Saturday, May 14, 2011

Siapakah aku?

Jadilah dri sendiri.
Semoga tidak binasa diri.
Rosak hati rosak diri.
Bila kenginan tidak penuhi.
Kerana keadaan yang melingkari.

Kamu masih ingat lagi beberapa entri lepas mengenai kerja aku?
Okay kalau ingat baguslah.

Setelah ditimbang. Difikir. Dimasak. Akhirnya hari ini aku bertemu jawapan. Cukup seminggu aku hidup penuh dengan kerunsingan. Setiap hari aku minta pada tuhan agar ditunjukkan aku jalan yang betul.

Seminggu lalu, aku selalu tertanya-tanya apakah benar apa yang telah aku lakukan. Dulu mereka kata hanya waktu Asar. Kini waktu Maghrib dan Isyak pula. Semalam aku telah bertemu jawapan.

" Saya tak mahu paksa awak. Awak juga tak paksa saya. Tapi kita mesti sama-sama faham la."

Aku mengambil keputusan. Aku tidak mampu lagi untuk meneruskan kerja aku di sana. Aku perlu ambil keputusan ini. Dulu aku telah korbankan waktu Asar untuk tidak berjemaah di surau. Hanya bersolat di bawah tangga. Tapi baru-baru ini mereka minta untuk OT. Jadi waktu Maghrib dan Isyak juga perlu dikorbankan.

Aku tidak tahan. Waktu Asar sahaja sudah cukup merunsingkan aku. Apatah lagi jika Maghrib dan Isyak juga sama. Pasti hidup aku bukan lagi menjadi hidup aku. Aku terpaksa tolak permintaan mereka. Aku kata, aku tak dapat untuk buat OT sebab terlalu mengganggu waktu solat aku.

Lalu mereka kata,

" I respect u. But kalau macam ni susah la. This is about your performance. Kalau terus macam ni I susah nak confirmkan U. I tak dapat schedule kan I punya plan dengan your time."

Jadi keputusan aku. Aku terpaksa undur diri. Aku malu. Malu kerana baru sahaja bekerja dan perlu berhenti. Tapi aku tak mahu kerana malu ini buatkan hidup aku dirampas. Aku mahu jadi diri sendiri. Aku tidak oleh kerana polisi syarikat, aku terpaksa korbankan diri aku.

Memang boleh macam tu. Tapi apa gunanya buat kerana terpaksa?
Bukan itu lebih menganggu? Kerja dan juga hidup.
Kerja tak fokus. Hidup juga tidak tenteram.

Aku ialah Aku.

10 comments:

nurain said...

teruknya, xkan la nak benti solat kejap pon die xbleh bagi.better sacrifice dat, insyaallah Allah tu maha mengetahui~

cik iman said...

x pea...cari kje lain plak.. rezeki ada kat mana-mana...senyum sokmo deh...^_^

Razman said...

hebat bro. hebat keputusan tu. semoga Allah balas dengan kerja yang jauh lebih bagus.

@syikin said...

wahhh...bgus la...kin rase tu kputusan tbaek...jgn la korbankan akhirat kite semata nk kejar dunia kan??xpe...allah tu kaya...nk wat pe malu ngn orang...lg baek kite sedar btapa malunye kite kt allah kalu kite tak tunaikan kewajipan....insyaalah rezeki lbih baik menanti...

MuhD NoR AzyM said...

Jangan risau la bro! Rezeki Allah yang bagi. Bukan company-company. Steady jek! :D

By the way, ko kena tag. Meh dtg blog aku. Hehe.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Do what u think best and good for u !:)
goodluck!

rafiq said...

nurain, memg sush. sb tu kne ambil jln ni. tenks.

cik iman, berehh.. senyum sokmoo!

razman, tenks razman atas nasihat kau yg serius.

kin, aminnn. tenks kin. doakan aku ek. benar Allah Maha Kaya.

azym, steady wok.. tenks azym.

aishh ape tag2 ni..

fifiey, tenks fi for the advce . and tenks for coming.

DuniakuAbstrak said...

respect kau..

rafiq said...

ayul, tenks...

dalilakadir said...

cari keredhaan Allah..insyallah dipermudahkan jalan :)