Aku sekarang berada di perpustakaan UMP. Seperti mana yang kita tahu perpustakaan ialah tempat membaca buku. Ammmboi bukan main rajin je pergi library. Biasalah perlajar cermerlang kan. Mesti r rajin. Kemain banyak r.

Perpustakaan UMP ni best. Paling best sekali pagi-pagi ni. Orang tak ramai. Aircond sejuk. Tenang je. Lagi bestnya internet sini laju. Bukan macam line dalam bilik. Sudah lah lembap macam siput kerbau. Nak bukak youtube pun tak boleh. Apatah lagi redtube.

Sebenarnya kelas batal tadi. Nak balik bilik pulak malas. Sebab tu lah aku rajin pagi-pagi ni. Maka kesimpulannya pergi la perpustakaan yang indah ni. Nampaklah macam student berintelektual sikit. Walaupun hakikatnya puncanya disebabkan sikap malas juga.

Aku berniat sangat untuk membaca buku disini. Tetapi setelah menyedari library ini ada kemudahan yang lebih baik iaitu internet, maka aku gunakan kemudahan itu dengan sebaik-baiknya. Dan akhirnya siap lah entri untuk hari ini.

Harap-harap nuffnang pertimbangkan kerajinan aku.. T_T

7 Comments

komen sikit?

hanaahmad said…
rajinnyaaaaaa......memang tak sia2 UMP letak kemudahan cmtu kat library. haha
oranglidi said…
haha. aku biasa pgi pustaka masa nk exam je. tu pun sbab nk tgk makwe2. hahahahaha
hana, hargai setiap pemberian yang diperoleh..haha

OL, haha takleh pakai. memang la makwe2 g library semua cun2..haha
Duniakuabstrak said…
bedal jgn tak bedal..tenet free..haha
Pondok Usang said…
menarik library nii..
adie said…
best library skang ni yer. ada kemudahan internet.zaman aku dulu takde lagi.huhu..
ayul, sape pegi cc memang rugi rrr. haha

iwan, haaa tahu takpe. try la dtg..

penyubiru, dulu mesti kena bayar kan? skg dah free, orang yang nk gune je tak berapa ramai..
Previous Post Next Post