Thursday, June 23, 2011

Maharaja Lawak



Agaknya siapa yang akan menjuarai Maharaja Lawak musim pertama ini. Debaran makin terasa. Tidak sabar rasanya mahu tengok persembahan akhir raja-raja lawak ini.

Masa mula-mula dulu memang aku harapkan Nabil untuk menang walaupun Jozan memang power. Makin lama rasa harapan tinggal harapan. Tiba-tiba Jambu muncul dengan persembahan memang terbaik. Terus meminati Jambu sebab persembahan yang kelakar habis.

Tetapi bila akhir-akhir ni Jambu makin mengada pula. Persembahan tontonan U jadi tak berapa seronok. Geli juga melihat Yus yang berlebih-lebih jadi perempuan. Tontonan tak berapa nak U lah macam tu. Malu nak tengok bersama keluarga tahu. Jambu sudah tidak cute lagi.

Dan masa ini juga Jozan telah menunjukkan bakat yang terbaik. Persembahan memang mantap. Tidak boleh ingat bila Johan menyanyi, 'begitulah awan nano nano nano nano'. Rasa mahu ketawa sampai esok. Jozan pula bila dia yang menggelabah masa Dr Fadzilah Kamsah bersedih turut buat pecah perut.

Persembahan Sepah pula tiap-tiap minggu memang maintain. Sentiasa ada lawak walaupun Mamat kadang-kadang terover dan tak lawak. Jep dan Shuib laki Siti Sarah tu memang kelakar tak habis-habis.

Kumpulan R2 pula tidak mahu komen banyak. Walaupun dapat masuk semula selepas terkeluar, namun tidak dapat memberi impak yang besar buat penonton Maharaja Lawak musim pertama ini. Tak berapa nak maksimum lah impak nya. Sebab itulah tidak dapat melanjutkan diri ke peringkat akhir.

Jadi inilah dia kumpulan-kumpulan yang ke Final. Satu tu nasib baik aja juri guna kuasa vito mereka untuk tarik kumpulan itu ke Final. Kalau tak kirim salam aja lah.

1. Jozan


2. Sepah



3. Nabil


4. Jambu



Dan pada R2..babai lah yaa..

9 comments:

hanaahmad said...

eh, betullah kita sama. mula2 rasa nabil terbaik, tp jozan pulak mcm besh. pastu jambu dah boring sket. skgni sepah lak naik. cnfuse lak rasa. rasanya jozan kot menang.

huuuuu....semputttt.....

rafiq said...

haaahhh boboi tanjatt!
betoi2..
jozan memang cerah berseri harapan nak menang..

dLa Suri said...

jozan jozan, nk jozan menang. haha

cik Lea said...

nak sepah menang!

sepah memang da best!

oranglidi said...

aku memang minat jozan tapi dari segi satu sudut, aku rasa sepah mempunyai lawak yang bersentimental tinggi.

nadia said...

yeah, aku suka sangat ko nye buah pendapat same mcm aku. mula2 aku pon suka jambu sbb selamber, lame2 bile part die asek "AAAAAAAAAA??"

hampeh. lame x tegur kau.
hi rafiq. :)

Razman said...

kalau dr segi idea, mmg sepah terbaik. jambu dr dulu aku mmg tak suka. sampah. itu badut, bukan lawak.

jozan mmg kurang sket idea banding sepah, tp lakonan dia pe sume jauh lg mantap. sbb tu sntiasa nmpak lagi perfect.

vampire's lovex said...

aku suka jozan...dari awal lagi..setia kan aku? hahahaha....


semoga jozan menang... yeahhh

rafiq said...

dla, ambik ambik. undi byk2 klu nk jozan menang.

cik lea, boleh. kena buat camni dulu..haaahh haahhh semputttt..

oranglidi, sepah ni la last minit baru tunjuk belang. jozan dah lari jauh la.

dd, aku ada gaya jadi juri tak? jambu dah semput idea tu.. eh dd..haii..IMU..

razman, badut tu kadang2 lawak juga. tp bila selalu sgt tu yg nampak sampah.

btoi. jozan memang lebih mantap dari sepah sbb pndai melakonkan watak..

vampire, setia2 jugak. undi ke tak?