua orang yang bergaduh dihadapannya walaupun sekali. Penduduk Malaysia sangat sopan santun. Menghormati satu sama lain. Tidak pernah bertengkar.

Dalam hati aku membisik, mungkin dia tidak pernah bertemunya lagi.

Lalu beliau menyambung lagi. Katanya pernah suatu hari dia ternampak seorang pemuda yang membeli barang di sebuah kedai runcit. Pemuda tersebut terlupa mengambil baki selepas membayar. Lalu pemilik kedai keluar berlari sambil menjerit-jerit memanggil pemuda itu.

Kata rafiq, kalaulah di bangladesh pasti sudah lesap duit baki itu. Nasib lah, kalau pemuda itu datang semula maka barulah dapat bakinya. Jika tidak, pemilik kedai pasti mengambilnya.

Itulah yang membuatkan beliau suka dengan rakyat Malaysia.

Cerita beliau membuatkan aku berasa sangat bangga. Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!

.....

Itulah cerita aku.
Anda ada cerita? Sertai contest budi bahasa budaya kita!
Mudah, cerita sahaja.

Syarat-syarat penyertaan.
- Mestilah ada blog.
- Hujung cerita tu mesti tulis camni, " Maka aku sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia!"
- itu saja syarat-syaratnya. Mudah kan? Nak follow blog ni atau tak itu terpulang. Janji pastikan saya tahu anda sertai contest ni.
- link cerita anda dekat ruang komen ya. Senang sangat lah.

Okay.. Ni hadiah-hadiahnya.. Jeng jeng jeng..

Hadiah 1st - special perfume (rm35)+ baucer misteri.
Hadiah 2nd - special perfume (rm18) + baucer misteri
Hadiah 3rd - special perfume (rm 10) + baucer misteri.
5x hadiah saguhati - baucer misteri.

Okay la tu kan. Sape nak bagi perfume free ...hehehe.. Contest ni diadili oleh kawan-kawan penulis sendiri selaku juri-juri jemputan ye.
TARIKH TUTUP pada 01/04/2012.

Kalau 8 orang join contest ni, konfem semua dapat hadiah...haha..
So apa tunggu lagi. Cepat! Jangan lopehkan peluang ni.


Update!

Peserta yang dah join:
1. http://momoelovepet.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
2. http://thisisamad.blogspot.com/2012/03/contest-budi-bahasa-budaya-kita.html
3. http://vidadarisakura.blogspot.com/2012/03/budi-bahasa-budaya-kita.html
4. http://cakapwa.blogspot.com/2012/03/memperbudayakan-budi-bahasa.html
5. http://gadissflexible.blogspot.com/2012/03/tiga-ratus-dua-puluh-sembilan.html