Tuesday, May 10, 2011

Kelakuan aneh.

Siapa disini pernah bekerja? Terutama kerja pejabat. Tidak kisahlah kerja apa janji berpunch card. Pernah?

Baik. Pasti kamu tahu perasaan menunggu waktu pulang kerja kan, lebih-lebih lagi bila tinggal 5minit untuk punch out.

Rasa 5minit itu bagaikan 5tahun menunggu.

Jadi bila hampir 5minit segala persiapan akan buat cepat-cepat. Off pc, susun meja, susun kerusi, dan berdebar-debar tunggu waktu pulang. Tetapi masih berbaki 3minit. Rasa putaran dunia ini terlalu lambat bukan. Ini semua kelakuan semulajadi. Kalau tak percaya boleh tanya pekerja-pekerja pejabat sendiri. Ya tak Faryn?

Semalam aku mengalami kejadian yang lebih kurang. Tengok jam ada lagi 15 minit mahu pulang. Bila last-last ni buat-buat macam ada kerja banyak. Padahal buka tutup buka tutup my computer sahaja. Sedar-sedar tinggal 5minit sahaja mahu pukul 5.30. Menggelupur aku tutup pc. Tutup suis dan susun-susun sikit peralatan atas meja biar tampak hensem.

Siap-siap kemas semua aku tengok bos tengah bergayut. Aku capai beg tanda mahu pulang on-time. Dalam hati sudah meronta-ronta ingin berlari pulang. Tetapi gayutan bos buatkan hasrat tergantung. Ah tak sabar.

" Rebecca, saya balik dulu! "

" Eh, kenapa? Mahu pergi mana? "

" Mahu balik lah."

" Baru pukul 5.30 ma. U talak tau ka kita pukul 6 baru balik ini hari? Jumaat saja 5.30 wo. Haiya jangan takutkan saya maa. "

Aiseh.

Macam mana boleh terlupa ni.

Perlahan-lahan duduk balik atas kerusi. Tekan button on dekat pc. Tekan keyboard dalam-dalam sambil pasang lagu 'bengang by akimAF'.

13 comments:

miss.Addin said...

haha ! :D

macam mana la boleh lupa , semangat sangat nak balik kan :)

ama said...

perasaan nak punch card ni macam nak balik sekolah, tak sabar nak balik rumah. Heh

Freaky said...

haiya lu mau ponteng keja ka bro. hahahaha

rafiq said...

innz, semangat gila. biasalah budak baru kann.

ama, lebih kurang la tu. cuma kalau lari balik umah kena potong gaji. lari sekolah kena rotan.

freaky, rugi la ponteng macam tu. nak ponteng biar dari pagi maa.

oranglidi said...

aku tak penah keja yang ada punch punch ni. sekadar pegi dan terus balek. mudah gila.

lenkali ko bantai la keja lama sket. apa salahnya keja lama2. dapat ot byk2. haha. nanti bos tengok terus dijadikan menantu.

rebeca tu lawa tak

Razman said...

kerja macam aku. suka hati mak bapak kau nak masuk balik pukul berapa. tapi keje tak siap, kau kena pukul sampai mati.

DuniakuAbstrak said...

biasa la..time balik je mesti nak cepat..haha

rafiq said...

oranglidi, bekebun memang best. dunia bagai kita yang punya. malaslah lah OT, tiada masa bersama keluarga.

razman, tiap kali kau pulang awal, aku doakan kau panjang umur.

ayul, kau tahu, kadang2 baru masuk kerja saja pun sudah rasa nak balik tahu.

Ainn Hazwany said...

hahaaaa.. comel je...;)

sue. said...

hahaha...kesian kt u...sabar ok...itulah lumrah org bekerja na...hehe

Wan Suhail said...

hahah buat2 lupa boleh

rafiq said...

ain, comel? time kasihhh.

sue, ok ok aku sabar la ni.

wan, boleh potong gaji lah kan?

rafiq said...

ainn, saya tahu saya memang comel..

sue, sabar tu separuh dpd iman kan. sabar ni.