Saturday, May 7, 2011

Ustat pun diam

Sejak aku bekerja di Rawang ini penat betul rasa. Bila time tidur letak kepala dekat bantal terus tidur. Tak sempat nak berangan-angan dulu. Kadang-kadang belum letak kepala atas bantal sudah tertidur. Betul. Tertidur sambil duduk. Penat sangat gamaknya.

Kerja baru ini agak mencabar sikit. Bukan sebab amoi-amoi, awek-awek, dan makcik-makcik seksi sahaja. Tetapi ada sebab yang lebih mencabar lagi dari lihat skirt labuh mereka. Ya. Labuh sampai peha. Sebab yang lebih mencabar ialah mahu keluar bersolat.
Memandangkan tiada tempat solat maka aku terpaksa pohon untuk keluar. Siap dengan isi form semua baru boleh keluar. Sampai satu masa HR pun panggil.

" Awak tak boleh macam ini setiap hari. Polisi syarikat memang tak kasi sesiapa keluar waktu kerja. Tengok orang Melayu sebelum ni diorang semua tak keluar waktu kerja kecuali waktu rehat sahaja."

Aku sudah rasa ini satu bebanan buat aku. Sudahlah surau tiada. Hendak keluar pun susah. Setelah dikaji-kaji baru aku tahu kebanyakan orang Melayu disini bersolat di bawah tangga. Tempat yang terpencil lagi tersingkir. Memang MEREKA tak jaga kebajikan kita. Tapi apakan daya. Buat masa ini aku masih lagi bertahan. Perkara ini terjadi sebab kita sendiri. Mereka akan pandang keseluruhan. Dan itu menjadi contoh gambaran buat mereka. Mereka akan kata, kenapa yang lain boleh tapi awak tak boleh.

Satu lagi kisah. Ada sorang akak yang mempunyai seorang anak berumur 6 tahun yang advance sedikit. Anaknya baru sahaja belajar mengenai aurat wanita. Anak dia tanya soalan yang ustaz sendiri pun ternganga mahu jawap. Anak dia tanya,

" Mak, ustazah kita cakap, orang Islam kena pakai tudung. Tapi kita tengok akak tu tak pakai tudung. Dia bukan Islam ke? Tapi dia kata dia Islam. Kenapa dia tak pakai tudung? "

Nampak tak?
Macam mana mahu jawab untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun yang masih tak kenal dosa dan pahala. Mereka tahu hanya, kalau berdosa masuk neraka. Jadi siapa tak pakai tudung dia berdosa. Siapa berdosa dia masuk neraka.

Okay. Siapa boleh jawab?

21 comments:

MuhD NoR AzyM said...

Perghh..camtu skali tempat kerja ko? Tak patut..

rafiq said...

ko rasa apa yang patut?

Misshy Innz said...

jawab lah , kakak tu ngidam nak dok dlm neraka . haha xD
kejam siot jawapan ;p

Freaky said...

hui dasatnye tempat ko keje sampai nak solat pun x bagi

MuhD NoR AzyM said...

Setiap pekerja ada hak. Lebih2 lagi seorang Muslim yg nak tunaikan tanggungjawab 5 waktu.

Sepatutnya majikan menyediakan tempat solat yg sempurna. Pekerja la kena mainkan pernanan mintak ramai2 tempat solat..

VFN said...

request mintak 1 bilik kecik untuk dijadikan tempat solat la.. susah gak polisi tempat keje ko mcm ni..

Liquid said...

kita bakor je tempat keje ko tuh... kita bakor... kita bakor.!!! eh

DuniakuAbstrak said...

payah tu, nak teruskan keje situ?

rafiq said...

innz, nanti budak2 akan anggap neraka tu perkara remeh bila cakap macam tu.

freaky, dasat2. kilang cina kan..

azym, nmpknya pkerja2 Islam sbelum ni pun amik remeh perkara ni. betul juga kena mintak beramai2.

faryn, tu la. aku ade request tapi dia cakap tempat dah penuh. tu yg runsing skg ni.

liquid, ye ye bako!

ayul, tu la. dah lebih 18ratus kali pikir dah. payah2. tak tahu.

Eyka said...

nice storyy~ hahaha :) hye awk..saya eyka domo..selamat berkenalan :)

rafiq said...

eyka, cantik la ko punya nice. baca ke tak ni?
er selamat bekenalan..

miss.Addin said...

wah sampai macam tu sekali , hmm

rafiq said...

ya memang sampai macam ni. aumm

.sweet-ants. said...

ko keje ngan gov jepon komunis ke smpai camni sekali?

rafiq said...

jepon ok lagi. ni cina. dulu keje ngan korea ok jee?

@syikin said...

tu la cabaran nya kt cni...mmg byk dugaan..sabar je la...kin kt cni lg payah...bukan kene kua je...kalu nk kua g solat,ade surau aje pling dkt...surau plak klu drive thru 24 hours takpe..ni x..kalu zohor limit sampai kol due je..pastu light off...lg kcian...huhu..lg2 kalau perempuan..lg payah sebab kne bwk telekung ke sana ke sini...tp rawang...mmg mncbr..tak yah dipertikaikan sume tu..mmg normal kt sini fiq..

@syikin said...

kesiannye...smpai tido tduduk...pnt sgt ye...

Republic Aku said...

tak per kalau dia tak bagi ....bukan kita cari alasan untuk tidak tunaikan...itu pun tanggungjawap juga ...boleh qada....

cik pha said...

solat bawah tgga? compalin laa memag tak jaga kebajikan AA,kalu y dah suam2 kuku dalam bab2 solat nie mesti tggal terus,

rafiq said...

kin, pompuan takde masalh. pmpuan leh smyg dekat umh. lebih afdal. lelaki ni kne smyg jemaah. kat surau. tu yg sush bile tempat nk solat pun tkde kan. nak wat jemaah pun takleh.

tu la penat nunggang moto dari rawang ke sri gombak ari2.

republic, solat ttp solat. qada tu kalau betul2 sbb takleh elak. mcm tido ke. tapi ni sbb takde tmpat. jadi kita tak dapat yg tebaik untuk tmpat solat.

cik pha, memang tak jaga. tu skg ni tengah push sikit untuk dorang watkan satu tmpat khas untuk slt shaja.

@syikin said...

huhu...tp mane ade org boleh tunggu blik uma bru nk solat.keje da sampai maghrib bru smpai uma...abes zohor asar ke mano plak en muin rafiq oi...